Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita diajar bahawa bilangan Nabi adalah seramai 124 orang dan hanya 25 wajib diketahui seperti Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Sholeh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishaq, Ya'qub, Yusuf, Ayyub, Shuib, Harun, Musa, Ilyasa', Dzulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
Di katakan Nabi adalah merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu oleh Allah sementara Rasul adalah Nabi yang diperintahkan untuk menyampaikan wahyu kepada manusia sejagat.
Di sebalik ramai yang tahu perbezaan antara Nabi dan Rasul, dipercayai empat Nabi masih ada di zaman moden ini berdasarkan beberapa kisah yang dikutip.
Siapa empat Nabi yang masih hidup ketika ini?
Nabi Isa adalah nabi penting dalam agama Islam dan merupakan salah satu Ulul Azmi. Dalam al-Quran, disebut Isa bin Maryam atau Isa Al-Masih. Diangkat menjadi nabi pada tahun 29 M dan ditugaskan berdakwah kepada Bani Israel di Palestin.
Dipercayai Nabi Isa masih hidup kerana Allah menyelamatkannya ketika kaum kafir cuba menyalibnya. Dipercayai yang ditangkap adalah Yudas Iskariot, seorang dari anak muridnya yang wajahnya menyerupai wajah Nabi Isa. Dikatakan Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit.
Kisah ini dinyatakan di dalam surah An-Nisa ayat 157 bermaksud :
"Dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa."(QS: An-Nisa: 157).
Ketika ini tidak diketahui di mana Nabi Isa berada tetapi banyak diceritakan apabila dunia hampir kiamat nanti, selepas keluarnya Dajjal, Nabi Isa akan turun ke bumi. Kisah ini juga dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 55 membawa maksud :
Dalil dari Alquran, Allah SWT berfirman:
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
"(Ingatlah), ketika Allah berfirman: 'Wahai ‘Isa, Aku mewafatkanmu dan mengangkatmu kepada-Ku, serta menyucikanmu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir hingga hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.”
2.Nabi Khidir
Nabi Khidir ada individu terdekat dengan Nabi Musa AS yang dikatakan masih hidup hingga ke hari ini. Dalam satu riwayat karangan Syeikh Abdul Rohman Ash- Shafuri, dan Syeikh Muhammad bin Ahmad, diterangkan Nabi Khidir AS merukan manusia yang ada sejak zaman Raja Iskandar Zulkarnain pada tahun 332 SM. Nabi Khidir dikatakan masih wujud hingga hari kiamat kerana diberi tugas khas secara khusus oleh Allah SWT untuk mengajarkan ilmu hikmah dan kebijaksanaan kepada para wali Allah sehingga Nabi Khidir mendapat julukan Guru Para Wali.
Di mana Nabi Khidir berada masih misteri dan tersembunyi. Hanya orang tertentu dijumpakan atas kehendak Allah SWT
3.Nabi Ilyas AS
Nabi Ilyas adalah nabi yang dikurniakan oleh Allah kehidupan yang panjang bahkan sampai ke hari ini. Ini terbukti dari kisah diceritakan di mana saat Nabi Ilyas sedang berehat, tiba-tiba datang malaikat maut Izrail mencabut nyawa. Ketika itu, Nabi Ilyas berasa sedih dan tatkala ditanya kenapa dia rasa sedih, Nabi Ilyas menjawap, dia bersedih kerana harus berhenti berzikir dan beribadah kepada Allah selepas nyawanya dicabut.
Saat itu Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Izrail agar menunda mencabut nyawa Nabi Ilyas dan memberikannya waktu untuk Ilyas terus berzikir sesuai dengan permintaan Nabi Ilyas.Hingga sekarang, Nabi Ilyas diyakini masih hidup dan terus berzikir kepada Allah.
4.Nabi Idris yang bijaksana
Nabi Idris adalah salah seorang Nabi yang pertama kali diberikan tugas untuk menyampaikan wahyu kepada kaumnya dan diberikan hak kenabian selepas Nabi Adam. Sekelompok ulama berpendapat Nabi Idris masih hidup dan belum mati. Ia bersandarkan kisah di mana pada satu malam, Nabi Idris didatangi malaikat maut. Sebelum dicabut nyawanya, Nabi Idris memohon kepada Allah satu syarat iaitu selepas nyawanya dicabut, hendaklah nyawnya dikembalikan semula. Apa dimintanya, Allah kabulkan.
Saat itu, nyawa Nabi Idris dicabut. Idris melalui saat kematian ketika itu lalu Allah menepati janji dengan mengembalikan semula nyawanya.
Atas izinnya, Nabi Idris hidup kembali dan dia kemudian bersama malaikat maut melalui perjalanan ke neraka. Di neraka, Nabi Idris melihat semua yang diciptakan Allah SWT. Kemudian mereka meneruskan perjalanan ke syurga atas izin Allah. Nabi Idris dapat melihat kenikmatan syurga dan pemandangan indah dari luar pintu syurga sahaja. Nabi Idris kemudian meminta malaikat membenarkan dirinya masuk untuk minum air. Perbuatan itu diizinkan dan mereka kemudian keluar semula.
Namun sebelum keluar, Nabi Idris yang terkenal dengan kecerdikan dan penuh “akal muslihat” telah meninggalkan sepatunya di dalam syurga. Nabi Idris kemudian berkata kepada Malaikat Maut, “aku telah meninggalkan sepatunya di dalam syurga. Maka Malaikat Maut menyuruhnya mengambil semula. Maka Nabi Idris masuk semula ke syurga namun tidak mahu keluar lagi sehingga Malaikat Maut memanggilnya.
“Ya Idris, keluarlah. Namun Nabi Idris tidak mahu keluar dan berkata, tidak wahai Malaikat Maut. Ini kerana Allah telah berfirman bermaksud, “setiap yang berjiwa akan merasakan mati (surah Ali Imran ayat 185). Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”(Maryam: 71)
“Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48) Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.” Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57).
Sejak saat itu Nabi Idris dipercayai masih hidup hingga saat ini dan berada di syurga Allah SWT. Wallahu a'lam