Dalam melayari alam rumahtangga, ada hak seorang suami yang wajib ditunaikan oleh seorang isteri tanpa banyak membantah.
Ini bersesuaian dengan satu hadith:-
“Seandainya aku memerintahkan seseorang untuk sujud pada yang lain, maka tentu aku akan memerintah para wanita untuk sujud kepada suaminya kerana Allah telah menjadikan begitu besarnya hak suami yang menjadi kewajiban istri,” (HR. Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, dan Ahmad)”.
Berdasarkan Ibnu Thaimiyah berkata dalam kitabnya iaitu “Majmu al-Fatawa” bahawa “Tidak ada hak yang lebih wajib untuk ditunaikan seorang wanita, setelah hak Allah dan Rasul-Nya daripada hak suami.”
Berhubung kewajiban isteri terhadap suami begitu penting dan amat mulia apabila betul-betul dipenuhi, maka ini adalah beberapa hak suami yang harus dipenuhi isteri.
1.Mentaati perintah suami :- Isteri memang diwajibkan mentaati perintah suami. Namun tidak semia perintah harus ditaati khususnya melakukan hal yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada ketaatan dalam perkara maksiat. Ketaatan itu hanya dalam perkara yang ma’ruf (kebaikan),” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. Tidak keluar rumah kecuali atas izin suami :- Allah SWT berfirman: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” (QS. Al-Ahzab : 33). Selain itu, Ibnu Thaimiyah pun berkata dalam kitabnya: “Tidak halal bagi seorang isteri keluar dari rumah kecuali dengan izin suaminya.” Dirinya juga berkata: “Bila si isteri keluar rumah suami tanpa izinnya bererti ia telah berbuat nusyuz (membangkang), bermaksiat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta segara memperoleh dosa dan seksaan”
3.Taat kepada suami ketika di bilik tidur :- Dari Abu Hurairah Nabi SAW bersabda: “Jika seorang suami mengajak isterinya ke hubungan intim, lantas si isteri enggan memenuhinya, maka malaikat akan melaknatnya hingga waktu Subuh,” (HR. Bukhari dan Muslim). Untuk itu, isteri haruslah dapat memenuhi keperluan batin suami di bilik tidur kecuali ada keuzuran seperti sakit, haid, nifas dan lain-lain maka perkatakanlah secara baik-baik dengan suami.
4. Tidak mengizinkan orang lain masuk rumah kecuali dengan izin suami. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunnah), sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya. Dan ia tidak boleh mengizinkan orang lain masuk rumah suami tanpa izin darinya. Dan jika ia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suami, maka suami mendapat setengah pahalanya,” (HR. Bukhari dan Muslim).
5. Tidak berpuasa sunnah kecuali dengan izin suami. Jika seorang isteri berpuasa (selain puasa Ramadan) tanpa izin suaminya, puasanya tetap sah tapi ia telah melakukan keharaman. Menunaikan hak suami adalah suatu kewajiban, sedangkan berpuasa sunnah hukumnya adalah sunat. Maka, kewajiban harus lebih diutamakan daripada yang sunnah.
Itulah beberapa kewajiban isteri terhadap suami yang harus ditunaikan. Memang terlihat seperti perkara yang mudah pada hal sulit dilakukan jika tidak dilakukan dengan kesabarann, kesedaran dan kecintaan.
Dengan terpenuhinya hak dan kewajiban di antara suami dan isteri, maka akan terciptanyalah keluarga sakinah, mawadah dan warahmah. Sumber : Islam Pos
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI