![80bc](https://cdn.kashoorga.com/2019/07/80bc-09_17_953228-696x390.png)
Mas kahwin termasuk dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin disebut dalam akad. Justeru untuk mengukuhkan pengetahuan kepada seluruh bakal pengantin, jom kita tengok senarai mengenai mas kahwin yang perlu anda tahu.
1) Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
2) Namun Jabatan Agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Jumlah ini tidak membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.
3) Mas kahwin lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran hanyalah adat. Kewajipan mas kahwin adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.
4) Mas kahwin ialah hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isteri.
5) Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayarnya sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.
6) Jika mas kahwin sebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan ALLAH.
7) Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas berkahwin, perlu minta izin isteri. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.
8) Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat selain daripada wang. Misalnya emas dan al-Quran.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
25 Tip Pasangan Baharu Kahwin Kekal Bahagia, InsyaAllah Jadi!
![](https://cdn.kashoorga.com/2020/09/277524-29_02_967764.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleKalau dah sepakat nak kahwin, bakal pengantin kena lah bersedia terima kekurangan pasangan masing-masing. Hidup sebagai suami isteri ini, mengajar kita erti lengkap melengkapi.
Tak banyak true colors yang akan ditunjukkan semasa bercinta. Yang ditunjuk banyak yang indah-indah belaka. Dan memang lah masa bercinta merupakan saat yang manis. Kenapa tak kekalkan kemanisan itu setelah berkahwin? Kalau boleh kita mahu ia kekal hingga ke hujung usia.
Mungkin ingin tahu lebih banyak nasihat ‘real’ daripada pasangan bahagia yang sudah melepasi 5 tahun usia perkahwinan, gadis ini, Amirah Hazwani Bakri @mirohaz menerusi akaun twitternya menghantar pertanyaan yang berbunyi;
“Siapa yang dah kahwin more than 5 years and still so much in love and happy with your spouse (just like how you feel masa bercinta dulu), please share your marriage tips untuk orang yang baru nak start kahwin
Ciapannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mana lebih18 ribu tanda suka, hamper 10 k ulangciapan.
Soalan yang bagus dari seorang gadis yang ingin tahu apakah rahsia sebenar dan terbukti berkesan untuk dipraktikkan oleh bakal pengantin baharu.
Sudah tentu ramai bakal pengantin ingin pastikan bahtera yang bakal dilayari nanti sudah tahu hala tujunya dan cara nak dikemudikan bersama suami isteri.
Banyak nasihat yang diterima dari mereka yang sudah berpengalaman dan antaranya:
Terus terang
Berterus terang dengan suami atau isteri mahupun anak-anak. Selalu minta maaf dan ungkapkan ‘Saya sayang awak’ tanpa perlukan sebarang sebab atau syarat.
Isteri jangan terlalu berdikari
Bagi isteri, walaupun anda tahu melakukan sesuatu, janganlah jadi terlalu berdikari sangat. Isteri elok minta pertolongan suami. Jadilah seorang isteri yang manja dan memerlukan dan mengharapkan suami.
Ubah sikap sendiri dahulu
Jangan cuba ubah diri atau memaksa pasangan berubah. Kita yang kena ubah diri kerana pasangan adalah refleksi diri kita juga.
Rajin berbual
Berbual lah dengan pasangan, jadikan dia kawan, teman dan juga pasangan.
Gunakan perkataan ajaib
Ungkapkan selalu kata-kata manis seperti “tolong, maaf, saya sayang awak, rindu awak, saya maafkan awak”
Berdoa untuk bahagia
Rajin berdoa supaya dia sentiasa ingat pada kita walaupun kita tak ada di depan matanya.
Ketepikan jangkaan yang tinggi
Jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi. Terima dia seadanya. Tak romantik pun tak apa, janji setia.
Terus terang
Berterus terang kepadanya. Beritahu apa yang kita harapkan daripadanya. Tanyakan duit nafkah berapa dan bagaimana pembahagian tugasan suami isteri. Bawa berbincang. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Memaafkan dan melupakan
Bergaduh adalah perkara biasa tetapi jangan melarat. Kena segera diselesaikan masalah yang timbul.
Dirikan solat berjemaah
Jika ada kesempatan, cuba usahakan untuk solat berjemaah bersama terutamanya solat subuh dan Isya’
Curi-curi cium dan peluk
Perbuatan kecil ini memberi makna besar buat pasangan. Jika ada kesempatan buatlah. Cukup sekadar ciuman dan pelukan ringkas.
Bertolak ansur
Selalu kena ada tolak ansur (give and take)
Jangan tidur berasingan
Jika bergaduh, jangan tidur berasingan. Allah melaknat pasangan yang bertindak sedemikian.
Kerap berkomunikasi bukannya mempertikai
Kena kerap berkomunikasi jangan dipendam dalam hati. Apa yang kita rasa perlu beritahu kepada pasangan kita supaya masing-masing lebih faham antara satu sama lain.
Jangan suka mempertikai, bawalah berbincang, berkomunikasi dengan cara baik dan matang. Mungkin pillow talk dapat membantu.
Manja
Jangan lupa bermanja-manjalah dengan pasangan kita sebagaimana masa bercinta dahulu.
Mempercayai pasangan
Jangan ada perasaan cemburu buta atau melampau. Jangan biarkan pemikiran negatif menguasai diri.
Lakukan aktiviti bersama
Mandi bersama, suapkan makanan kepada pasangan, berkongsi cerita dan sebagainya. Aktiviti bersama ini membuatkan pasangan tidak boleh berenggang lama.
Jangan guna ‘Aku’, ‘Kau’
Perkataan ganti diri ini kita biasa guna kepada kawan dan ia tidak sesuai digunakan kepada pasangan kita (ungkapan ini terkecuali semasa berdoa dengan Allah)
Perkataan ini seakan hilang sedikit demi sedikit rasa hormat sebab sudah teranggap seperti kawan sendiri.
Jangan berkira
Segala yang kita buat akan menjadi saham di akhirat jika dilakukan dengan ikhlas.
Ucapan kesyukuran
Banyakkan ucapan ‘Alhamdulillah” sebagai rasa tanda bersyukur ke hadrat Allah.
Istighfar dan selawat
Banyakan berzikir semasa bergaduh kerana zikir akan dapat meredakan rasa marah.
Turunkan ego
Manusia semua ada ego kerana ia adalah prinsip kita. Namun pastikan kita tidak berego tinggi dan tak kena tempat. Kalau turunkan ego, kita dapat menerima kekurangan pasangan.
Ketepikan handphone
Dalam dunia teknologi ini, masa kita banyak dihabiskan dengan telefon. Untuk pastikan pasangan terasa tidak diketepikan, letaklah jauh-jauh telefon sewaktu bersama. Saling menghargai masa yang ada terutama sewaktu makan bersama dan menonton televisyen.
Kerap hantar mesej
Kemudahan untuk sentiasa berhubung ada di tangan. Gunakanlah sepenuhnya seperti whatsapp. Selalu beritahu pasangan di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan.
Jangan cabar atau memalukan pasangan
Setiap pasangan ada maruah yang perlu dijaga. Menjadi tanggungjawab kita tidak mengaibkan pasangan dan jangan mencabar pasangan kita kerana ia akan menjadi dendam tidak berkesudahan.
Membalas respon netizen yang cukup baik hati memberikan tip dan rahsia hubungan mereka dan pasangan bahagia walaupun sudah 5 tahun kahwin, dia sempat mendoakan agar semuanya kekal bahagia dan berterima kasih atas perkongsian.
Artikel berkaitan: Kahwin Paksa: Anak Tak Rela, Bakal Suami Tak Sekufu
Artikel berkaitan: Nak Kahwin, Kaya, Pandai? Ini Tip Agar Doa Cepat Dikabulkan
Kashoorga: Segala tip dan nasihat yang diberikan ini merupakan ajaran dalam Islam. Dan sesungguhnya semua ini adalah nasihat sebenar yang dipraktikkan dan terbukti berkesan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bahagia Till Jannah, Kena Faham Betul-betul Apa Maksudnya Yang Sebenar
![](https://cdn.kashoorga.com/2019/02/kawin-1.jpg)
Ramai pasangan kekasih muda-mudi pada hari ini menggunakan perkataan ‘till jannah’ untuk merujuk kepada pengharapan perhubungan mereka. Apabila bergambar berdua dan kemudian memuat naik ke laman sosial, ramai yang mendoakan supaya hubungan mereka kekal hingga ke syurga.
Memang betul kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk orang lain. Semoga dengan doa kita itu nanti dapat mendorong perhubungan pasangan itu ke peringkat seterusnya. Pun begitu, untuk mendapat hubungan ‘till jannah’ ini perlulah diambil kira beberapa perkara.
1)FAHAMI TANGGUNGJAWAB
Sebelum menjadi suami isteri, fahami tanggungjawab anda. Ambil tahu apa tanggungjawab suami. Ambil tahu juga tanggungjawab isteri. Jika masing-masing faham tanggungjawab sendiri maka pasti tidak akan timbul masalah kemudian hari. Barulah boleh menuju ke syurga bersama pasangan.
2)KUATKAN IMAN
Anda perlu kuatkan iman. Dugaan dalam rumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Apabila sudah berkahwin pasti ada hasutan syaitan. Melihat orang lain lebih segalanya daripada pasangan sendiri. Anda perlu memupuk iman supaya tebal di dada. Insya-ALLAH terhindar daripada cela dan noda.
3)DIDIK PASANGAN
Untuk mendorong ke syurga, didiklah pasangan anda. Ajari dia menutup aurat dengan sempurna. Perbetul bacaan dalam solat. Jadilah pasangan yang baik. Sama-sama belajar untuk jadi Muslim sejati.
4)DOA ZURIAT YANG BAIK
Zuriat ialah pewaris generasi kita pada hari akan datang. Justeru perlu kita didik zuriat menjadi manusia berguna. Zuriat ialah amanah daripada ALLAH. Semoga kita sekeluarga dapat menjadi ahli syurga.
5)AMAL JARIAH
Amal jariah ialah amalan yang banyak membantu kita di akhirat kelak. Perbanyakkan bersedekah. Kuasa sedekah amat kuat kerana itu Islam menggalakkan umatnya membantu antara satu sama lain.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Cari Pasangan Yang Boleh Bimbing Ke Jalan Syurga. Tak ‘Handsome’ Tak Pe Asal Bahagia” – Pesan Imam Muda Hassan
![](https://cdn.kashoorga.com/2020/07/229863-28_42_003315.jpeg)
Tidak dinafikan, wanita zaman sekarang memang mencari lelaki yang ada rupa dan berharta untuk dijadikan suami.
Soal lain dijadikan hal kedua kerana kriteria itu lebih diutamakan.
Namun sebenarnya lelaki yang kacak rupa parasnya bukan menjamin hidup jadi tenang tetapi lihatnya kesetiaan dan tanggungjawabnya.
Artikel Berkaitan: Tingginya Darjat Seorang Isteri, Doa Dipohon Confirm Dimakbulkan Allah. Ini Antara 16 Doa Boleh Diamalkan!
Bukanlah bermaksud kita tidak perlu menjadikan itu sebagai pilihan dalam mencari Imammu, tetapi pandang juga perkara lain, terutama tanggungjawab dia menyediakan segala keperluan zahir dan batin buat pasangannya.
![“Cari Pasangan Yang Boleh Bimbing Ke Jalan Syurga. Tak ‘Handsome’ Tak Pe Asal Bahagia” – Pesan Imam Muda Hassan](https://cdn.kashoorga.com/2020/07/8cfe3cd9cac8c5c71c0daeeba61cb20a-28_29_276857.jpg)
Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instaram yang elok untuk kita jadikan pengajaran dalam melayari kehidupan berumahtangga.
Percayalah, bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.
Artikel Berkaitan: Sebelum Pilih Calon Suami, Lihat 4 Ciri-Ciri Ini Dahulu Untuk Jadi Sweet Couple Till Jannah
Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.
Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.
Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.
Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.
Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.
Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.
So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome.
Bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha . Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.
Hassan Adli
Suami handsome
Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Isteri Malang Buka Aib Suami, Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Dosa Suami Pemalas” – Pesan Ustazah Asma Harun
Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI