“Abah Saya Buta Tapi Dia Travel Satu Malaysia Ajar Orang Mengaji- PU Amin

Share

Perkongsian PU Amin tentang bapanya begitu meruntun jiwa. Meskipun bapanya cacat penglihatan namun dia tidak pernah jemu-jemu menyebarkan dakwah. Mungkin benarlah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Patutlah PU Amin sendiri gigih menyebarkan dakwah meskipun dia dikecam hebat. Rupa-rupanya bapanya seorang insan yang begitu cekal menyebarkan dakwah meskipun cacat penglihatan.

Subhanallah betapa kagumnya dengan kesungguhan seorang insan yang meskipun kekurangan deria penglihatan namun tetap mahu terus menyebarkan ajaran agama. Berikut perkongsian PU Amin di laman Instagramnya.


Abah saya Mohd Noor. Seorang yang cacat penglihatan. Dia buta tapi hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel ke Pahang ke seluruh Malaysia untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al Quran di Brunei Darussalam. Matanya buta tapi boleh membaca Al Quran. Boleh menghafal Al Quran. Banyak buku braile dia buat untuk orang buta baca.

Kini walaupun diri dimamah usia, masih tak letih untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatahlagi kalau ada jenis menganjing OKU, masuk slumber toilet OKU. Jadi saya cepat tersentuh.

Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komuter, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tak dapat melihat itu menitiskan air mata. Pesannya, “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit….

Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak.


Perkongsian PU Amin tentang kegigihan bapanya amat dikagumi oleh ramai pengikutnya di laman Instagram.

KELUARGA HEBAT

SUMBER INSPIRASI

BAPA DAN ANAK YANG HEBAT!

Sumber kredit: @PU Amin

Published by
wan erni