Jenis Kepenatan Yang Dijanjikan Banyak Pahala

Share

Rasa penat dengan pelbagai jenis urusan harian rupanya terkandung ganjaran pahala yang banyak disebaliknya. Lebih teruja lagi apabila Allah pun suka kalau kita berasa penat dengan enam jenis keletihan yang disenaraikan di bawah.

Apabila sudah baca artikel ini, diharapnya ramai lah yang berkejaran untuk penat. Namun, kita kena tahu kepenatan yang bagaimana disukai Allah.

Kita kena ingat, apabila Allah suka, maka itu bermakna akan ada ganjaran pahala bakal diberi. Nikmat Tuhan yang mana lagi hendak kita dustakan? Hatta berasa penat pun boleh dapat pahala.

 

1. Penat Sebab Mengajak Kebaikan

Tidak semua orang dapat terima nasihat atau teguran untuk kebaikan dia. Malah ada yang memperlekehkan pula usaha kita itu. Tapi jangan putus asa. Sedangkan batu pun boleh dilembutkan oleh air. Mungkin mengambil masa lama, tapi jangan putus asa.

Teruskanlah menasihati dan menegur. Bersabarlah dengan kecaman, perangai manusia macam-macam bukan semua boleh berubah sekelip mata. Tapi don’t worry, Allah ada dan Allah suka dengan usaha dan semangat kita itu.

Firman Allah:
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (menggesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Kerana Beribadah

Dalam keadaan kepenatan kerana beribadah ini menunjukkan betapa kita mahu mendapat redha Allah. Penat ini lah yang Allah suka daripada kita.

Firman Allah:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mencari Nafkah

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kita perlu bekerja mencari rezeki halal bagi memberi nafkah kepada keluarga.

Sepanjang bekerja itu, kita akan berasa penat. Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Firman Allah:

“Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

Wajah penat wanita yang sedang mencari rezeki ini, akan diberikan ganjaran pahala yang banyak daripada Allah SWT.

4. Penat Sepanjang Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu tidak terhad untuk pelajar sahaja. Selagi kita bernyawa, selagi itu kita dalam proses belajar; menuntut ilmu menambah pengetahuan sebagai usaha meningkatkan darjat kita di mata Allah dan manusia.

Sudah tentu sepanjang mengejar ilmu, kita akan gunakan seluruh tenaga memahami dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Semua ini adalah proses yang memenatkan apatah lagi perlu menggunakan kekuatan otak.

Firman Allah:
“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

 

 

Published by
Team Kashoorga