Bila menyebut tentang Masjid Al Aqsa di Palestin ramai membayangkan masjid dengan kubah berwarna emas. Malah dalam carian di internet juga akan memaparkan gambar ini. Namun perlu kita ketahui ia bukanlah Masjid Al-Aqsa dan ramai yang tersalah anggap.

Struktur tersebut adalah Qubbat As- Sakhrah atau dikenali sebagai Dome of the rocks (kubah batu) dan ia berbeza dengan Masjid Al Aqsa. Sebenarnya terdapat banyak masjid di tapak yang kita kenali sebagai Masjid Al Aqsa.

Ramai juga yang mengangangap Masjid Al Aqsa sebagai bangunan paling selatan masjid ini dengan kubah berwarna perak gelap tapi itu sebenarnya Masjid Qibli. Ia mendapat nama kerana berada di kedudukan paling dekat dengan kiblat.

Al-Aqsa seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran merujuk kepada seluruh plaza di Baitulmaqdis termasuk masjid, arena, gerbang, air pancut, menara dan banyak mercu tanda keagamaan dan bersejarah lainya.

Seluruh tanah di sebalik dinding kompleks ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa juga disebut sebagai al Haram as Sharif.

6 Keistimewaan Masjid Al Aqsa yang perlu dijaga oleh umat Islam

1.Tempat hijrah para Nabi, Rasul

Allah SWT memberitahu kita bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat para Nabi dan Rasul berhijrah. Seperti ayat yang Allah berfirman:

Ads

وَنَجَّيْنَٰهُ وَلُوطًا إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيه َا لِلْعَٰلَمِينَ

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke negeri yang telah Kami berkati untuk seluruh manusia. (QS. al-Anbiya ayat 71)

2.Tempat suci dari dosa, syirik

يٰقَوْمِ ادْخُلُوا الْاَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِيْ كَتَبَ اللّٰهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوْا عَلٰٓى اَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوْا خٰسِرِيْنَ

Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut akan musuh), maka kamulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Maidah ayat 21)

Ads
3. Termasuk dalam tiga masjid yang boleh dituju untuk beribadat

Berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تشد الرحال إلا ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الاقصى ومسجدي

Jangan bepergian kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku (Masjid Nabawi). (HR Bukhari dan Muslim)

4. Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah

Barro bin ‘Azib berkata:

InsyaAllah شرشهرا، ثم صرفه نحو القبلة

Ads

Kami solat bersama Nabi dan menghadap BaitulMaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian Nabi mengubah arah kiblat (ke Kaabah). (HR Bukhari dan Muslim)

5. Tempat persinggahan dalam perjalanan Rasulullah SAW semasa Isra Mi’raj

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi oleh sebuah kenderaan Buraq, seekor binatang putih yang tinggi, lebih tinggi dari keldai dan di bawah Bighal, laju langkahnya sepantas sekelip mata. . Kemudian saya mendakinya sehingga saya sampai ke Baitul Maqdis.” (HR Muslim)

6.Dajjal tidak akan masuk

Rasulullah SAW pernah melaporkan bahawa Masjidil Aqsa mempunyai keutamaan tersendiri seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Thursina iaitu Dajjal tidak akan memasukinya.

Sumber: Iluminasi, Banggabersarung.com

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI