Bagi membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam terdapat beberapa perkara dan cara yang sepatutnya diketahui.
Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah. Asas utama ialah mencari keredaan Allah. Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam.
1. Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
2. Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
Ads
3. Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
4. Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
Ads
5. Mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
Ads
6. Menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.
Sumber: Info Syariah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kasih seorang suami yang tulus dan ikhlas, walau bagaimana keadaan si isteri, tetap sayang tanpa syarat. Isteri adalah amanah dan tanggungjawab yang cukup besar kepada para suami. Ketika akad dilafazkan maka bermulalah peranan suami sebagai imam bagi memimpin sang isteri.
Sebut sahaja Umarul Iklim tentunya ramai yang mengenalinya sebagai pemain gitar kumpulan Iklim yang tersohor. Malah Umarul atau nama sebenarnya Umarul Mahdzar bukan sahaja bermain gitar tetapi dialah juga yang banyak mencipta lagu dan penerbit album iklim.
Kalau diikutkan banyak lagu Iklim yang ‘meletup’ adalah hasil sentuhan ideanya, namun tidak ramai yang mengetahui sisi cerita beliau yang lain. Umarul ini sebenarnya boleh dikategori sebagai suami mithali.
Mungkin jika ada orang yang perasaan, ke mana jua Umarul pergi, beliau akan membawa bersama isterinya. Sering kali orang akan melihat Umarul memimpin tangan isterinya itu.
PENYAKIT KENCING MANIS
Sebenarnya isteri Umarul, Roziah Rani, 55 tahun, telah menderita penyakit kencing manis yang serius sehingga menyebabkan matanya tidak lagi mampu melihat. Derita itu telah ditanggung Roziah sejak 2016 lagi.
“Akak ni kena kencing manis dah lama juga.. tapi akak jadi buta ni pada bulan Julai 2016 yang lalu. Masa tu akak ingat lagi, bulan puasa. Akak anggap ini adalah hadiah istimewa daripada Allah pada akak,” katanya.
Bagi Umarul pula, apa yang menimpa isterinya itu adalah satu rahmat dan bukannya bebanan.
“Abang sebenarnya tak kisah pun kekurangan yang dialami oleh akak. Malah kalau anda nak tahu hubungan kami bertambah erat dan mesra sejak akak buta.
“Kalau ikutkan, ke mana sahaja abang pergi abang takkan berenggang dengannya. Kalau dia pergi rumah ipar duai, abang rasa tak senang hati dan kosong… lagilah kalau dia tidur rumah adik beradik dia, lagilah abang tak boleh tidur. Dia nyawa abang,” katanya.
BERI KEPUASAN
Jelas Umarul, segala makan minum dan pakaian memang diuruskan olehnya, malah bagi Umarul itulah saat yang sentiasa dinantikannya kerana ia seolah-olah memberikannya kepuasan.
Ketiika ditanya adakah beliau ingin berkahwin lagi, Umarul dengan ringkas menjawab hidupnya sudah sempurna hanya bersama isterinya Roziah.
“Kenapa nak kahwin lain? Saat inilah nikmat bahagia bagi abang. Abang tak pernah fikir untuk kutip apa-apa hasil kerana uruskan isteri abang. Abang cuma dapat bersama dia dalam kehidupan di sini dan juga di sana.
“Soal pahala ke apa ke, kalau ada, syukur seribu rahmat dan abang kutip sahaja di sana (akhirat) nanti mudah-mudahan. Kalau bab nak harapkan balasan di dunia, abang tak pernah fikir,” katanya.
Sumber kredit: Astro Awani dan Utusan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Apabila telah dewasa maka sudah tibalah masanya untuk si anak membalas jasa ibunda tercinta.
Baca perkongsian berikut.
Sebentar tadi kami bf spt biasa. Di sebelah meja kami sdg bf seorg pemuda dan seorg perempuan warga emas (berkaca mata hitam). Bila ditanya , mereka adalah ibu dan anak.
Tersentuh hati kecil saya menyaksikan bagaimana seorg anak lelaki melayan ibunya (yg ‘dah tak dpt melihat’ dunia seperti kita). Dipimpin dari kereta ke meja. Melayan mkn minum ibunya mesra dgn penuh kasih sayang. Ayahnya , asal Kota Tinggi baru meninggal setahun yg lalu. Mereka dari KL pagi ini. Yg menjadikan saya terdiam bila si pemuda berkata: “Saya satu2nya anak lelaki dlm keluarga. Wajarlah saya yg menjaga dia (di hari tuanya)”.
Bertuah ibu mendpt anak yg baik dan beruntung anak yg dpt berbakti kpd ibunya yg tua & uzur. Sebelum berpisah kami bersalaman. Sambil saya tepuk perlahan bahu kirinya dan saya katakan : “Saya kagum dan sayu. Di zaman ramai anak2 mensia2kan ibu ayah masih ada kecualiannya pd diri awak. Berkat awak menjaga ibu awak”. Kami berlalu ke kereta.
Kami tak dpt menyembunyikan – tergenang air mata. Kami tinggalkan mereka berdua dgn doa – Allah limpahkan barokah dan rahmat kpd mereka berdua.
# Maaf. Gambar ini bkn utk tujuan diviralkan. Yg baik dah tentu baiknya. Kebaikan tak salah disebarkan.
Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kepada kedua orang tuamu.
Sumber Kredit: Viral Muafakat Johor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Di sesetengah masjid, ada ibu bapa terpaksa pulang awal daripada menunaikan solat tarawih kerana bimbangkan anak-anak yang mula meragam dan menangis. Namun lain pula situasi di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali Masjid Negeri di Ipoh. Anak-anak tidak mahu pulang kerana terlalu gembira bermain di zon kanak-kanak yang disediakan khusus oleh jawatankuasa masjid.
Inisiatif menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
SEDIAKAN ZON UNTUK KANAK-KANAK
Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
“Cumanya di pihak jawatankuasa perlu bijak mengendalikan situasi bagaimana mahu menjadikan masjid sebagai tempat mesra kanak-kanak, satu daripada usaha kita lakukan adalah dengan menyediakan zon kanak-kanak seperti ini,” katanya.
Beliau berkata, zon kanak-kanak di masjid itu menggunakan ruang bilik anjung yang baru sahaja siap diubahsuai tahun lalu dan boleh memuatkan 30 orang dalam satu-satu masa.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
“Bilik ini juga dilengkapi penyaman dingin dan antara permainan disediakan adalah lego, kapal terbang mainan, anak patung juga buku-buku aktiviti matematik, melukis dan mewarna. Hampir 90 peratus barangan mainan ini adalah hasil sumbangan orang ramai,” katanya.
UTAMAKAN FAKTOR KESELAMATAN
Beliau berkata, mengambil kira faktor keselamatan, setiap ibu bapa yang mahu menempatkan anak mereka ketika tarawih, perlu mengisi borang pendaftaran dan mereka akan diberikan kad khas yang akan diserahkan sebaik solat selesai.
Jelasnya, langkah itu sebagai tanda persetujuan antara ibu bapa, juga mengelak berlaku perkara tidak diingini sepanjang anak mereka ditinggalkan.
“Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
“Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang,” katanya.
GALAKKAN JEMAAH SOLAT DI MASJID
Abd Farid berkata, kewujudan zon kanak-kanak itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai jemaah kalangan ibu bapa datang menunaikan solat di masjid dan menjadi contoh kepada jawatankuasa masjid yang lain.
Katanya, bagi masjid-masjid lain yang tidak mempunyai ruang besar, boleh menggunakan balai lintang atau membuat pembahagian sebagai tempat khas kanak-kanak.
“Kemudahan parkir dan ruang solat di kebanyakan masjid-masjid di negeri ini sudah cukup selesa, jadi dengan adanya usaha menambah sedikit ruang untuk kanak-kanak, pasti akan memberi lebih kebaikan kepada jemaah,” katanya.
Masjid Negeri yang dibina sejak 50 tahun lalu mampu menempatkan lebih 5,000 jemaah dan sepanjang Ramadan ini, lebih 1,000 jemaah termasuk dari luar kawasan Ipoh seperti Simpang Pulai dan Bercham mengambil peluang menunaikan solat tarawih di situ.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...