Al-Fatihah merupakan surah pertama dalam Al-Quran. Disebut juga sebagai ummul kitab. Al-Fatihah disebut oleh Allah dari ayat-ayat Al-Quran yang lain sebagai Assab’ul Matsani (tujuh ayat yang diulang-ulang).
Maksud dari kata Assab’ul Matsani adalah bahawa surah Al-Fatihah yang mengandungi tujuh ayat ini diucapkan berulang-ulang dalam setiap rakaat solat. Ia dibaca 17 kali sehari dalam solat fardu. Solat juga tidak sah jika tidak membaca Al Fatihah.
Telah menceritakan kepada kami Al-Husain bin Huraits, telah menceritakan kepada kami Al-Fadhl bin Muusaa, dari ‘Abdul Hamiid bin Ja’far, dari Al-‘Alaa’ bin ‘Abdurrahman, dari Ayahnya, dari Abu Hurairah, dari Ubay bin Ka’b -radhiyallahu ‘anhuma-, ia berkata, Nabi Salallahu aalihi wassalam bersabda,
“Allah tidaklah menurunkan pada Taurat dan tidak juga pada Injil semisal Ummul Qur’an (Surat Al-Fatihah), dia adalah As-Sab’ul Matsaaniy (tujuh ayat yang diulang-ulang) dan dia terbagi di antara Aku dan hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang diminta.” [Jaami’ At-Tirmidziy no. 3125; Sunan An-Nasaa’iy no. 914; Musnad Ahmad no. 20589] – Shahih. Dishahihkan Syaikh Al-Albaaniy rahimahullah dalam Shahiihul Jaami’ no. 5560.
Dalam Hadis Riwayat Bukhari disebutkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Alhamdulillah rabbil ‘alamin, adalah tujuh surat terbesar yang berisi pujian dan terus diulang, intisari dari Al-Qur’an yang mulia yang diturunkan kepadaku”.
Dan dijelaskan pula dalam Hadis Riwayat An-Nasaai bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah engkau aku beritahu tentang ayat Al-Qur’an yang paling mulia, maka Baginda membaca surat Al-Fatihah”.
Ads
Selain dinamai al-Fatihah, surah ini juga mempunyai nama-nama lain seperti Ummul Kitab (induk kitab), Assab’ul al-Matsani (tujuh yang diulang), Al-Wafiyah (yang sempurna), Asy-Syafiyah (yang menyembuhkan), dan Asy-Syifa’ (ubat).
Surah Al-Fatihah diturunkan di Makkah terdiri dari tujuh ayat, menurut Imam Asy Syafi’i,
Al-Fatihah sebagai pengantara
Ada banyak rahsia dan keistimewaan surah Al-Fatihah, sebagai mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa jika kita punya apa saja hajat pun, surah Al-Fatihah boleh menjadi perantara untuk hajat tersebut.
Ads
Bahkan Surah Al-Fatihah juga mempunyai keutamaan sebagai sebab antara terkabulnya doa
“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Al-Mutsannaa, telah menceritakan kepada kami Wahb, telah menceritakan kepada kami Hisyaam, dari Muhammad, dari Ma’bad, dari Abu Sa’iid Al-Khudriy -radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata, kami sedang dalam perjalanan kemudian kami singgah di suatu tempat, lalu datanglah seorang jariyah, ia berkata, “Sesungguhnya ketua kampung kami sedang sakit sementara orang-orang kami sedang tidak boleh mengubatnya, apakah di antara kalian boleh meruqyah(perawat)?”
Maka berdirilah seorang laki-laki bersamaan dengannya dan kami tidak pernah mengetahui bahawa ia bisa meruqyah. Kemudian laki-laki itu meruqyah ketua kampung tersebut dan ternyata ia sembuh, ketua kampung itu memerintahkan agar laki-laki itu diberi 30 ekor kambing dan kami dijamu dengan susu.
Ads
Ketika dia kembali, kami bertanya kepadanya, “Apakah kau memang boleh dalam meruqyah ataukah kau ini memang seorang peruqyah?”
Laki-laki itu menjawab, “Tidak, aku tidaklah meruqyah kecuali dengan Ummul Kitab.”
Kami berkata, “Janganlah kalian berbicara sesuatupun hingga kami bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam.”
Ketika kami tiba di Madinah, kami menceritakan hal tersebut kepada Baginda, Baginda Nabi bersabda, “Dari mana kalian mengetahui bahawasanya ia (Al-Fatihah) boleh untuk meruqyah? Bagikan ke mari kambing tersebut dan hendaknya aku ikut dibagi.” [Shahiih Al-Bukhari no. 5007; Shahiih Muslim no. 2203]
Surah Al-Fatihah juga setara dengan dengan sepertiga dari Al-Quran, barang siapa yang membacanya setara dengan membaca sepertiga dari Al-Quran.
Keutamaan-keutamaan tentang surah Al-Fatihah banyak dijelaskan oleh ulama-ulama besar melalui karya-karyanya diberbagai bidang seperti tafsir, tasawuf dan lain sebagainya.
Atha’ bin al yasar berkata, “Jika engkau mempunyai apa saja keperluan, maka bacalah surat Al-Fatihah sampai selesai, maka keperluanmu akan dipenuhi”. “Maka ini adalah untuk hamba-Ku, bagi hamba-Ku apapun yang dia minta”. Jadi apa saja yang kita hajati, bacalah Al-Fatihah 41 kali lengkap dengan Bismillah dan Allah akan beri petunjuk. Sumber : Kalam (Sindonews).
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa wanita kini dibenarkan mengerjakan ibadah haji dan umrah tanpa penjaga lelaki atau mahram.
Lapor Arab News, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan keputusan itu dalam sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, Mesir, semalam.
Yang Bergelut Mencari Mahram
Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah Arab Saudi, Ahmed Saleh Halabi berkata wanita yang menunaikan umrah atau haji tanpa mahram perlu ditemani bersama wanita atau pihak lain.
Halabi berkata keputusan ini sesuai dengan fatwa penyeliaan Alazhar AlSharif di Mesir, Abbas Shoman, Mac lalu.
Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Saudi mengumumkan membenarkan kaum wanita menunaikan umrah tanpa mahram pada Mac lalu.
Arab Saudi Benarkan Wanita
Bekas penasihat Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata keputusan itu memudahkan wanita yang bergelut mencari mahram di tengah-tengah pelbagai kekangan.
Di samping itu, Arab Saudi juga telah melakukan pelbagai usaha lain untuk memudahkan haji dan umrah secara keseluruhan termasuk dengan menggunakan teknologi moden.
Tunai Haji & Umrah Tanpa Penjaga
Dalam masa sama, Arab Saudi dilaporkan menyediakan platform Nusk yang boleh memudahkan orang ramai mendaftar haji sekaligus membolehkan jemaah memohon visa umrah melalui platform dalam masa yang singkat dan boleh diperolehi dalam tempoh 24 jam.
Nisfu Syaaban menandakan masuknya pertengahan bulan yang mendekati Ramadan. Inilah bulan persediaan kita dalam membentuk diri menjadi mukmin yang lebih baik termasuk dalam menahan hawa nafsu.
Malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ini selepas adalah malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Menurut sebuah hadis daripada Mu’az bin Jabal r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan” (HR Ibnu Hibban, hadis sahih)
Meski tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam ini namun alangkah eloknya pada malam ini kita menambah amal ibadah kita.
Memetik daripada perkongsian Ustazah Asma’ Harun dalam satu hantaran di media sosial beliau ada tiga amalan yang dicadangkan untuk kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban
1. Menunaikan solat sunat tasbih
Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai bapa saudaraku Abbas, Aku ingin memberikan engkau sesuatu. Aku sangat mencintai engkau. Aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat yang mana jika engkau melakukannya Allah akan mengampunkan dosa engkau yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang terkemudian, yang sengaja dan yang tidak sengaja serta (dosa) yang rahsia dan yang terang-terangan.
“Sepuluh sifat tersebut adalah engkau solat sebanyak 4 rakaat. Engkau baca pada setiap rakaat al Fatihah dan surah lain. Apabila engkau sudah selesai membacanya di rakaat pertama, dan ketika itu engkau masih berdiri maka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar 15 kali kemudian engkau rukuk dan bacalah (zikir tersebut) 10 kali.
“Kemudian engkau bangkit dari rukuk dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud dan bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud bacalah 10 kali. Kemudian engkau sujud semula, bacalah 10 kali. Kemudian engkau bangun dari sujud, bacalah 10 kali. Kesemuanya adalah 75 kali yang engkau lakukan sebanyak 4 rakaat.
“Kalau engkau mampu untuk menunaikannya maka lakukanlah sehari sekali. Jika tidak mampu maka lakukan pada setiap hari Jumaat (seminggu sekali). Kalau tidak mampu juga lakukanlah sebulan sekali. Jika tidak mampu lakukanlah sekali seumur hidupmu.” (HR Abu Daud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah, hadis sahih)
Maksudnya: “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56)
3.Membaca surah Yasin tiga kali
Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nabulsi, seorang mufti di Damsyik pada abad ke-16 menyebutkan di dalam kitabnya, Fadhail al-Ayyam wa asy-Syuhur, antara amalan orang-orang soleh pada malam ini adalah dengan membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat fardhu Maghrib.
Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, maka lakukannya selepas Solat Isyak.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Esa. Dalam kehidupan ini, perlu ada impian dan perancangan. Jadi, tidak salah untuk mengatur perancangan yang memang diimpikan.
Memilih jodoh tidak perlu terburu-buru. Tidak mengapa jika perlu selektif memilih calon isteri atau suami asalkan rumah tangga yang dibina mampu kekal hingga ke jannah.
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah namun itu bukan bermakna kita hanya berpeluk tubuh tanpa usaha ke arah mendapatkan jodoh. Seperti perkongsian Amir Syahir ini tentang soal jodoh.
Gambar sekadar hiasan.
Mungkin ada yang berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini tetapi jodoh yang dinanti-nanti masih belum kunjung tiba? Kau boleh baca ni sebagai panduan dalam proses mencari pasangan.
Kita takkan tahu mana satu pilihan yang terbaik. Yang kita tahu ialah, kita yakin dengan pilihan kita. Allah lebih mengetahui. Allah akan bagi kau seseorang yang kau perlu dan bukannya yang kau mahu.
1. Proses Taaruf
Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.
Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.
Kau janganlah nak taaruf dalam bilik berdua-duaan pula. Taaruf tengah malam dekat taman bunga. Tu lain jadinya.
2. Agama
Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.
3. Cari Keserasian
Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama.
Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau. Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.
4. Selidik Latar Belakang
Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.
Gambar sekadar hiasan.
5. Perancangan Masa Depan
Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.
6. Bertimbang Rasa
Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.
7. Jadi Diri Sendiri
Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.
Apabila dah selesai melalui proses semua tu, jangan lupa beristikharah dan berdoa memohon petunjuk daripada Ilahi. Adakah dia jodoh yang terbaik.
Dalam rumah tangga nanti, mesti akan ada salah faham. Jadi, kau kena pandai atasi masalah tu. Bawa la berbincang. Bukannya berdiam tanpa mencari jalan penyelesaian.
Yang penting, jangan terlalu harapkan dia, jangan letak harapan yang tinggi masa proses berkenalan supaya tak timbul kekecewaan jika si dia bukan jodoh kau nanti.
Niatkan hati, ini ialah proses mencari isteri/suami, bukannya mencari malaikat. Nak cari yang paling sempurna susah la. Jangan membawa harapan yang terlalu tinggi.
Kau kalau nak ajak si dia berkenalan kau kata je “Awak, nak ke kita berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Tapi, kalau masa tu awak dah ada orang lain, saya akan mengundurkan diri.” Simple.
Semoga Allah permudahkan urusan jodoh dan proses mencari pasangan korang nanti. Amin. Banyakkan berdoa dan solat hajat ye.
Sumber Kredit: FB: Amir Syahir
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...