5 Sebab Tak Perlu Bercinta Lama-Lama, Salah Satu Elak Berlakunya Zina

Share

Tiada tempoh tertentu yang boleh dikatakan terbaik untuk bercinta. Ada yang bercinta sejak sekolah hingga masuk universiti. Ada yang bercinta selepas tamat pengajian di universiti, ada yang bercinta setahun dua, kemudian terus bernikah. Ada juga yang tidak bercinta, sebaliknya terus nikah.

Tiada istilah lebih lama tempoh percintaan maka lebih baiklah hubungan itu. Lebih baik cepatkan sahaja hubungan itu menjadi halal. Percayalah selagi anda tidak tinggal sebumbung, tidur sebantal, anda tidak akan tahu diri sebenar (true colour) seseorang itu.

Memendekkan tempoh percintaan adalah lebih baik. Terus kepada bertunang dan seterusnya bernikah. Tempoh pertunangan pun seeloknya pendek sahaja. Tidak perlu ‘ikat’ bertahun-tahun dengan alasan mahu mengukuhkan kedudukan dalam kerjaya terlebih dahulu.

Perkahwinan bukanlah satu ikatan yang boleh menghalang anda mencapai sebarang kejayaan. Malah perkahwinan sebenarnya satu ikatan yang boleh mendorong anda lebih berjaya dalam apa-apa sahaja yang anda lakukan.

Gambar sekadar hiasan.

LIMA SEBAB MENGAPA TIDAK PERLU BERCINTA LAMA-LAMA:

*Menjaga aurat serta sentuhan antara bukan mahram.

*Elak fitnah daripada masyarakat sekeliling.

*Elak gangguan orang ketiga.

*Perasaan was-was dan mula berubah hati.

*Mengelakkan berlakunya ‘bunga-bunga’ zina hingga menjurus kepada zina.

Bukankah bercinta selepas nikah itu lebih indah.

 

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman