Rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang kita sayang. Sama ada pada suami, isteri, mak ayah dan orang terdekat yang sudah dijemput Allah lebih awal dari kita. Kadang kita rindu momen bersama mereka, rindu nak berbual-bual, rindu nak katakan kita sayang pada mereka serta lain lagi.
Jika rindu, apakah cara terbaik dan paling afdal kita boleh lakukan pada mereka yang sudah meninggal ini?
Pendakwah terkenal dari seberang, Ustaz Abdul Somad berkongsi enam amalan ringkas yang boleh dilakukan oleh anak-anak yang berasa rindu pada mak ayah.
Ads
Pertamanya apa yang boleh dilakukan ialah BERDOA. Dalam setiap solat kita doakan ibu bapa kita agar roh mereka ditempatkan ke dalam syurga, dijauhkan mereka dari neraka jahanam, jangan jadikan lubang kubur mereka satu dari lubang neraka jahanam, berikan mereka ketenangan Ya Allah, ampunkan silap salah dosa mereka ya Allahdijauhkan dari seksaan api neraka dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Keduanya ialah, BACA QURAN, khatamkan Al-Quran dan disedekahkan kepada orang tua kita untuk kesejahteraan mereka di alam kubur. Kalau tak mampu khatam Quran kata Ustaz Abdul Somad bacalah surah Yassin iaitu jantung Al-Quran. Kalau tak mampu hafal Yassin, bacalah surah Al-Fatihah.
“Kalau Al-Fatihah tak boleh juga, mati sajalah,”katanya.
Ads
Dalam pada itu jelas Ustaz Abdul Somad, ialah BERSEDEKAH. Sebutlah sedekah itu kita berikan kepada arwah ibu bapa kita. Sedekah paling afdal ialah sedekahkan air minum kerana ia sedekah berpanjangan.
“Yang keempat ialah lakukan ibadah QURBAN, Lakukan untuk ibu kita kerana pahala itu boleh sampai kepadanya.
Ads
Tambahnya lagi, ke lima ialah HAJI. “Jika semasa hidup ibu bapa kita tak berkesempatan tunaikan haji, buatkan badal haji untuk mereka sebagai tanda kasih sayang kita kepada orang yang jaga kita semasa kecil dan besarkan kita sampai kita berjaya.
Terakhir kata Ustaz Abdul Somad ialah BERPUASA. “Kalau mak ayah kita pernah tertinggal puasa, kita boleh gantikan puasa buat mereka agar ia tidak disoal di akhirat kelak.
Jadi kalau rindu dan sayang mak ayah yang sudah meninggal, inilah boleh kita lakukan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya :
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Pembantu Jurulatih Kelantan FC
Siapa kita hendak menentukan pengakhiran seseorang, begitu juga dengan pembantu jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dilaporkan sudah memeluk agama Islam, semalam.
Perkembangan itu disahkan kelab berkenaan menerusi kenyataan di Facebook (FB) mereka dengan Pol Carpas kini akan menggunakan nama Abu Bakar.
“Pembantu jurulatih dan penganalisis video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas memeluk agama Islam pada hari ini, yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan.
“Abu Bakar yang sudah bersama skuad The Red Warriors sejak musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023,” kata kelab itu.
Peluk Islam
Sementara itu, Norizam di FB miliknya turut mengesahkan perkara itu sambil menjelaskan tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah.
“Benarlah hidayah itu milik Allah. Nama baru Pol Carpos adalah Pol Abubakar Corpas Cuatrecasa. Mulai esok saya nak panggil dia Abu Bakar,” katanya.
‘Nak sedekah, jangan bagi saki-baki.’ Dapat gaji terus sedekah, jangan guna dulu kalau hendak konsisten dalam bersedekah. Kebiasaannya orang kita bila ada lebih barulah bersedekah.
Kita bukan saja digalakkan bersedekah di waktu senang, malah ketika susah sekalipun seboleh-bolehnya bersedekahlah biarpun jumlahnya sedikit. Yang penting kita ikhlas dan reda.
Ikuti perkongsian Iffat Salleh ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Raya haji tahun 2012, di Kelantan. Aku pergi satu kedai dengan member, di situ ada jual air sahaja.
Banyak kedai lain tak buka.
Mujur bawa roti, aku pun buka dan makan dengan member. Kemudian, roti tak habis dimakan. Ada tiga ketul bun lagi dalam plastik.
Jangan Bagi Saki-Baki
Member aku kata..
“Kau bagi sajalah dekat meja belakang, mana tahu mereka nak makan.”
Aku bungkus roti itu semula, kemudian simpan dalam beg.
Member tanya,
“Kenapa kau tak nak bagi dekat meja belakang?”
“Sebab aku tak nak bagi roti baki kepada orang. Kalau aku nak bagi, aku kena bagi sebelum buka plastik.”
Dapat Gaji Terus Sedekah
Nasihat ini diberi oleh peniaga nasi lemak di kampung aku.
Setiap pagi buka kedai, dia akan masukkan 20 bungkus nasi lemak untuk diberi kepada rumah anak yatim.
Aku tanya dia
“Kenapa pakcik buat macam itu?”
Jawabnya simple
“Kalau kita hendak sedekah, jangan sedekah saki-baki.”
Jangan Guna Dulu
Sambungnya lagi,
“Kalau nak sedekah, sedekah dulu. Baki tu baru kita guna atau jual. Sama seperti gaji. Bila dapat gaji, sedekah dulu. Jangan guna dulu, baki buat sedekah. Comfirm tak akan konsisten.”
Nasihat tu aku pegang selamanya.
Sampaikan bila aku buat kenduri pun.
Dari awal kenduri aku sudah bungkuskan lauk untuk diberi kepada orang.
Aku tidak mahu bungkus sakit baki lauk kenduri yang tak habis untuk diberi kepada orang lain.
Nak bagi, bagi dari awal. Jangan bagi saki baki. Ingat tu!
Pemandu lori yang mithali. ‘Ayah singgah lepas rindu, demi anak-anak, segalanya diredah.’ Mahal harga kasih sayang itu. Moga anak-anak ini menjadi dewasa dengan nilai pengorbanan.
Begitulah luahan Fedtri Yahya di akaun instagramnya apabila dapat bertemu empat mata dengan pemandu treler yang videonya viral baru-baru ini di Tik Tok.
“Kerjaya sebagai pemandu treler menuntut masa saya di jalan raya setiap hari sehingga kerap terlepas peluang melihat anak membesar.
“Saya anggap ini pengorbanan dalam membesarkan anak dan berharap mereka menghargainya dengan belajar bersungguh-sungguh,” kata Muhammad Ghaffar Ilham Kamaruddin, 30.
Muhammad Ghaffar Ilham mendapat perhatian di TikTok apabila berkongsi video isteri dan empat anak berusia antara 11 bulan hingga tujuh tahun menunggu untuk menemuinya di jejantas, Pasir Gudang, Johor.
Momen itu dirakam ketika dia dalam perjalanan menghantar bekalan berhenti seketika untuk bertemu keluarga selepas dua hari tidak berjumpa dan video itu meraih 1.4 juta tontonan.
Berkongsi kisah itu, jelas Muhammad Ghaffar Ilham, video berkenaan dibuat untuk mengenang memori mereka ketika tinggal berasingan dua tahun lalu apabila dia hanya pulang ke rumah setiap dua minggu kerana tuntutan kerja.
Menurutnya, ketika itu keluarganya masih tinggal di Batu Pahat, manakala dia di Pasir Gudang dan memenuhi tempahan muatan di sekitar Johor Bahru sebelum membawa keluarga berpindah ke Kota Masai, sejak dua tahun lalu.
Ayah Singgah Lepas Rindu
“Sebelum ini saya pandu kargo dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali saja sebelum saya ubah angin pandu treler tangki pula dan pulang ke rumah dua minggu sekali kerana order di sekitar Johor Bahru sementara keluarga di Batu Pahat.
“Setiap kali ada order di Melaka dan Senawang, Negeri Sembilan saya beritahu isteri (Nur Syarzurah D Wanis, 26) supaya dia dan anak tunggu di mana-mana lokasi untuk kami bertemu sekejap bagi melepaskan rindu.
“Sekarang kami tinggal bersama, cuma masa bersama keluarga masih kurang kadang-kadang dua hari sekali baru balik, tetapi saya usaha untuk pulang ke rumah juga biarpun bila sampai anak sudah tidur,” katanya lagi.
Demi Anak-anak
Justeru, katanya, video TikTok itu dibuat untuk kenangan dan mengamit memori zaman ‘berpisah’ berminggu-minggu sebelum ini supaya semua anaknya boleh melihat kembali memori itu apabila mereka besar.
“Kebetulan ketika itu isteri dan anak pulang ke kampung jadi kami curi masa berjumpa sekejap sebelum merakam video yang memang kisah sebenar keluarga kami sejak dulu.
“Saya terharu dan gembira baca komen di TikTok yang mendoakan keselamatan saya dan keluarga, malah ramai berkongsi pengalaman sama dalam pelbagai bidang kerja yang menuntut mereka tidak dapat pulang ke rumah selalu,” katanya.
Segalanya Sanggup Diredah
Katanya, ketika ini dia berkerja secara konsep usahawan dan tiada gaji pokok dengan pendapatan bergantung kepada jumlah tempahan bekalan diperoleh.
“Alhamdulillah, rezeki order selalu dapat ketika ini dan sementara masih ada kudrat saya kekal bersemangat mencari nafkah untuk keluarga yang sentiasa faham kerja saya.
“Banyak saya korbankan terutama momen melihat mereka membesar. Kadang-kadang terasa terlalu cepat sangat mereka besar, bila balik anak merangkak kemudian balik lagi sudah berjalan dan bersekolah. Mungkin saya rasa seperti itu kerana jarang balik,” katanya.
Tambah Muhammad Ghaffar Ilham, dia memandu lori sejak 2013 bermula dengan lori ais sebelum beralih kepada muatan tiga tan dan treler kerana ketika itu dia baru tamat pengajian di sebuah institut latihan kemahiran dan sukar mendapat kerja dalam bidangnya kerana tiada pengalaman.
“Saya bermula dengan menjadi kelindan lori dan dengan gaji itu saya kumpul duit untuk kahwin dan ambil Lesen Kenderaan Barangan (GDL). Saya pandu kargo pada 2015 dan sehingga kini rezeki masih sebagai pemandu treler,” katanya.
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...