Sesuatu yang kita dapat dan miliki, itulah rezeki kita. Percaya atau tidak, syukur atau ingkar, rezeki itu datang pada tempat dan waktu yang tepat. Rezeki yang diperolehi bukan sepenuhnya milik kita. Ini kerana dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Sebagai contoh, seorang bapa dengan anaknya. Rezeki yang diperolehi akan lebih berkat jika dikongsi bersama keluarga. Jika kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita. Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak, rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
PENGALAMAN SENDIRI
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
SEMUA BERUBAH BILA SAYA LEKA
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Ads
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama. Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
SEMBILAN AMALAN SAYA BAGI MENJEMPUT REZEKI KETIKA ‘BERBAKTI’ PADA ANAK
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
Ads
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
Ads
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
9. Sebagai ibu bapa jangan berkira nak belajar ilmu parenting sebab tanpa ilmu bagaimana kita nak didik anak agar berilmu. Anak-anak ada kaedah dan cara pembelajaran berbeza, keperluan fisiologi pun berbeza. Kalau bayi kena tidur 14-17 jam, lain pulak untuk anak berumur 3-5 tahun kena tidur 10-13 jam sehari.
Alhamdulillah selepas saya praktis 9 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
Sumber kredit: FB: Mohd Fhais
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Umum mengetahui bahawa Catriona Ross mempunyai seorang anak autisme. Namun ketika pergi bercuti bersama suami dan dua lagi anaknya ke Paris, ramai peminatnya bertanya tentang di mana anak keduanya, Jammal Raess Ross-Iddin. Namun ada juga yang salah menilai kononnya Catriona sengaja tidak membawa Jammal bercuti bersama-sama.
Ikuti coretan Catriona dilaman Instagramnya tentang mengapa dia tidak membawa bersama Jammal Raess ketika bercuti ke Paris.
When I was away on family vacation, i terima quite a few question asking where Jammal Raess. I tahu soalan mana genuine dan soalan mana yang jenis judgemental. Me being me. I was proffesional in answering and i didnt let any negative vibes kill my spirit.
Arwah ibu i ajar, we cant control what people think or say tapi we can control how we react pada sesuatu situasi…
Just to let some of you know(this is part of Autism Awareness aswell) many autism children tidak suka dengan plane rides. Membosankan dan menyekat kebebasan mereka. Iye la, seatbelted and ada rules yang mesti diikuti. Jangan flights yang berbelas jam, yang 3-6 jam pun some tak dapat survive…
JAMMAL SUKA ROAD TRIPS
Ada ramai juga yang tak suka road trips or car rides but Jammal loves road trips. Kalau naik kereta, 4,5 jam pun suka apa lagi i will make a few pit stops kat petrol stations. Nak lari-lari kejap ke, nak pilih aiskrim atau sweets boleh sangat. Kalau dalam flight, pilot mana nak stop kat airport mana-mana kalau i cakap Jammal dah bosan and nak get some fresh air? Haaaa faham iye setakat tu….Alhamdulillah syukur…faham jugak….
Setiap jes autism berbeza…Maka tidak boleh dibandingkan dengan cucu kepada sepupu mak saudara you yang boleh naik flight lama-lamas ebab case dia dan Jammal berbeza. Jangan bandingkan dengan kawan kepada kawan ofis kepada kawan yang jual kerepek pada you yang fly pergi USA jugak…
LEBIH KENAL JAMMAL RAESS
Jammal loves outdoors and loves his own activities and i juga sentiasa dapatkan pandangan specialist jadi kalau pakar cakap roadtrips are best for him, biarlah my husband and i his parents yang decide apa yang terbaik sebab kami lebih kenal anak kami ye…You yang melihat boleh menghakimi sejauh mana you nak, its ok by me. It doesnt bug me at all…
Jammal dalam jagaan orang yang kami pervayai yang mana Jammal sayangi. We enjoy calls and we sent pictures to him everyday. Mengetahui tentang perkataan Autism tidak cukup jika perihal atau karektor seorang anak Autism tidak dibaca so Iqra.’ Read. Baca. Learn.
If you genuinely care tentang Jammal Raess, kirimkan doa and love for us.
Berikut antara komen-komen yang memberikan kata-kata semangat kepada Catriona
Kesimpulannya sebelum kita menghakimi orang lain terhadap sesuatu perkara maka lebih baik selami dahulu tentang situasi yang dihadapi oleh orang tersebut. Jangan hanya pandai membuat tafsiran sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Sumber kredit: @Catriona Brian Ross
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
1.Kenali peribadi dan harapan ibu mentua
Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
2.Lakukan hal yang menenangkan hati mentua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
3.Lakukan kegiatan bersama
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
4.Lihat sudut positif
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.
5.Sedia menerima kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.
6.Kasih dan sayang
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam terdapat beberapa perkara dan cara yang sepatutnya diketahui. Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada Allah. Asas utama ialah mencari keredaan Allah.
Berikut dikongsikan tip bagaimana untuk membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam.
1. Asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
2. Adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
3. Memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan RasulNya.
4. Menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
5. Mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.
6. Menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.
7. Sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi
Sumber: Info Syariah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Keluar pejabat pada waktu bekerja untuk melakukan urusan peribadi ibarat satu kebiasaan. Ada yang memberitahu majikan tapi ramai juga yang keluar senyap-senyap hingga berjam-jam...