Dunia semakin menghampiri penghujungnya. Sudah semakin banyak petanda akhir zaman yang muncul termasuk ujian peperangan, kurangnya bekalan makanan dan banyak lagi.
Disebut pada penghujung akhir zaman, Dajjal akan muncul di kawasan ini.
“Daripada Nuwwas bin Sam’an al Kilabi R.A, beliau berkata: Satu hari, Rasulullah S.A.W bercerita mengenai Dajjal, lalu menyebutnya dengan panjang lebar.. di antara yang disebut ialah: “Sesungguhnya ia (Dajjal) muncul di antara Syam dan Iraq, lalu dia merosakkan apa yang di sekitarnya.. Wahai hamba-hamba Allah, teguhkanlah peganganmu…”(Kanzul Ummal: 38740).
Dalam kitab hadis akhir zaman yang diriwayatkan Ahmad, disebutkan para pengikut dajjal dijelaskan dalam berbagai hadis. Namun sebahagian besar hadis menyebutkan, perempuan menjadi salah satu pengikut teramai dajjal.
Nabi shallallahualaihi wa sallam bersabda,
"Kebanyakan pengikut Dajjal, adalah orang yahudi dan kaum wanita" (HR. Ahmad).
Memetik satu hadis:-
"Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sampai-sampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan bibiknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal". (HR. Ahmad).
Ads
Dalam pada itu, kita diingatkan untuk memperbanyakkan melakukan amal dan menghindari hal tidak bermanfaat. Jauhi jadi peneraju maksiat atau hal yang berkaitan akhir zaman.Ini kerana pada zaman kemunculan Dajjal, ia adalah petanda bahawa dunia menghampiri kiamat.
Menyebut tentang pengikut dajjal terdiri dari ramai wanita, disebut karektor wanita akhir zaman dan inilah ciri-cirinya.
Antara lain ciri-ciri perempuan yang terkena tipu daya dajjal di akhir zaman adalah :
1. Tabarruj dan suka mempamarkan diri mereka di khalayak
Tabarruj adalah perempuan yang suka mempamerkan atau melihatkan perhiasaan mereka. Suka dan terlena dengan dunia dan bersenang-senang kerana dorongan hawa nafsu dunia yang besar. Melupakan dan berpaling dari akhirat.
2. Berpakaian tapi telanjang
Mereka ini perempuan yang suka berpakaian ketat, membentuk dan menonjolkan lekuk tubuh, mengenakan bahan pakaian yang tipis dan transparent serta pakaian yang tidak menutup auratnya dengan baik. Sementara perempuan dalam Islam diwajibkan untuk menutup auratnya.
Ads
3. Kufur kepada suami
Masih sering mengumpat dan tidak bersyukur kepada suami atas apa yang telah diberikan. Pada hal kewajiban perempuan setelah menikah itu harus taat pada suami, memperlakukan suami dengan baik dan menjaga kehormatan suami.
4. Perempuan yang meninggalkan solat
Perempuan yang sering meninggalkan solat dan menangguhkan solat walau mendengar seruan azan termasuk pada pengikut dajjal sebagai penghuni neraka. Tidak hanya untuk wanita saja, namun juga untuk laki-laki.
5. Perempuan yang membaca Al-Quran tapi hanya sampai di kerongkong
Maksudnya mereka ini adalah perempuan yang rajin membaca Al-Quran, namun hanya sepintas lalu membacanya saja dan tidak meresap ke dalam hati. Sehingga menunjukkan wanita ini gemar membaca Al-Qur'an namun akhlaknya tidak terpuji dan masih saja melakukan perbuatan tercela.
Ads
6. Perempuan yang mengabaikan fitnah Dajjal
Iaitu perempuan yang tidak takut dengan kedatangan dajjal dan tidak memohon perlindungan kepada Allah dari fitnah Dajjal. Ia tidak peduli dengan fitnah dajjal dan orang seperti inilah yang disukai Dajjal untuk menjadi pengikutnya.
7. Perempuan yang murtad
Wanita yang memilih untuk keluar dari menganut agama Islam kerana berbagai sebab dan faktor maka kelak akan termasuk dalam golongan pengikut dajjal.
Jika tidak ingin menjadi sebahagian dari golongan ini pada akhir zaman maka perkuatlah iman dan sentiasalah berdoa kepada Allah agar dibebaskan dari fitnah Dajjal.
Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda akan datangnya hari kiamat adalah diangkatnya ilmu, merebaknya kebodohan, zina bermaharajalela, bermaharajalelanya khamar (minuman keras atau alkohol), sedikitnya jumlah laki-laki, banyaknya jumlah wanita sehingga lima puluh wanita dipimpin oleh satu orang laki-laki". (HR. Bukhari).
Dengan begitu, agar muslimah bisa membentengi diri dari fitnah dan tipu daya dajjal, maka haruslah terus menuntut ilmu, belajar dan mengamalkan ilmu agama agar tidak mudah terpedaya oleh perangkap dajjal yang fitnahnya sudah boleh dirasakan saat ini. Jadilah muslimah yang terus beramal soleh dan mendekatkan diri dalan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah Ta'ala.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Semoga Allah kabulkan doa, izinkan mereka dapat zuriat.’ Fizo kagum Madammu tak pernah selindung buat rawatan IVF. Malah dari awal Madammu banyak kongsikan bagaimana perjalanannya untuk dapatkan anak.
Fizo Omar dan bekas isterinya juga pernah berusaha keras untuk mendapatkan anak. Oleh sebab itu dia memahami apa yang dilalui Madammu dan suaminya.
Abe joe doakan semuanya selamat untuk Madammu dan TP kita yang akan menjalani proses terakhir IVF.
So sempena majlis doa selamat malam ini, semoga Allah memakbulkan doa semua dan mengizinkan mereka berdua ni mendapat zuriat.
Izinkan Mereka Dapat Zuriat
Abe joe respect both of them yang tidak berselindung ataupun fikirkan apa pandangan masyarakat yang mereka sanggup berkongsi berjalan mereka dalam proses melakukan IVF untuk mendapat zuriat setelah sekian lama menunggu rezeki Allah dengan niat untuk meningkatkan awareness di kalangan masyarakat kita.
Even Abe joe dan bekas isteri sendiri menunggu 4 tahun untuk nak dapatkan Cik Yam.
Pelbagai usaha telah dilakukan dan yang paling penting kesabaran, support pasangan kita dan ikhtiar yang berterusan. So Abe joe faham perasaan itu.
Fizo Kagum Madammu
Kadang itu buat kita terfikir orang yang Allah bagi rezeki zuriat sehingga terlupa untuk bersyukur dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai parents dan ada juga yang sanggup gugurkan dan buang anak macam tu saja.
Sedangkan pasangan yang betul-betul hendakkan zuriat sanggup buat apa sahaja sehingga sanggup berbelanja ratusan ribu untuk dapatkannya.
Tak Pernah Selindung Buat Rawatan IVF
Kita semua sibuk mengejar rezeki Allah yang kita belum ada sampai terlupa untuk mensyukuri rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita semua. Sehingga kita terlupa akan nilai sesuatu rezeki yang kita ada.
Semoga Allah permudahkan urusan pasangan ini dan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada mereka berdua.
Siapalah kita mahu menidakkan takdir Tuhan. Dalam kekalutan mendengar penyebaran virus COVID-19 yang semakin serius rupanya ada juga dugaan lain dihadapi oleh setiap pasangan.
Bagi usahawan terkenal yang juga jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa dikatakan sudahpun berpisah dengan isterinya Noor Azlin Ismail selepas enam bulan berkahwin.
Majlis perkahwinan mereka sebelum ini menjadi viral kerana peristiwa kek yang terjatuh di majis resepsi sebelum ini.
Walaupun sudah berpisah, namun bagi Datuk Alha Alfa tidak menyalahkan bekas isterinya itu. Malah berterima kasih kerana wanita ini sudah membahagiakan dirinya selepas enam bulan mendirikan rumahtangga.
“Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tidak mahu perbesarkan hal ini supaya aib keduanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya.
“Pertama sekali saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan lagi.
“Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri yang sudah membahagiakan saya setengah tahun bersama. Mungkin kerana dia muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad.
“Saya kahwin dalam masa perniagaan sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan di masa tua nanti bersamanya terhenti di sini,” katanya.
Datuk Alha berkata, faktor pekerjaan dan masa menjadi punca kepada perselisihan faham dalam perkahwinan mereka.
“Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan dia tidak boleh terima kerjaya saya. Perkara ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak keluar bekerja.
“Saya risau nak keluar rumah untuk kerja. Saya hampir hilang diri saya. Betul, mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan, kehidupan dan pangkat saya, tetapi apabila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Sumpah saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan dirinya.
“Siapa saya untuk memaksa dia memahami saya. Kehidupan kami normal macam biasa dan tempoh hari saya pun sudah nak jadi ayah, tapi dia keguguran.
“Mungkin belum rezeki. Tetapi apa yang saya pertahankan ini tidak panjang. Saya tidak mahu dia kemurungan, tekanan berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Datuk Alha turut mendoakan semoga bekas isterinya itu berjumpa pasangan yang betul-betul dapat memahami kehendaknya. Beliau juga turut meminta maaf kerana gagal mengemudi bahtera mereka hingga ke syurga.
“Saya kena terus kuat mnempuh ujian Allah ini. Biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya sudah cuba kurangkan makeup saya, niat berbulan madu ke Makkah tidak kesampaian kerana wabak Covid-19 ini,” katanya.
Orang kata kalau nak pada anaknya, kena juga jaga hati keluarganya. Jangan sebab nak anaknya, tetapi tidak ambil endah keluarga terutama ibu dan ayah pasangan kita.
Anggaplah kedua-dua ibu dah ayah pasangan kita seperti keluarga sendiri. Layanlah mereka seadanya kerana kita akan hidup bersama anaknya hingga ke akhir hayat.
Namun, pelbagai cerita ibu mertua yang kita dengar. Ada yang terlalu baik dan ada juga bersikap kejam kerana kita dikatakan merampas anaknya.
Gambar sekadar hiasan.
Janganlah begitu, minta dijauhkan daripada mendapat keluarga mentua bersikap demikian. Jadi setiap kali meminta pada Allah jodoh yang baik, pohon sekali agar kita ditemukan dengan keluarga yang baik juga.
Semoga hubungan akan kekal terjalin hingga ke jannah. Ayuh, bacalah penjelasan yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ini.
Biasa dengar kan?
Nak dapat anak yang baik, soleh musleh, selalunya orang tua-tua pesan pilihlah pasangan yang baik.
Salah satu usaha yang biasa kita buat ialah doa pada Allah. Minta supaya diberikan jodoh yang baik, yang soleh.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki hari tu membuatkan saya terhenti daripada lipat kain dan tak berkelip mata tengok TV. Tak sabar-sabar dah nak tahu lebih lagi dari ustazah yang manis itu. Otak pula cuba-cuba nak ingat semua semula. Flashback 8 tahun lepas punya memori.
“Pernah ke aku buat macam tu? Ish, macam tak pernah je. Memang confirm la tak pernah!”
Ustazah cerita, waktu tu beliau masih di universiti.
Setiap kali beliau berdoa tentang jodoh, beliau doa begini.
“Ya Allah, kurniakanlah ibu bapa mertua yang saya boleh seiring sejalan dengan dia. Yang saya boleh masuk dengan dia dan saya nak mencintai ibu bapa mertua saya melebihi cinta saya terhadap suami saya.”
Nak tahu kenapa ustazah doa begini?
Saat beliau tahu yang hubungan dengan ibu ayah mertua takkan putus sampai bila-bila sekalipun terjadinya penceraian di antara pasangan suami isteri, beliau mula terfikir untuk usaha berdoa dengan cara yang berbeza seperti di atas tu.
Betul juga kan? Kita ni kahwin dengan suami, bukan takat hubungan dengan suami je kita nak kena jaga. Hubungan kita dengan mertua pun. Malah siap tak putus sampai bila-bila pulak tu.
Gambar sekadar hiasan.
Sambung ustazah lagi,
Macam biasa. Rutin beliau setiap hari ialah telefon ibu ayah. Tapi bila dah bertunang, beliau disiplinkan diri untuk telefon bakal ibu mertuanya seminggu sekali. Kebetulan pada waktu itu tunang beliau masih menuntut di luar negara.
Dari situ beliau dan bakal ibu mertuanya mula berkawan dan saling kenal mengenal antara satu sama lain. Ibu mertuanya nampak cita-cita beliau dan nampak semangat beliau untuk membangunkan masyarakat melalui kelas-kelas bimbingan dan ibu mertuanya pun turut serta dalam kelas-kelas tersebut.
Buat adik-adik, kakak-kakak yang masih berusaha untuk dikurniakan rezeki jodoh, saya doakan kalian diberikan jodoh suami, ibu dan ayah mertua yang soleh musleh dan sekufu. Yang juga menyejukkan hati di dunia dan akhirat.
Aamiiiin.
Nadia Bakar
Kashoorga: Jika sayangkan keluarga mertua, hadiahkan barangan menarik yang boleh didapati di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?