Rezeki setiap dari kita berbeza-beza. Ada selesa dengan dunia perniagaannya, ada selesa bekerja makan gaji tak kurang ada selesa menjadi budak penghantar makanan dari bekerja mengikut aturan pejabat.
Trend kerjaya hari ini yang dilihat semakin mencabar khususnya kepada mereka yang memiliki ijazah, nilai sekeping kertas di sebalik kegembiraan memakai jubah di hari graduasi dilihat semakin “menyepi” hari ini. Jika dahulu kita pasti berbangga dengan ilmu dan nilai ijazah tersebut tapi hari ini, kita hanya mampu merebut peluang pekerjaan yang ada di depan mata. Siapa cepat dia dapat.
Satu perkongsian dari Shahbani Che Mat dan nasihatnya wajar kita pandang dari sudut yang postif. Ini kerana ada sesetengah dari kita suka memandang rendah pada kerjaya orang lain khususnya pada pekerjaan berkelas rendah seperti pengawal keselamatan (guard), pekerja pembersihan dan lain lain.
Namun seperti kata, Shahbani content yang ingin dikongsi di sebalik kerjayanya sebagai guard ialah dirinya mempunyai Master In Art Education.
“Katanya jangan pandang rendah kerjaya orang lain kerana kita tidak tahu di sebalik kisah dirinya. Mungkin bila ingat guard, semua ingat orang tak ada pendidikan tinggi, seolah tak ada pelajaran.
“Saya nak orang ubah mind set mereka, jangan pandang rendah kerjaya orang lain. Tapi saya sendiri ada master pun pilih kerjaya ini untuk sara hidup saya. Nak kata kos pengajian saya salah tak juga. Tapi jawapannya masih belum ada rezeki lebih baik untuk peningkatan kerjaya saya,” katanya menjawap pertanyaan orang ramai di contentnya.
Tambah Shahbani, ketika di tahun akhir pengajian ijazah mudanya dalam bidang Seni Lukis Seni Reka (seramik), dia mencuba memohon sambung ke peringkat sarjana. Alhamdulillah, rezekinya dapat. Cuti seminggu lepas habis exam terus sambung buat master pula.
Sebelum menjadi guard, jelas Shahbani dia pernah menjadi budak penghantar makanan. Semua sudah dicubanya tapi rezeki mendapat kerja lebih baik saja belum datang.
Katanya, kita usaha kita dapat. Itu saja, jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya kenapa dia tidak minta kerjaya sebagai guru, kata Shahbani bukan senang nak dapat. Tapi apa yang ingin dikongsikannya ialah walau kita berpendidikan tinggi, jangan terlalu memilih pekerjaan.
“Paling utama, saya nak buktikan orang yang kerja biasa-biasanya bukan semuanya tak berpendidikan atau berpelajaran. Jadi ubahlah mind set kita.
Apa pun, Allah menentukan kadar rezeki pada umatnya menurut dengan kehendakNYA.
Firman Allah: (maksudnya)
“dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Dalam agama juga mengajar kita untuk berusaha. Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi SAW menyebut:-
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).
https://www.tiktok.com/@shahbani_chemat/video/7122390637999099162?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI