Awal bulan lalu menyaksikan majlis ‘wedding of the year’ pasangan Mira Flzah dan suami, Wan Emir.
Sebaik sah lafaz akad nikah terlepas sudah tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuan dalam mendidik menjadi insan berguna.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Paling Manis & Santun, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Emir Hanya Dengan Sekali Lafaz!
Begitulah juga didikan yang diberikan oleh bapa Mira Filzah sebelum dia menjadi hak milik orang lain.
Dalam satu posting di laman Instaramnya, Mira muat naik ucapan istimewa buat bapa tercinta sempena ulang tahun kelahiran bapanya, Baioezaman Ab Khalik ke 56 tahun.
Menurut Mira, dia pernah ditegur bapanya tentang cara berpakaian kerana dianggap tidak sopan sebagai wanita Muslimah.
Artikel Berkaitan: Kuasa ‘Bismillah” Jadikan Wajah Mira Filzah Berseri-Seri Di Majlis Pernikahannya, Hasil Sentuhan MUA Yna Sakinah
Dan sebagai anak yang baik, Mira menerima nasihat bapanya dan membalas dengan memberitahu dia berjanji akan lebih berhati-hati dengan penampilannya.
Menurut pelakon dan pengacara kesayangan ramai ini, dia menyifatkan bapanya itu seorang lelaki yang unik dan tidak banyak bercakap namun mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.
Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable.
Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs
Perkongsian ini mendapat reaksi daripada warganet. Masing-masing memuji cara didikan ayah Mira yang dari awal membentu peribadi mulia.
zarinazainuddin_Didikan dari awal membentuk peribadi mulia ,Allhamdulillah u hv good vibes around u mira Allah love u so much happy birthday to your lovely abah @mfmirafilzah
kekasihbyhidayahs So lovely abah mira. Tegur dengan penuh hikmah semoga Allah pelihara selalu family mira
nadhsafiy01 Abah yang sungguh bertanggungjawab.. Alert dengan pemakaian anak..
norrmuttlib berapa Sayang seorang abah pada anakanda. Semoga Mira boleh menjadi teladan dan influencer yang mendorong kepada syar’ie attire.
z_rth8 Anak yg baik mendengar nasihat org tua ..semoga kamu juga sentiasa di rahmati dan dipelihara oleh Allah SWT Aamiin
Kredit Foto: Instagram Mira Filzah
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Beri Cadangan Pada Follower Yang Alami Kemurungan Supaya Ingat Allah & Tak Tinggal Solat