Tiada apa yang lebih rindu bila kita kehilangan orang disayangi. Inilah yang dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang meluahkan rasa rindu pada arwah abahnya, Tuan Guru Ustaz Haji Musa bin Salleh, 85 yang telah pergi menemui pencipta pada 20 September 2021, tepat jam 12.05 tengahmalam isnin lalu akibat sakit tua dan telah 15 tahun diuji dengan sakit yang kerap dan berpanjangan.
Dikongsi di instagramnya, @ustazahnorhafizahmusa, pendakwah ini berkongsi kebaikan dilakukan oleh arwah bapanya yang lebih 40 tahun 40 tahun mendambakan diri untuk pendidikan dan dakwah di seluruh Negeri Sembilan. Kerjaya sebagai guru agama , guru al-Quran dan guru Bahasa Arab mendarah daging dalam dirinya.
Dikebumikan di kampung halamannya di Teratak Baiti Jannati di Kuala Jempol, diiringi anak, menantu dan cucu, semua urusan dapat dilaksanakan termasuk 30 anak cucu menyempurnakan bacaan 30 juzuk untuk abah/ atuk tercinta.
Dalam perkongsiannya lagi, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa memaklumkan, akhlak arwah bapanya sangat baik.
Akhlaknya ketika susah dan senang, sehat dan sakit adalah sama. Amat mulia. Alhamdulillah dalam keuzuran yang amat sangat dengan berat hanya sekitar 30-35 kg lebih sahaja, almarhum mendidik anak cucu sepanjang sakit terlantar dengan contoh kesabaran, husnuzzon dengan Allah, zikrullah selalu dan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW.
Kenangan manis Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa bersama arwah bapanya yang juga seorang pengajar ilmu agama.
Begini rasa kehilangan dan kerinduan. Rindu yang amat. Allahul Musta’an.
Ads
Laki-laki budiman yang tak pernah menyakiti hatiku, tidak juga pernah mencubit, merotan, memukulku semasa kecil/ sepanjang hayatku. Laki-laki budiman yang setiap waktu mengalir darinya kasih yang mendalam terhadap anak-anaknya ( biiznillah wa birahmatillah).
Laki-laki budiman yang menghargai dan menghormati insan-insan yang dikasihi oleh anak-anaknya. Ketika bertemu dengan sahabat ustazah, kak Rohaya yang sentiasa temani ustazah ke kuliah-kuliah, abah tanggalkan kain serban di kepalanya untuk jadi alas lapik tangan bersalaman sebentar dengan kak rohaya. Kata kak Aya, luruh jantung kak Aya tengok akhlak abah ni. Abah ucap terima kasih kerana sudi jadi sahabat anaknya.
Laki-laki budiman ini kerap tersenyum kecil melihat anak perempuannya ini kehilangan sabar dengan kehidupan, diusap dan ditepuk dan dengan lembut dia katakan “bukan yang ini ko penceramah yang suruh orang sabar tu” sambil dia tersenyum. Ya Rabb…
Laki-laki budiman ini amat suka menyentuh dan menggenggam tangan anak-anaknya hingga ke hari terakhir kehidupannya. Beliau suakan tangannya untuk isteri dan anak-anak, menantu-menantu dan cucu cicitnya agar dia dapat menggenggam lagi tangan-tangan kami.
Ads
Antara pesanannya yang sangat ustazah ingat.. “Abah bilo tengok Kak Cik di televisyen, hati abah berdobar-dobar. Anak aku ni menyampaikan dengan ilmu yang mantap ko tidak. Ko sajo nak bercakap yo. Abah berdoa, Kak Cik jadi orang berilmu, menunduk tak meninggi. Buku mesti baco. Telaah kitab tu wajib untuk kito yang menyampaikan. Ilmu tak amal macam pokok koring, elok eh di tobang yo, tak berguno..” dan terlalu banyak nasihat selama 46 tahun kehidupan dengan laki-laki budiman ini.
Semoga Allah menjadikan seluruh anak cucu dan keturunan beliau sebagai jariah yang besar buat beliau kerana beliau adalah pendidik yang mendidik keluarga dan masyarakat dengan ilmu dan akhlaknya.
اللهم اغفر لهم و ارحمهم و عافهم واعف عنهم.
Ads
Semoga Allah menempatkan ibu bapa kita semua dalam Syurga Firdaus bersama Rasulullah SAW dalam keredhoanNYA. Aamiin.
Sesungguhnya kami ( anak cucu) semua menjadi saksi bahawa Ustaz Tuan Haji Musa bin Salleh adalah seorang ayah, suami, datuk yang terbaik kepada ahli keluarganya, selalu mendoakan ummah, memanfaatkan masa sihatnya untuk dakwah dan mendidik masyarakat. Semoga Allah menjadikan kami semua jariah terbaik untuk almarhum Ustaz Tuan Haji Musa Bin Salleh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan sape-sape, kita tu yang tak baca doa masa tanam pokok. Ni doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng.
Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Menurutnya bukan selalu dia dapat melakukan #tarannumchallenge dengan adik beradiknya. Ternyata video ini mendapat tontonan lebih setengah juta daripada warganet.
Masing-masing teruja melihat perkongsian ini dan turut memuji cara adik beradik ini untuk menarik minat remaja dan orang lain untuk mengikuti pengajian tarannum seperti yang dilakukannya di media sosial miliknya.
Anak sulung.
Video viral yang dilakukan di tepi pantai bersama adik beradiknya ini telah menarik lebih 600 ribu orang untuk menyaksikan tarannum challange ini.
Anak kedua.
Ternyata dia bersama adik berdaiknya bertarannum dengan begitu bagus sekali, malah membuktikan bahawa mereka adik beradik sangat mencintai Al-Quran.
Anak ketiga.
Apa yang bagusnya dia turut mengajak warganet untuk turut sama-sama membuat tarannum challange ini bersama ahli keluarga lain.
Anak keempat.
Perkongsian ini turut mendapat respon baik dari warganet. Masing-masing memuji suara merdu adik-beradik ini kala bertarannum.
sihati_berdarah MashaAllah..Video mcm ni la ptut di viralkan ..dri vdeo yg merepek2. tahniah.alhamdulillah.smga kluarga kamu dikurniakn darjat yg tinggi serta dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T Aamiin
mohainijalil Alhamdulillah… Satu family terdidik dengan baik… Saya mencemburi kalian semua… Semoga saya satu hari nnti dpt membaca dengan lancar seperti kalian… Aamiin
Selain busana indah digayakan Raja Sehari yang menjadi bualan, majlis memotong kek perkahwinan juga jadi salah satu momen manis untuk dikenang.
Ada pelbagai rekaan yang cuba dihasilkan untuk kek di majlis perkahwinan dan paling mendapat perhatian adalah kek tergantung atau Chandelier Cake di majlis resepsi pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Redza.
Kek yang dipotong oleh pasangan ini nyata jadi bualan sebab julung-julung kali melihat rekaan sebegini terutama di majlis perkahwinan.
Kek gantung atau chandelier cake ini direka oleh Lily Lola Cakes dan pemiliknya Lily Osman 28 tahun, berkata dia selama tiga tahun menyimpan idea untuk membuat kek seperti ini sebelum merealisasikan idea berkenaan.
Menurutnya, proses pembuatan kek tersebut tidaklah terlalu sukar namun apa yang mencabar ialah proses untuk menggantung kek setinggi lapan tingkat itu.
“Idea nak buat kek gantung ini sudah difikirkan sejak tiga tahun lalu, cuma kami mencari majlis yang sesuai. Rezeki saya dan Zahirah apabila kebetulan semua konsep ini kena dengan majlis mereka, jadi kira realisasikan idea itu.
“Kek itu dihasilkan dalam masa seminggu tapi nak menggantung agak sukar dan mengambil masa lebih sejam.
“Kek ini perlu dipastikan benar-benar kukuh supaya tak jatuh kerana graviti dan memerlukan beberapa orang untuk menggantungnya.
“Macam mana teknik buat suaya kek kukuh dan tidak jatih itu ada caranya. Apa pun mujurlan pihak perancang perkahwinan Mahligai Creative banyak membantu dan memudahkan proses persiapan di dewan tersebut.
“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang malaysia,” ujarnya kepada Mstar Online yang memberitahu setiap kek memiliki harga berbeza mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.
Tiga tahun simpan idea untuk realisasikan kek bertingkat.
Ternyata persembahan kek bertingkat atau Chandelier Cake ini memukau bukan sahaja mereka yang hadir di majlis resepsi berkenaan tetapi juga warganet. Masing-masing terpukau dengan keindahan ciptaan kek berkenaan.
zaireenzafirah Probably beyond imagination 😂 this is incredible
zahira.bakar The first chandelier cake I have ever seen…actually first time tgok cake
terbalik 😂. This is so amazing. Lucky couple to kicked off wedding cake terbalik. Love it
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...