Beli al-Quran sama lah juga saat kita nak membeli pakaian. Ia harus serasi dan sesuai dengan penggunaan kita.
Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam, sebelum membeli periksa teliti agar kita membeli naskhah yang betul dan praktikal untuk penggunaan sehari-harian. Apa yang penting, kita bertanggungjawab penuh menjaga kesuciannya.
Dan Allah juga ada berfirman tentang kesuciannya;
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Surah al-Hijr: 9)
Hari ini begitu banyak penerbit al-Quran mengeluarkan pelbagai mushaf al-Quran, sehingga kita sukar membuat pilihan yang mana satu menepati penggunaan.
Tapi jangan bimbang, kita baca perkongsian Karya Bestari tentang panduan membeli kitab suci ini agar sesuai dengan penggunaan kita.
Pastikan Ada Pengesahan Lulus & Disemak Oleh Kementerian Dalam Negeri
Langkah pertama pastikan al-Quran tersebut mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Kebiasaannya, cop pengesahan dan nombor kelulusan terdapat di bahagian awal ataupun akhir cetakan al-Quran.
Mengapa ia sangat penting? Jawapannya untuk memastikan naskhah aslinya telah pun melalui suatu proses semakan oleh ahli lajnah tashih al-Quran, seterusnya dibawa ke peringkat Lembaga Pengawalan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN untuk diluluskan.
Ini sangat penting kerana ia dapat mengenepikan keraguan kita tentang keaslian ayat-ayat al-Quran yang mungkin tersalah atau dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.
Ads
Jenis Kertas
Jenis kertas memainkan peranan besar memastikan keselesaan mata saat membaca. Kalau perasan terdapat beberapa jenis kertas yang biasa digunakan dalam cetakan al-Quran, antaranya ialah kertas putih, kertas kilat (putih) dan kertas premium (kuning)
Sebenarnya daripada ketiga-tiga jenis kertas ini, kertas premium (kuning) merupakan jenis kertas yang disarankan untuk dipilih kerana ia menyerap cahaya dan tidak memantulkan cahaya silau, sehingga tidak terlalu gelap dan sesuai untuk tempoh membaca yang lama untuk mata.
Cuba elak membeli al-Quran yang dicetak menggunakan kertas terlalu berkilat kerana boleh jadi silau ketika membacanya.
Huruf dan Susun Atur Mushaf al-Quran
Kemampuan kita membaca berbeza-beza. Oleh itu penerbit tidak akan menggunakan jenis huruf yang sukar dibaca akan memberi kesan pada kelancaran dan ketepatan sesuatu bacaan al-Quran.
Untuk lebih praktikal, bagi penggunaan seharian kita, pilihlah al-Quran dengan Resam Uthmani, samada dengan tajwid berwarna atau pun tidak, terjemahan per kata atau terjemahan yang sesuai.
Ads
Di samping itu, kini terdapat juga mushaf dengan panduan Waqaf dan Ibtida kaedah berwarna yang memudahkan kita berhenti dan memulakan bacaan pada makna dan maksud ayat yang sesuai.
Naskah al-Quran biasanya menggunakan kertas keras sebagai kulit hadapan berikutan ia mempunyai halaman yang tebal. Justeru itu, teknik penjilidan sangat penting bagi menjamin keutuhannya.
Terdapat dua kaedah penjilidan iaitu bahagian sisi bawah atau atas dijahit atau digam untuk menggabungkan helaian-helainnya. Jika anda memilih penjilidan dengan versi jahitan maka kebiasaannya kualitinya adalah lebih baik berbanding gam.
Namun tidak dinafikan gam yang digunakan juga biasanya sudah baik dalam memastikan ia tidak tertanggal atau terkoyak daripada jilidnya.
Pada sesetengah jenis al-Quran Perjuzuk yang didatangkan dengan kotak atau ‘box’ pula, kita boleh memastikan jumlah atau juz yang kita perolehi cukup dan saiznya sesuai dengan penggunaan kita.
Terakhir sekali, inilah yang paling penting kerana dalam memilih al-Quran apa pun, kerana ia perlulah sesuai dalam konteks penggunaan kita secara peribadi mahupun keluarga. Setidaknya ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan ketika ingin memilikinya.
Al-Quran Mushaf lengkap Tajwid Berwarna dan Waqaf Ibtida’ (berhenti dan memulakan bacaan), pilihan terbaik untuk yang ingin memahirkan bacaan al-Quran.
2. Al-Quran Multazam atau al-Haramain A5 dengan terjemahan. Sesuai digunakan untuk anak-anak di sekolah mahupun di rumah.
3. Al-Quran dengan tema Muslimah lengkap dengan Tajwid Berwarna dan Terjemahan sesuai untuk ibu dan wanita kerana bentuknya yang menarik, moden ditambah dengan huraian tema muslimahnya.
4. Bagi yang ingin menghafal al-Quran, naskhah al-Quran al-Hafiz dengan kaedah Hafal 1 Halaman 3 Jam sangat sesuaikan digunakan.
5. Al-Quran Amazing, lengkap dengan pelbagai rujukan tafsir, hadis dan sebagainya. Iaitu al-Quran Amazing, lengkap 33 Panduan Hidup Manusia. Membimbing kita bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran.
Walau apa pun jenis al-Quran yang kita beli, isi kandunagnnya tetap sama. Yang membezakan kita dengan orang lain ialah sejauh mana kita membaca, memahami, mendalami dan mengamalkan setiap kalam Allah dalam kehidupan harian kita. Itu lebih mustahak lagi.
Siapa sangka dalam masa 15 jam sahaja, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar berjaya menamatkan Kejohanan Ironman 2019 yang disertainya di Langkawi semalam.
Dia berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.
Dalam postingnya di Instagram, Alif Satar memberitahu perasaan yang dialami sangat menakjubkan. Berterima kasih kepada yang datang beri sokongan, namun turut mohon maaf jika sorakan mereka tidak dibalas.
Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan peribadi Alif Satar. Dalam pada itu juga ada kalangan netizen turut bertanyakan perihal solat memandangkan pertandingan tu mengambil masa yang lama dan panjang.
Netizen bertanya jika sudah mengharungi detik selama 15 jam, bagaimana dengan solat. Adakah ada berhenti di mana-mana untuk tunaikan suruhan yang wajib ini.
delisya.stokis maaf tanya.. kalau dah lenjan 15 hours camtu, solat semua kat mana ye? dorg ada stop solat ke? maaf bertanya
Namun Alif Satar tidak melatah, sebaliknya menjawab pertanyaan netizen berkenaan. Menurut pelakon berusia 29 tahun ini ada disediakan ruang solat di persinggahan kedua antara untuk acara berbasikal dengan berlari.
Malah menurut Alif lagi, ada sukarelawan yang akan tolong ambilkan wuduk dan pengangkan botol untuk kesenangan peserta sendiri. Malah penganjur turut menyediakan ruang khas untuk atlit yang beragama Islam.
@delisya.stokis ada ruang solat di transition 2 (bike to run). bila amik wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.. organiser ironman sediakan ruang khas utk muslim athletes.
Ternyata sikap yang ditunjukkan oleh Alif ini sangat bagus dan berinsprasi, walaupun sibuk beraktiviti namun tidak melupakan kewajipan untuk tunaikan solat.
Rata-rata warganet memuji sikap Alif yang tidak lupakan kewajipan yang satu ini dan menganggap dirinya adalah Ironman sebenar.
sindora82 @alifsatar congratulations bro, Islam should make you be more free to do whatever you want in a proper way. Inspired bro,
nekbayan_kb94 @alifsatar terbaik , alhamdulillah tak jadi juara pun takpa , yg wajib tak tinggal yg turnment pun awak pulun, awak dah menang alif dlm erti kata sebenarnya
nur_fateema31 @alifsatar nunggu Jawaban ni.. Dari kemaren mau nanya.. Tapi ga jadi Karena udah miikir sendiri, gak mungkin ga fasilitas sholatnya ya kan.. Terbaik Lah
KASHOORGA: Islam itu sebenarnya cukup indah, mudah dan tidak menyusahkan. Kewajipan solat itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sebaran alasan kerana ia adalah suruhan yang wajib.
Bila sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh.
Sebenarnya solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.
Solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah.
Jangan lupa dirikan solat Istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan.
Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Sebelum solat Istikharah, penuhi terlebih dahulu solat fardu. Jangan tinggal solat. Rajinkan diri membuat solat sunat.
Baca perkongsian Mira Filzah tentang tanda istikharah kita dijawab melalui video oleh Ustaz Adnin.
Istikharahlah dalam setiap keputusan, be it nk pindah rumah, beli kereta, tukar kerja, dapat projek baru, kerana istikharah ni adalah tanda kita MENYERAHKAN segalanya, setiap langkah, setiap nafas kepada Allah SWT. Dan orang yang berada dalam pengawasan Allah, jagaan Allah, InshaAllah hidup akan sentiasa bahagia walau besar mana pun ujian yang melanda.
I’ve just watched this video and feel like sharing this with you guys. @ustazadnin ada juga share adab beristikharah.
Sepanjang bulan ini kita menyaksikan pusat pengajian tinggi mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan kecemerlangan pelajar dalam setiap bidang yang diambil.
Dan pastinya kemeriahannya lebih terasa dengan kehadiran kedua ibu bapa yang menjadi penyokong kuat selama menimba ilmu di menara gading.
Namun bagaimana perasaannya jika bukan empunya diri yang tampil menerima skrol tetapi, ibu bapa sebagai pengganti diri kita menerima sekeping sijil yang sangat berharga ini.
Seperti perkongsian di laman sosial twitter yang tular apabila kakak kepada seorang graduan Aina Fatin Najwa, muat naik video bapanya yang naik pentas konvokesyen untuk menerima skrol adiknya yang telah meninggal dunia tahun lalu.
Dia memberitahu yang bapanya berusaha untuk jadi kuat menghadapi detik berkenaan dan hanya dalam hati tahu apa sebenar dirasai.
Malah ayahnya juga menangis sepanjang dalam perjalanan ke UiTM hingga majlis berlangsung.
Dalam posting berkenaan juga kakak allahyarham, Dzarah Nafisah Mazlan juga turut menyatakan rasa rindu dan bangga dengan pencapaian adiknya itu.
Allahyarham Aina Fatin Ajwa telah berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi mara (UiTM) Lendu Melaka sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Allahyarham Aina Fatin Ajwa & kakaknya Dzarah Nafisah.
Sebaik menonton video berdurasi 31 saat itu dengan iringan lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, rata-rata mengundang sedih warganet.
Masing-masing mengakui sebak melihat ketabahan seorang bapa yang mengambil skrol anaknya di pentas konvokesyen.
Malah dapat melihat betapa erat bapanya mendakap skrol berkenaan seperti mendakap allahyarham anaknya itu yang meninggal akibat denggi berdarah.
Rata-rata mendokan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga reda atas diugaan yang diberikan oleh Allah ini.
Jauh dari lubuh hatinya, ayah juga sangat sedih dengan kehilangan adik
Video ini pendek tetapi buat air mata keluar meleleh
Nampak kuat tapi tidak. Sepanjang perjalanan ke Uitm sampai majlis berlangsung, ayah menangis
Sebak ketika bertugas
Tak sangka majlis graduasi jadi sesedih ini
Melangkah penuh bangga walau hati sedih rindukan anaknya. Paling sedih tengok dia peluk sijil..
Meninggal kerana denggi berdarah
Moga Allah berikan baraqah dan kekuatan pada ayah serta semua ahli keluarga
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?