Ikatan perkahwinan ialah ikatan suci antara seorang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Usia muda merupakan usia terbaik untuk berkahwin, baik dilihat daripada sisi psikologi dan kesihatan.
Namun tidak ada ketetapan tertentu usia yang sesuai untuk seseorang untuk berkahwin. Selalunya jika dirasakan bahawa sudah mempunyai keupayaan dan kematangan, tidak ada salahnya untuk menyegerakan perkahwinan.
Kalau saat ini usia anda 23 hingga 25 tahun dan merasa masih terlalu muda untuk berkahwin, sebaiknya pertimbangkan alasan berikut mengapa dalam usia begini sudah waktunya untuk hidup berpasangan.
1. Elak Dosa
Berkahwin dalam usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perlakuan maksiat. Di samping itu juga ia dapat menjaga fitnah dengan mereka yang bukan mahram.
2. Mudah Menyesuaikan Diri Dengan Pasangan
Pasangan suami isteri yang masih muda memiliki sikap toleransi yang tinggi terhadap pasangannya dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.
3. Melatih Diri Untuk Matang
Perkahwinan juga mengajar kita erti kematangan. Berkahwin dalam usia muda boleh mengasah kematangan diri kerana kita sudah mempunyai tanggungjawab baik sebagai suami ataupun isteri. Kita boleh belajar menjadi dewasa bersama pasangan. Bukankah perkahwinan itu satu perkongsian.
4. Emosi Lebih Terkawal
Berkahwin dalam usia yang muda terbukti lebih cepat mendewasakan pasangan tersebut suami isteri. Emosi juga jadi lebih terkawal. Hal tersebut dipengaruhi oleh ketenangan yang hadir seiringan dengan adanya pasangan hidup.
5. Mengejar Impian Bersama Pasangan
Pastinya setiap orang mempunyai impian. Melalui perkahwinan, kita boleh mendapat sokongan penuh daripada pasangan. Dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat menggapai impian tersebut.
6. Faktor Kesuburan
Peluang memperoleh keturunan lebih tinggi ketika usia masih muda di mana ketika inilah waktu subur wanita sedang dalam tahap maksimum. Semakin meningkat usia seseorang maka semakin menurun tahap kesuburan terutama golongan wanita.
Nah, bagi anda yang sudah bersedia untuk berumah tangga, persiapkan diri dengan baik agar dimudahkan prosesnya, dan jangan lupa banyak berdoa agar diberi yang pasangan terbaik.