Beli al-Quran sama lah juga saat kita nak membeli pakaian. Ia harus serasi dan sesuai dengan penggunaan kita.

Al-Quran merupakan kitab suci umat Islam, sebelum membeli periksa teliti agar kita membeli naskhah yang betul dan praktikal untuk penggunaan sehari-harian.
Apa yang penting, kita bertanggungjawab penuh menjaga kesuciannya.

Dan Allah juga ada berfirman tentang kesuciannya;

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-zikr (al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

(Surah al-Hijr: 9)

Hari ini begitu banyak penerbit al-Quran mengeluarkan pelbagai mushaf al-Quran, sehingga kita sukar membuat pilihan yang mana satu menepati penggunaan.

Tapi jangan bimbang, kita baca perkongsian Karya Bestari tentang panduan membeli kitab suci ini agar sesuai dengan penggunaan kita.

5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran

Pastikan Ada Pengesahan Lulus & Disemak Oleh Kementerian Dalam Negeri 

Langkah pertama pastikan al-Quran tersebut mempunyai kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Kebiasaannya, cop pengesahan dan nombor kelulusan terdapat di bahagian awal ataupun akhir cetakan al-Quran.

Mengapa ia sangat penting? Jawapannya untuk memastikan naskhah aslinya telah pun melalui suatu proses semakan oleh ahli lajnah tashih al-Quran, seterusnya dibawa ke peringkat Lembaga Pengawalan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri KDN untuk diluluskan.

Ini sangat penting kerana ia dapat mengenepikan keraguan kita tentang keaslian ayat-ayat al-Quran yang mungkin tersalah atau dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.

5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran

IKLAN

Jenis Kertas

Jenis kertas memainkan peranan besar memastikan keselesaan mata saat membaca. Kalau perasan terdapat beberapa jenis kertas yang biasa digunakan dalam cetakan al-Quran, antaranya ialah kertas putih, kertas kilat (putih) dan kertas premium (kuning)

Sebenarnya daripada ketiga-tiga jenis kertas ini, kertas premium (kuning) merupakan jenis kertas yang disarankan untuk dipilih kerana ia menyerap cahaya dan tidak memantulkan cahaya silau, sehingga tidak terlalu gelap dan sesuai untuk tempoh membaca yang lama untuk mata.

Cuba elak membeli al-Quran yang dicetak menggunakan kertas terlalu berkilat kerana boleh jadi silau ketika membacanya.

Huruf dan Susun Atur Mushaf al-Quran

Kemampuan kita membaca berbeza-beza. Oleh itu penerbit tidak akan menggunakan jenis huruf yang sukar dibaca akan memberi kesan pada kelancaran dan ketepatan sesuatu bacaan al-Quran.

Untuk lebih praktikal, bagi penggunaan seharian kita, pilihlah al-Quran dengan Resam Uthmani, samada dengan tajwid berwarna atau pun tidak, terjemahan per kata atau terjemahan yang sesuai.

Di samping itu, kini terdapat juga mushaf dengan panduan Waqaf dan Ibtida kaedah berwarna yang memudahkan kita berhenti dan memulakan bacaan pada makna dan maksud ayat yang sesuai.

IKLAN

Artikel berkaitan:Boleh Atau Tidak Belajar Al-Quran Melalui Online, Ini Hukumnya Patut Kita Tahu

Penjilidan

Naskah al-Quran biasanya menggunakan kertas keras sebagai kulit hadapan berikutan ia mempunyai halaman yang tebal. Justeru itu, teknik penjilidan sangat penting bagi menjamin keutuhannya.

Terdapat dua kaedah penjilidan iaitu bahagian sisi bawah atau atas dijahit atau digam untuk menggabungkan helaian-helainnya. Jika anda memilih penjilidan dengan versi jahitan maka kebiasaannya kualitinya adalah lebih baik berbanding gam.

Namun tidak dinafikan gam yang digunakan juga biasanya sudah baik dalam memastikan ia tidak tertanggal atau terkoyak daripada jilidnya.

Pada sesetengah jenis al-Quran Perjuzuk yang didatangkan dengan kotak atau ‘box’ pula, kita boleh memastikan jumlah atau juz yang kita perolehi cukup dan saiznya sesuai dengan penggunaan kita.

IKLAN

Artikel berkaitan:Tulisan Tangan Lelaki Ini Dipuji Cantik & Kemas, Berjaya Salin 30 Juzuk Ayat Al-Quran

Memilih al-Quran Sesuai dengan Keperluan

Terakhir sekali, inilah yang paling penting kerana dalam memilih al-Quran apa pun, kerana ia perlulah sesuai dalam konteks penggunaan kita secara peribadi mahupun keluarga. Setidaknya ada beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan ketika ingin memilikinya.

  1. Al-Quran Mushaf lengkap Tajwid Berwarna dan Waqaf Ibtida’ (berhenti dan memulakan bacaan), pilihan terbaik untuk yang ingin memahirkan bacaan al-Quran.

2. Al-Quran Multazam atau al-Haramain A5 dengan terjemahan. Sesuai digunakan untuk anak-anak di sekolah mahupun di rumah.

3.  Al-Quran dengan tema Muslimah lengkap dengan Tajwid Berwarna dan Terjemahan sesuai untuk ibu dan wanita kerana bentuknya yang menarik, moden ditambah dengan huraian tema muslimahnya.

4. Bagi yang ingin menghafal al-Quran, naskhah al-Quran al-Hafiz dengan kaedah Hafal 1 Halaman 3 Jam sangat sesuaikan digunakan.

5. Al-Quran Amazing, lengkap dengan pelbagai rujukan tafsir, hadis dan sebagainya. Iaitu al-Quran Amazing, lengkap 33 Panduan Hidup Manusia. Membimbing kita bagaimana untuk berinteraksi dengan al-Quran.

5 Panduan Wajib Tahu Sebelum Beli Al-Quran

Walau apa pun jenis al-Quran yang kita beli, isi kandunagnnya tetap sama. Yang membezakan kita dengan orang lain ialah sejauh mana kita membaca, memahami, mendalami dan mengamalkan setiap kalam Allah dalam kehidupan harian kita. Itu lebih mustahak lagi.

Sumber disunting dari:karyabestari

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI