
Bila sebut kaki sembang, perkataan ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang suka “bersembang”, ia sama ada untuk bertukar-tukar cerita, berbual kosong dan tentunya paling banyak bersembang adalah orang-orang politik kerana mahu menjaga kebajikan rakyat.
Namun jenis “sembang” ini terdiri dari tiga kategori yang mana ia sebenarnya amat dibenci oleh Rasulullah SAW.
Berikut ada tiga jenis kaki sembang yang Rasulullah SAW paling benci.
1. "Thartharun", iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada orang lain bercakap.
.
2. "Mutasyaddiqun", iaitu golongan yang suka bercakap dengan gaya yang merendahkan atau meremehkan orang lain.
.
3. "Mutafayhiqun", iaitu golongan yang bila bercakap, suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang lain.
.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
.
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ: الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok orang lain dan orang yang sombong bicaranya.” [riwayat al-Tirmidzi].

Sumber: Pondok Habib
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Jeddah, Pintu Masuk Mekah Dilanda Banjir.’ Ustazah Asma’ Kongsi Doa Hadapi Musibah

Isi Kandungan
Toggle‘Jeddah, pintu masuk mekah dilanda banjir.’ Ustazah Asma’ kongsi doa hadapi musibah dan bencana banjir.
Bencana banjir sememangnya tidak dapat dielakkan, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allahuakbar semoga semua yang terlibat dalam bencana ini berada didalam lindungan Allah.
Menurut laporan berita, sekurang-kurangnya dua orang maut semalam selepas hujan lebat melanda barat Arab Saudi, termasuk Jeddah.
Artikel Berkaitan
Wanita Kongsi Travel Umrah Secara Solo. Bab Duit No 2, Pertama Keyakinan Pada Allah Kena Tinggi

Jeddah, Pintu Masuk Mekah
Keadaan itu menyebabkan sejumlah penerbangan terpaksa ditangguhkan, selain beberapa sekolah ditutup sehingga keadaan kembali reda.
“Setakat ini, dua kematian dilaporkan dan pihak berkuasa meminta semua penduduk supaya duduk di rumah jika tiada urusan penting,” menurut pihak berkuasa Mekah menerusi Twitter.
Jalan yang menghubungi Jeddah dan Mekah turut ditutup selepas hujan lebat melanda, sebelum dibuka kembali tidak lama kemudian.
Media tempatan melaporkan, para jemaah mengelilingi Kaabah dalam keadaan hujan lebat di Masjidilharam.

Dilanda Banjir
Dalam pada itu di Jeddah, beberapa imej yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan sejumlah kawasan dinaiki banjir sehingga ada kenderaan tenggelam.
Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi merekodkan 179 milimeter padu hujan, iaitu yang tertinggi pernah direkodkan di bandar raya ini.
Hujan lebat dilaporkan turun sejak pukul 8 pagi waktu tempatan sehingga pukul 2 petang.
Ustazah Asma’ Kongsi
Berita ini turut mendapat perhatian pendakwah, Utsazah Asma’ Harun. Ulasnya
Allahu akbar, penduduk Jeddah dalam tangisan akibat banjir luar biasa,
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan.”
Hanya dalam masa 6 jam paras air banjir di Jeddah melebihi jumlah yang direkodkan pada 2009, iaitu mencecah 179 mm dan inilah banjir terburuk dalam tempoh 13 tahun. Hujan lebat yang berlaku malam tadi disertai ribut, guruh dan petir telah mengakibatkan banjir berlaku di Jeddah.
Dalam bencana ini, selain 2 orang maut manakala beberapa orang lain berjaya diselamatkan. Kebanyakan harta benda rosak termasuk kenderaan serta penerbangan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) juga terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca. Allahuakbar.

Doa Hadapi Musibah
Alhamdulillah, tindakan pantas Jabatan Perbandaran Jeddah yang mengerahkan sebanyak 2,564 pekerja, dilengkapi 960 jentera, berusaha mengeluarkan air dan sisa dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.
Perenang dari Pertahanan Awam Jeddah berusaha menyelamatkan ramai pemandu yang terperangkap di dalam kenderaan mereka yang tenggelami air dalam terowong Jalan Raja Abdullah.
Sungguh membimbangkan dan pilu hati kerana bandar “pintu masuk Mekah” dilanda musibah ini. Namun Allah tidak menguji seseorang kecuali kerana kemampuannya, pastinya ada hikmah dan besar ganjaran pahala yang disediakan buat mereka yang sabar, kerana antara ibadah yang paling afdhal ialah redha dengan takdir Allah.
Allah Ya ‘Adl pasti tidak akan menzalimi hamba-hambaNya, untuk setiap ketentuan Insyallah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih indah di akhirat.

Persiapan Banjir
Walaupun di Malaysia juga hujan lebat saling berganti, namun kita juga harus buat persiapan sebaiknya untuk menghadapi sebarang kemungkinan, dan kita mohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada musibah yang tak diingini.

Kejadian banjir pada hujung tahun lepas di Hulu Langat, Jelebu, Shah Alam, Kelantan, dan lain-lain sangat memuhasabahkan kita semua.

DOA DI SAAT MENGHADAPI KESULITAN
Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan, Baginda membaca doa:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
Maksudnya: “Tiada sembahan yang berhak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.”
(HR Muslim, hadis sahih)
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN AKIBAT MUSIBAH YANG BERLAKU
اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَحْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِالْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِالْأَعْدَاءِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), tertimpa kesengsaraan, keburukan qada (takdir) dan kegembiraan para musuh.”- (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Allahumma ameen.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
Asma’ binti Harun
Pengasas dan Penaung NGO Sahabat Amal Care
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Kashoorga : Semoga penduduk Jeddah tabah berdepan ujian ini.
Sumber : UTUSAN, Ustazah Asma Harun
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kubur Bukan Tempat Cari Populariti & Sensasi, Fedtri Yahya Kongsi 6 Adab Perlu Anak Muda Tahu

Isu seorang youtuber menjadikan tanah perkuburan untuk contentnya semasa pengkebumian allahyarhamah Siti Sarah mendapat perhatian masyarakat baru ini. Walau telah memadam video berkenaan selepas menerima kejian dari orang ramai, ia dilihat tidak sesuai dengan situasi sedih dialami oleh individu yang diuji dengan kesedihan.
Dalam hal ini, pengacara Ahmad Fedtri Yahya telah berkongsi 6 adab kalau ke tanah perkuburan yang perlu anak muda tahu di ignya,@fedtriyahya.
Hormatilah perkuburan. Kubur bukan tempat mencipta sensasi dan populariti…
Sebagai umat Islam kita hendaklah mematuhi dan menjaga adab-adab ketika menziarahi kubur. Antaranya:
Pertama: Sebelum menziarahi kubur, disunatkan kita berwudhu, memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Kedua: Apabila kita sampai ke tanah perkuburan, disunatkan kita memberi salam kepada ahli atau penghuni kubur dengan iringan doa, antaranya:
Assalamualaikum sekalian saudara-saudara penghuni kubur! Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada kamu saudara-saudara sekalian. Sesungguhnya kami In sya Allah akan menyusuli kamu, kami memohon kepada Allah untuk kita semua yang masih hidup dan yang sudah kembali ke rahmatullah akan beroleh kesejahteraan.
Ketiga: Tidak berbual dengan percakapan kosong yang tidak berfaedah semasa berada di tanah perkuburan.
Keempat: Haram melakukan perkara khurafat yang menjejaskan akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah dengan harapan semoga memperolehi berkat dan sebagainya.

Kelima: Sunat duduk menghadap ke arah mukanya serta membaca ayat suci Al-Qur’an seperti membaca surah Al-Ikhlas atau membaca surah Yaasin dan menghadiahkan pahala kepada ahli kubur tersebut.
Keenam: Sunat menghadap kiblat ketika berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur. Sumber : IG @fedtriyahya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Khatam 160 Kali Sepanjang 20 Tahun Di Penjara, Bekas Anggota Al Maunah Akui Hidupnya Bertemankan Al-Quran

Adakalanya manusia diuji berbuat kesilapan dahulu sebelum berpeluang bertaubat. Malah tiada manusia yang sempurna kerana kita semua adalah hambaNya yang lemah. Bersyukurlah kepada Allah kita masih diberi peluang berbuat kebaikan sebelum nyawa ditarik kembali.
Mengakui sentiasa meluangkan masa sehingga dua jam setiap kali waktu solat fardu membolehkan Ahmad Sarkawi Sulong, 50, bekas ahli Al-Maunah khatam sebanyak 160 kali sepanjang 20 tahun berada di penjara.
Dipetik dari Harian Metro, Ahmad Sarkawi yang mesra dengan panggilan Awie itu dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana menyertai kumpulan Al-Maunah pada 2000.
Bagaimanapun, pada 17 Ogos tahun lalu, dia mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekali gus dibebaskan selepas 20 tahun di penjara.
Awie yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24 di sini, semalam berkata, dia pernah menjalani hukuman di Penjara Kajang selama lapan tahun dan 12 tahun di Penjara Marang juga mampu khatam tiga kali setiap Ramadan.
"Saya biasanya membaca al-Quran sebelum dan selepas menunaikan solat fardu selain turut membaca al-Quran ketika waktu rehat berkerja.
Hidup saya hanya dengan Al-Quran, ia umpama teman ketika di penjara
"Setiap kali Ramadhan, saya akan meningkatkan jumlah juzuk al-Quran yang dibaca supaya mampu khatam lebih banyak, lagipun ganjaran membaca al-Quran pada Ramadhan jauh lebih besar berbanding hari biasa dan oleh itu berasa lebih bersemangat untuk mengamalkannya.
"Masa terluang hanya dihabiskan dengan bacaan al-Quran sahaja. Jika tidak bekerja sebagai pengukir kayu di penjara, saya akan membaca al-Quran dan tidak pernah jemu menjalani rutin berkenaan sepanjang tempoh itu," katanya.
Menurutnya, dia amat merindui amalan membaca al-Quran ketika berada di Sel Banduan Hayat Nombor 16 di Penjara Marang kerana memberi pelbagai kenikmatan dan ketenangan kepadanya.
"Walaupun 20 tahun di penjara dan terpaksa berpisah dengan dunia luar namun perasaan saya sentiasa dalam keadaan tenang serta tenteram.
"Cuma perasaan rindu kepada keluarga serta ingin menjalani kehidupan bebas itu tetap ada namun kerana terikat dengan hukuman saya perlu akur dan memujuk hati sendiri untuk terus bersabar," katanya.
Menurutnya, rutin Ramadhan yang dijalani pada tahun ini agak berlainan berbanding ketika di penjara, berbekalkan ilmu agama yang dipelajari di Penjara Marang, dia diberi kepercayaan menjadi bilal di Surau Al-Falah di sini.
Katanya, ia membuatkannya berasa bersemangat dan terharu dengan layanan serta kepercayaan penduduk kampung.
Bercerita lagi, dia juga berasa sangat seronok menyambut Ramadhan buat kali pertama selepas dibebaskan kerana dapat bersama ahli keluarga dan paling gembira kerana dapat menunaikan solat sunat tarawih berjemaah bersama penduduk kampung.
"Sepanjang menjalani hukuman penjara, saya hanya menunaikan solat sunat tarawih sendirian di bilik pengasingan.

"Pada Ramadhan tahun lalu saya berbuka puasa, bersahur dan menunaikan solat sunat tarawih di penjara, siapa sangka pada tahun ini saya menjalani semua ibadah itu bersama keluarga," katanya yang sudah bertunang dengan seorang gadis dari Kampung Sekayu di sini.
Menurutnya, walaupun tidak mampu untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan amalan membaca al-Quran ketika ini kerana masanya perlu diseimbangkan mengikut tuntutan hidup seperti berkerja dan membuat amalan kebajikan lain.
"Tidak bermakna saya melupakan amalan membaca al-Quran, cuma tempoh waktu untuk amalan itu lebih singkat berbanding ketika berada di penjara.
"Sekarang saya bekerja sebagai tukang kebun di ladang durian milik rakan di Bukit Diman sejak akhir tahun lalu.
"Walaupun pendapatan diperoleh tidak seberapa, tetapi tetap berasa seronok dan wang gaji boleh disimpan untuk majlis perkahwinan pada Jun akan datang.
"Saya bersyukur kerana perjalanan hidup selepas dibebaskan daripada penjara dipermudahkan.
"Saya baru sahaja dapat lesen memandu kenderaan dan sekarang sudah bertunang serta bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi," katanya.
Sumber : Harian Metro
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI