Hari ini tular di media sosial berkaitan personaliti YouTube, Ryzal Ibrahim yang popular menerusi saluran YouTube Durian Kimchi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kaum Iban Sarawak.
Ia ekoran, Ryzal didakwa menghina pakaian tradisi masyarakat itu dalam Instagram Story semalam dengan menyamakan pakaian itu sebagai alas meja, alas TV, langsir dan selebihnya ketika isterinya mengenakan busana tradisi tersebut.
Berang dengan tindakan tidak sensitifnya, masyarakat Iban mula menyuarakan bantahan mereka dan menyifatkan pakaian itu jauh lebih mahal harganya (anggaran RM10,000 sepersalinan) dan bukan semua mampu memilikinya.
Ekoran hebat menerima kecaman kerana tidak sensitif dengan budaya pakaian tradisi, Ryzal membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak dan kaum Iban ekoran keterlanjuran kata-kata gurauannya itu dengan disangka menghina pakaian tradisional mereka. Walau ia belum meredakan hati masyarakat Iban yang terguris, sebenarnya di dalam agama Islam, kita diajar untuk tidak bergurau secara sensitif hingga menguris hati pihak lain.
Dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ada empat adab bergurau dalam Islam yang perlu dijaga oleh semua orang. Berikut adalah perkongsian adab bergurau. Apakah hukum berlawak jenaka di dalam Islam?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Mukadimah
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali” Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Ads
Rasulullah SAW berjenaka
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua. Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)” Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah.
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.”Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau. Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.” Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Etika Dalam Melawak
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan: اعطِ الكَلَامَ مِنَ المَزْحِ بِقَدْرِ مَا يُعْطَي الطَّعَامُ مِنَ المِلْحِ Maksudnya: “Berikanlah bicaramu itu dengan sedikit gurauan, sekadar diberikan pada makanan itu garamnya yang cukup.”
Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda.
Ini berdasarkan firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Tidak Menipu Dalam Lawak
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Tidak mempermainkan syiar agama
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama. Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.(Surah al-Hajj : 32)
Rujuk Al-Kafi #620 : Berlawak Menggunakan Syiar-Syiar Agama
Kesimpulan Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial. Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan. Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik. Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan. Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia. Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti. Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa hari ini. Namun ada juga negara Islam seperti Brunei yang akan mula berpuasa esok. Ramadhan bulan terpenting dalam Islam, malah ayat al-Quran yang pertama juga pertama diturunkan dalam bulan Ramadhan.
Setiap tahun berjuta umat Islam menyambut Ramadhan di seluruh dunia dengan waktu dan situasi yang berbeza. Waktu berpuasa bergantung di negara mana kita tinggal dan berada. Malah pernah di Antartika mencatatkan puasa lebih 20 jam. Di Malaysia sendiri, kadar waktu kita berpuasa di antara 13 ke 14-14 jam.
Negara manakah berpuasa paling lama dan negara mana pula berpuasa paling singkat di seluruh dunia. Ini sekadar panduan untuk pengetahuan kita
Negara Paling Panjang Puasa di seluruh dunia 2021
Poland – 16 hingga 17 jam
London – 16 hingga 17 jam
Perancis – 16 hingga 17 jam
Kazakhstan – 16 hingga 17 jam
Belgium – 16 hingga 17 jam
Zurich (Switzerland) – 16 hingga 17 jam
Bucharest (Romania ) – 15 hingga 16 jam
Ottawa (Kanada) – 15 hingga 16 jam
Sofia (Bulgaria ) – 15 hingga 16 jam
Rome ( Italy) – 15 hingga 16 jam
Madrid (Sepanyol) – 15 hingga 16 jam
Lisbon (Portugal) – 15 hingga 16 jam
Athens (Greece) – 15 hingga 16 jam
Beijing (China) – 15 hingga 16 jam
Washington DC (USA) – 15 hingga 16 jam
Pyongyang (Korea Utara ) – 15 hingga 16 jam
Ankara ( Turki) – 15 hingga 16 jam
Rabat (Morocco) – 14 hingga 15 jam
Tokyo ( Jepun) – 14 hingga 15 jam
Islamabad ( Pakistan) – 14 hingga 15 jam
Tehran ( Iran) – 14 hingga 15 jam
Baghdad ( Iraq) – 14 hingga 15 jam
Beirut (Lebonan ) – 14 hingga 15 jam
Damsyik (Syria) – 14 hingga 15 jam
Cairo (Mesir) – 14 hingga 15 jam
Kuwait – 14 hingga 15 jam
Kota Gaza (Palestin) – 14 hingga 15 jam
New Delhi ( India ) – 14 hingga 15 jam
Hong Kong – 14 hingga 15 jam
Dhaka ( Bangladesh) – 14 hingga 15 jam
Muscat (Oman) – 14 hingga 15 jam
Kabul ( Afhanistan) – 14 hingga 15 jam
Riyadh ( Arab Saudi) – 14 hingga 15 jam
Doha ( Qatar) – 14 hingga 15 jam
Dubai (UAE) – 14 hingga 15 jam
Yamen – 13 hingga 14 jam
Addis Ababa (Ethiopia) – 13 hingga 14 jam
Senegal – 13 hingga 14 jam
Colombo ( Sri Lanka) – 13 hingga 14 jam
Bangkok (Thailand) – 13 hingga 14 jam
Khartoum (Sudan) – 13 hingga 14 jam
Kuala Lumpur (Malaysia) – 13 hingga 14 jam
Singapura) – 13 hingga 14 jam
Nairobi (Kenya) – 13 hingga 14 jam
Luanda (Angola) – 12 hingga 13 jam
Jakarta (Indonesia) – 12 hingga 13 jam
Negara paling singkat berpuasa 2021
Brasilia (Brasil) – 12 hingga 13 jam
Harare (Zimbabwe) – 12 hingga 13 jam
Johannesburg (Afrika Selatan) – 11 hingga 12 jam
Buenos Aires (Argentina) – 11 hingga 12 jam
Cape Town (Afrika Selatan) – 11 hingga 12 jam
Christchurch (New Zealand) – 11 hingga 12 jam
Ciudad del Este (Paraguay) – 11 hingga 12 jam
Montevideo (Uruguay) – 11 hingga 12 jam
Canberra (Australia) – 11 hingga 12 jam
Puerto Montt (Chili) – 11 hingga 12 jam. []
Sumber :- THE ISLAMIC INFORMATION
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
SESUNGGUHNYA anggota tubuh yang paling mulia diciptakan dalam diri manusia ialah hati (kalbu). Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (Surah AnNahl, ayat 78). Malahan Allah SWT menyebut tiga perkataan ini dalam Al-Quran sebanyak 132 kali yang menggambarkan kepentingannya kepada manusia.
Dalam kesemua anggota tubuh, hati ibarat raja dan amat penting dalam kehidupan manusia. Jika hati baik, suci murni maka baiklah kehidupan mukmin. Tapi kalau rosak, maka rosaklah seluruh kehidupannya. Memelihara hati bukan seperti merawat tulang yang patah sebaliknya hanya ketakwaan dan sentiasa perlu memohon keampunan dari Allah agar sentiasa terpelihara dengan rahmat Allah SWT.
Tapi hati juga kalanya diuji dengan sikap riak dan takbur. Ramai manusia asalnya mahu bergurau, itu mungkin pada lidah menyebutnya namun hati terdetik tiada siapa yang tahu. Riak itu syirik kecil dan sebagai manusia, kita harus berasa takut jika terjerumus ke lembah kesyirikan.
Ini kerana syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir. Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)
Ibn Kathir berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik yaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.
Rasulullah SAW bersabda,
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)
Jika syirik itu dosa besar, riak itu pula adalah syirik kecil dan pastinya kita tidak mahu kalau-kalau ada perbuatan kita jatuh kepada riak.
Apa dimaksudkan dengan riak?
Perlu kita fahami apa yang dimaksudkan dengan riya’. Ini supaya tidak tersalah faham tentang makna riya’ yang sebenar.
Jika kita amati, Allah ada menjelaskan berkaitan sifat riya dalam beberapa ayat di dalam al-Quran :
Maksudnya :” (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).” (Surah al-Ma’un :5-6)
Imam Fakhruddin al-Razi menjelaskan bahawa riya’ ialah menzahirkan sesuatu yang tidak ada pada hatinya supaya orang ramai melihatnya sebagai orang kuat pegangan agama. Rujuk Mafatih al-Ghaib ( 32/301)
Maksudnya :” Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. (Surah al-Kahfi : 110)
Maksudnya :” Aku bebas dari segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikan-Ku dengan yang lain. Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.” Riwayat Muslim (7666)
Al-Qadhi Iyadh menyebut :
“ Hadis ini membawa makna (seakan-akan Allah menyebut) Aku menolak amalannya. Sifat riya’ itu adalah dalil kebodohan, pandangan yang teruk dan juga tanda buruknya amalan.” Rujuk Faid al-Qadir (4/483)
Dalam hadis yang lain, Nabi saw pernah menjelaskan tentang makna riya’. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Mahmud Bin Labid ;
Maksudnya :” Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya : apa itu syirik yang kcil wahai Rasulullah. Nabi saw berabda : Itulah Riya’. Allah swt akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalan kamu).” Riwayat Ahmad ( 23630) di dalam Musnadnya.
Kesemua ayat al-Quran dan hadis yang telah kami sebutkan merupakan penjelasam berkenaan apa itu riya. Sheikh Farid al-Ansari membahagikan riya’ kepada beberapa bahagian. Iaitu riya’ pada agama,tubuh badan, percakapan, percakapan dan lain-lain.
Contoh Riya’ pada agama dan badan ialah menzahirkan kekurusan dan ketidak kemasan supaya orang menganggapnya bersungguh-sungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat
Riya’ pada percakapan ialah memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang islam ataupun berzikir kuat-kuat di hadapan orang ramai.
Riya’ pada amalan seperti contoh menzahirkan qiyam dan ruku’ yang panjang ketika bersolat di hadapan orang ramai.
Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis ketika sujud di dalam masjid beliau berkata :” Hei kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”
Kami tegaskan disini seperti berikut :
Jika ibadat suruhan yang mesti dilakukan maka hendaklah dilakukan juga sekalipun datang riya’ tetapi hendaklah mujahadah untuk hilangkan riya’ seperti pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah.
Jika sekiranya ibadat tersebut ada pilihan maka lebih baik dilakukan secara sembunyi kalau riya’ boleh datang dalam dirinya seperti sedekah. Maka aula baginya sedekah secara sembunyi tanpa terang-terangan.
Jika sekiranya menunjuk itu dengan niat sebagai menggalakkan seseorang untuk mengikuti sebagai satu sunnah yang baik maka dibolehkan. Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW daripada Jarir :
Maksudnya :” Sesiapa yang buat satu ikutan yang baik lalu diikuti maka baginya pahala dan pahala yang serupa bagi sesiapa yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sikit pun pahala mereka. Dan barangsiapa yang buat satu ikutan yang jahat lalu diikuti, maka baginya dosa dan dosa yang serupa bagi yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sedikit pun.” Riwayat al-Tirmizi (2890). Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih.
Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat riya’ dan berdoa agar amalan kita terpelihara dari sebarang kekotoran. Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk memerangi COVID-19.
Dalam pengumuman sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Bantuan PERMAI ditunjangi tiga matlamat iaitu memerangi COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh tentang hukum menerima suntikan vaksin yang mungkin menjadi kebimbangan bagi masyarakat, sama ada mahu mengambil suntikan tersebut atau tidak.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengenai pengambilan suntikan ini, Jawatankuasa Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan. Menentukan kemashalatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam persektif syarak.
Dengan ini seramai 27 juta rakyat akan menerima suntikan vaksin ini seawal bulan Mac 2021 selepas vaksin tiba di ibu negara pada penghujung Februari nanti.
Sementara itu dalam satu laporan Berita Harian pada 3 Disember lalu, Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini, meminta seluruh rakyat, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin.
"Selaras pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib bagi golongan bersasar.
"Ketetapan ini juga sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin," katanya.
Ketetapan itu juga, katanya, selaras pendirian kerajaan seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Disember lalu yang berusaha untuk meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar boleh menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat kita.
Perdana Menteri juga, katanya, memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Zulkifli menegaskan, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.
"Kaedah pencegahan melalui vaksinisasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013," katanya.
Enam keputusan itu, katanya, adalah Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela) pada 1988; Imunisasi Hepatitis B (1988); Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio (1989).
Selain itu, Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis pada 2002 dan dipinda keputusannya pada 2014, Vaksin Human Papilloma Virus (2010) dan Vaksin Meningitis Menveo (2013).
"Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia memfatwakan harus penggunaan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif menerusi Hai'ah Kibar 'Ulama al-Azhar dan Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr Ahmad al-Tayyib.
"Selain itu, Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma' Fuqaha' al-Shari'ah di Amerika Syarikat yang dianggotai Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaily," katanya.
Justeru, beliau menegaskan, dalam isu pengambilan vaksin COVID-19, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk membuat keputusan yang paling mendatangkan faedah atau maslahah kepada seluruhan rakyat.
"Keputusan itu setelah menimbangtara faktor yang pelbagai dan mendapatkan pandangan pihak berkepakaran serta berautoriti," katanya.
Malaysia sebelum ini memeterai perjanjian dengan fasiliti COVAX dan Pfizer untuk memperoleh vaksin COVID-19 dan Perdana Menteri mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca juga untuk tujuan sama.
Hujung bulan lalu, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dilaporkan berkata, keutamaan vaksinisasi COVID-19 di Malaysia adalah petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan dan anggota keselamatan, selain golongan berisiko seperti warga emas.
Katanya lagi, kerajaan menyasarkan 70 peratus rakyat Malaysia akan menerima vaksin percuma seawal suku pertama tahun depan.
Beliau juga dipetik berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat perlu diberi vaksin bagi mencapai imuniti kelompok, yang bermaksud baki 30 peratus rakyat turut terlindung jika 70 peratus rakyat mempunyai perlindungan vaksin COVID-19.
Jumlah 30 peratus yang tidak akan diberi vaksin, kata Ahmad Amzad, adalah kanak-kanak, remaja berusia 18 tahun ke bawah dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun yang tidak sesuai menerima vaksin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...