Hati ibu mana tidak risau bila anak-anak sakit. Lebih merisaukan apabila bukan seorang tapi empat orang kesemuanya.

Inilah kerisauan dirasai oleh Yatt Hamzah apabila berkongsi masalah kesihatan anak-anaknya, iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha yang kesemuanya mengalami simptom sama iaitu muntah-muntah, demam, batuk dan selesema (tapi bukan disebabkan keracunan makanan) dan bayi kecilnya, Sayf Mohammed Zubayr yang mengalami demam, batuk dan selesema tapi tiada muntah-muntah seperti kakak-kakaknya.

Dalam perkongsian di IGnya, Yatt Hamzah memaklumkan, sedang anak ketiganya, Suci Hayfa Medina dirawat di hospital akibat Pneumonia di mana dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman, dua lagi anaknya muntah-muntah hingga tubuh jadi lembik di rumah sampai dikejarkan ke hospital.

Jelasnya, kesemuanya alami simptom yang sama di mana muntah tanpa henti.

“Ia bukan keracunan makanan tapi penyakit lain,” kongsinya sambil memohon kepada mana-mana sahabat dan pengikutnya yang berada di Makkah atau Madinah untuk mendoakan keselamatan dan kesembuhan anak-anaknya.

IKLAN

4 Anak Diuji Sakit Serentak, Semuanya Alami Simptom Sama. Yatt Hamzah Mohon Doa Dari Sahabat Di Bumi Baroqah Untuk KesembuhanTulisnya:-

4 oran jatuh sakit serentak. Yang baby, #Sayfmohammedzubayr masih demam, batuk, selesema tapi tiada muntah-muntah setakat ini. Minta-mintalah tak berjangkit pada dia Ya Allah.
Tinggal Kak Nia seorang yang sihat, alhamdulillah. Mohon semua doakan anak-anak Bonda, Bonda mohon sangat-sangat,” kongsinya.

Sebelum ini, Yatt Hamzah ada menulis coretan mengenai anak ketiganya, Suci Hayfa Medina yang mendapat Pneumonia.

IKLAN

“Dalam paru-paru kanannya ada jangkitan kuman. 1st time anak Bonda dapat ni. Kesian dia tak boleh makan minum apa pun. Masuk je makanan dan minuman habis keluar balik.

“Minum air kosong pun dimuntahkan balik. Tak sampai hati tengok dia kerap sangat muntah dah berbelas kali. Semalam je hampir 10 kali muntah sampai lemah lembik badannya. So Doktor puasakan dia dan 24 hours on monitoring and treatment.

Bonda ni paling lemah bila anak-anak sakit. Tak tahan sebak tengok dorang tapi depan dorang tak boleh menangis kena kuat. Masa berseorangan terus meraung memohon Allah kasihankan mereka.

IKLAN

“Mak-mak memang macam ni, tak mampu nak tengok anak2 sakit lebih-lebih lagi kalau kalau sampai 3-4 orang berjemaah sakit serentak akibat berjangkit. Kalau boleh biarlah transfer rasa sakit tu pada mak-mak, janganlah anak-anak yang sakitkan. Tapi mak-mak kena kuat dan sentiasa sihat untuk tabah jaga anak-anak siang malam.

“Bonda doakan ibu-ibu lain yang diuji ada anak-anak yang turut sakit dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan. Ameen YA Rabb. Memang sekarang musim budak-budak mudah jatuh sakitkan.

“Bertabahlah wahai Bonda bila anak-anak sakit berjemaah ni. Lekas sembuh ya anak-anak Bonda. Semoga anak-anak yang lain di luar sana sentiasa dilindungi dan lekas sembuh jika sakit juga ya. Ameen.

Semoga ada doa-doa di luar sana didengari oleh Allah untuk memberikan kesembuhan buat anak-anak Yatt Hamzah. Sumber IG : Yatt Hamzah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI