Jangan putus kirimkan doa menjemput rezeki. Rezeki itu hak mutlak Allah SWT. Hanya Dia sahaja berhak menentukan sikit atau banyaknya rezeki yang akan diterima oleh hambaNya. Walau apa pun rezeki yang diberi, kita harus mensyukurinya.
Ada banyak pintu rezeki yang selalu kita harapkan berkatnya. Antara pintu rezeki itu adalah rezeki yang telah terjamin, kerana usaha, kerana bersyukur, rezeki tidak terduga, banyak beristighfar, bernikah, kerana anak, bersedekah, bersilaturrahim, beriman dan bertakwa, rezeki kerana banyak melakukan solat dan ibadah lain.
Jika sudah banyak usaha dilakukan, kita susuli lah dengan doa-doa pembuka rezeki. Lakukan secara istiqomah.
Allah sangat suka mendengar doa yang diminta oleh hambaNya dan InsyaAllah akan termakbul. Yang membezakan rezeki itu adalah cepat atau lambat, sedikit atau banyak.
Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk; material seperti gaji, harta dan anak dan bukan material seperti kebahagiaan, kesihatan, keselamatan dan banyak lagi.
Konsep rezeki ialah apa sahaja pemberian dan anugerah Allah kepada hambaNya yang berhak. Allah memang telah menjamin rezeki setiap hambaNya. Apa yang penting cara rezeki itu diperoleh haruslah menerusi jalan yang berkat.
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu surga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
Selain memohon untuk dibukakan pintu rezeki, kita berdoa lah jga agar rezeki yang diperoleh itu adalah rezeki yang halal dan berkat.
Untuk memohon rezeki yang halal dan berkah, bacalah doa berikut:
“Ya Allah, aku minta pada Engkau akan pemberian rezeki yang halal, luas, baik tidak tanpa sulit dan juga tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan, sesungguhnya Engkau kuasa atas segala sesuatu”.
Amalkan juga doa yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman kerana Baginda sentiasa dikarniakan rezeki yang berlimpah ruah seperti harta kekayaan yang luar biasa banyak dan kerajaan yang besar serta agung.
Doa tersebut seperti berikut:
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi”.
Sebaik selesai solat, jangan terus beredar. Berzikirlah kita terlebih dahulu dan disusuli dengan doa bagi memohon hajat dipenuhi dan dikurniakan rezeki daripada pelbagai penjuru.
“Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskanlah dan banyakkanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau”.
Baca doa ini sebanyak 7 kali setiap selesai sholat fardhu.
Artikel berkaitan:Pengakuan Bersalah Merupakan Doa Paling Indah Di Sisi Allah Imam Muda Asyraf
Artikel berkaitan:Ini Rupanya Doa Nak Ikat Hati Pasangan, Jangan Lupa Sebut Namanya Dalam Setiap Doa
Rajin tunaikan solat dhuha 4 rakaat dengan 2 kali salam. Allah berjanji akan mencukupkan rezeki kita yang mendirikan solat sunat dhuha pada hari itu.
Mengamalkan amalan sunat, berzikir dan beristighfar akan memperbanyakkan lagi timbangan pahala seterusnya akan menggugurkan dosa-dosa. Dosa-dosa yang masih bersisa merupakan penghalang datangnya rezeki kepada kita.