Berkahwin bukan sekadar membina rumahtangga tapi adalah jambatan ke syurga. Sebab itulah Al-Quran menggariskan empat ciri  wanita sesuai dijadikan calon isteri iaitu:-

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Dalam pada itu, Imam Ghazali memberikan resipi tentang sifat-sifat yang mesti dicari dalam mencari calon isteri.

Pertamanya, Imam Ghazali menekankan paling penting ialah kesucian akhlak.

“Jika seseorang mempunyai isteri yang akhlaknya tidak baik dan ia tetap diam, ia mendapatkan nama buruk dan tersekat dengan  kehidupan keagamaannya. Jika ia berbicara, hidupnya menjadi rosak,” tulis Imam Al-Ghazali dalam bukunya berjudul ” Kimia Kebahagiaan “.

IKLAN

Dan bila seorang lelaki menceraikan, kata Imam al-Ghazali, ia akan menderita kerana perpisahan itu. Seorang isteri yang cantik tapi berakhlak buruk adalah bencana besar dan kerana itulah adalah lebih baik suami untuk menceraikannya.

Nabi SAW bersabda; “Orang yang mencari isteri demi kecantikannya atau kekayaannya akan kehilangan keduanya.”

IKLAN

Sifat baik kedua dalam diri seorang isteri, ujar Imam Ghazali, adalah tabiat yang baik. Isteri yang memiliki tabiat buruk, tidak pandai berterima kasih, suka bergosip dan angkuh, tidak faham tangggungjawabnya sebagai isteri merupakan halangan besar untuk menjurus kepada kehidupan takwa.

Sifat ketiga yang harus dicari adalah kecantikan kerana hal ini akan menimbulkan cinta dan kasih sayang. Oleh kerana itu, seseorang mesti melihat seorang wanita sebelum mengahwininya. Nabi SAW bersabda; “Wanita-wanita dari suku ini dan itu memiliki cacat di mata-mata mereka. Seorang yang ingin mengahwini seseorang di antara mereka mesti melihatnya dulu.”

IKLAN

Orang bijak berkata bahawa seseorang yang mengahwini seorang wanita tanpa melihatnya lebih dulu, pasti akan menyesal kelak. Memang benar bahawa seseorang tidak seharusnya berkahwin kerana kecantikan tetapi masa yang sama tidak boleh menolaknya kerana ia untuk sedap pada pandangan suami.

Hal penting keempat tentang seorang isteri adalah bahawa besarnya mahar dibayarkan oleh seorang lelaki  kepada isterinya mesti dalam jumlah yang sederhana. Nabi SAW bersabda: “Wanita yang paling baik untuk diperisterikan ialah  mahar dimintanya kecil dan nilai kecantikannya besar.

Imam Ghazali  sendiri memberikan mahar kepada beberapa calon istrinya sekitar sepuluh dirham, dan mahar puteri-puteri beliau sendiri tidak lebih daripada empat ratus dirham.

Kelima, sifat-sifat lain yang harus dimiliki seorang isteri yang baik adalah berasal dari keturunan baik-baik, belum berkahwin dan  tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang dekat dengan keluarga suaminya. Sumber : Kalam Sindownews

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI