Firman Allah SWT dalam Surah al-Saba’ ayat 39 yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki.”
Ternyata orang yang suka bersedekah, Allah tidak pernah mengurangkan rezekinya malah sentiasa dilebihkan. Masa yang sama, Rasulallah SAW pernah bersabda, terdapat tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Arasy Allah di akhirat kelak antaranya orang yang bersedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan amalnya hingga tangan kiri tidak mengetahuinya.
Antara kebaikan sedekah ialah ia turut menghapuskan dosa kecil. Dalam satu hadis Muaz bin Jabal RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Dan sedekah melenyapkan kesalahan (dosa) sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmidzi).
Di hari Jumaat yang mulia ini, melalui instagramnya @imammudaasyraf, beliau mewar-warkan mengenai sedekah baju sekolah agama bagi golongan yang memerlukannya. Pemberian secara percuma iaitu seorang sehelai itu akan dilakukan mulai jam 3-5 petang ini di butik miliknya di Butik Aisy Asyraf Bangi Sentral. Sumbangan yang sama dibuat juga di Bertam Walk Penang dalam waktu yang sama.
Menurut Imam Muda Asyraf, saiz baju sekolah agama KAFA ini berukuran antara 28-38 sahaja dan ia akan diberikan pada yang memerlukan.
Dalam perkongsian di instagramnya Imam Muda Asyraf menulis:-
Saya mohon maaf.
Ada hamba Allah infaq Baju melayu putih utk anak2 KAFA.
Hanya size 28-38 sahaja yang ada. Juga mohon maaf atas kekangan tertentu sy terpaksa agih di dua cawangan sahaja. Bangi dan Bertam Penang.
Average size 28 paling kecil ikut badan anak saya umur 10 tahun. Paling besar size 38 ikut badan staf saya hat kurus dlm video tu.
Boleh MAI AMBIK SAHAJA esok jam 3pm -5pm di Butik Aisy Asyraf Bangi Sentral dan Bertam Walk Penang. Sy hanya edar. Ni org lain yg beri sumbangan.
Boleh hubungi :
@aisyasyraf_hq
@aisyasyrafpenang
Jadi bagi keluarga yang memerlukan baju sekolah agama anak jangan lupa pergi mendapatkannya.