Esok 9 Mei 2024, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia dijangka akan berangkat ke tanah suci. Berbahagialah buat mereka yang menerima jemputan sebagai tetamu Allah ini.
Dalam pada itu mungkin ramai lagi yang sudah menerima panggilan haji ternanti-nanti akan giliran mereka. Sebaiknya ambillah masa sebelum berangkat ini untuk membuat persediaan secukupnya.
Dalam pada itu hayati juga nasihat dan peringatan dari Imam Al Nawawi, ulama tersohor dalam Mazhab Syafie buat bakal jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci
Saudaraku dhuyuf al-Rahman,
Mukadimah haji amat perlu kita fahami dahulu sebelum berangkat ke tanah suci. Imam al-Nawawi telah menyebut dengan panjang lebar dalam kitabnya – al-Idhah fi Manasik al-Hajj-. Antara nasihat dan peringatan kepada bakal haji, dhuyuf al-Rahman, ialah:
Sebelum melangkah kaki ke Mekah, mohonlah taubat kepada-Nya, istighfar, dan mohon maaf kepada semuanya. Biarlah hati kita datang ke Kota Mekah dengan sifar dosa dan jernih serta tulus hati.
Ini amat penting agar ibadat haji yang kita lakukan ‘عَلَى بَصِيرَة’ dengan penuh yakin dan ilmu. Banyak sekali ibadah dilakukan tetapi akhirnya sia-sia. Ini kerana dilakukan dalam keadaan jahil dan taqlid buta tanpa asas ilmu yang sebenar.
Cukuplah gesaan Nabi SAW dalam hadis yang sahih:
خُذُوا عَنِّي مَنَاسِكَكُمْ
Maksudnya: Ambillah ibadat hajimu daripadaku. Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan al-Nasaie
Ini kerana banyak kali kita berasa kita tiada ilmu ketika berada dalam situasi tertentu. Alhamdulillah, Tabung Haji dan pakej haji telah menyediakan guru yang bertauliah. Justeru, inilah peluang untuk bertanya kepada mereka. Elakkan bertanya kepada ‘guru-guru sesama sendiri’ kerana dibimbangi bercanggah dengan jawapan yang sebenarnya. Ini mengakibatkan kesusahan kepada kita.
Sama ada sesama rakan taulan atau keluarga seperti suami isteri, ibu bapa, anak-anak, semuanya berpotensi dengan risiko pergaduhan. Inilah ujian terbesar dalam melaksanakan haji secara berjemaah atau keluarga.
Ini kerana boleh melukakan perasaan, berlaku ghibah, kata nista dan sifat-sifat yang mazmumah. Sepatutnya kita isi dengan ibadat.
Dalam erti kata yang lain, gunakan pelaung dan masa ketika berada di Kota Mekah dan Madinah dengan acara ibadat. Inilah kekuatan sebenar haji.
Inilah peluang untuk menjadi seterbaik mungkin selepas selesai haji. Ini kerana latihan pembersihan hati atau ‘تَصْفِيَةُ القُلُوب’ akan menatijahkan ‘akhlak yang unggul’ selaras dengan kehendak Nabi SAW untuk menyempurkankan ‘مَكَارِمُ الأَخْلَاق’.
Semoga para dhuyuf al-Rahman mendapat haji yang mabrur.
Sumber: MuftiWP