“Ada Sebab Dia Memperlihatkan Sedekahnya. Untuk Motivasi Orang Lain” – PU Azman Minta Netizen Bersangka Baik Dengan Ustaz Ebit Lew

Share

Tular ketika ini mengenai cara Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang disalah erti dalam memberi sumbangan kepadaa golongan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ada antara netizen yang mempertikai caranya bersedekah menunjuk-nunjuk dengan memuat naik video untuk dipertontonkan kepada orang ramai di media sosial.

Namun begitu PU Azman dalam satu postingnya meminta agar netizen sentiasa bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew berkenaan.

Foto: Facebook Ebit Lew

Menurut Pu Azman, apabila seseorang itu memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan bersangka baik dan jangan buruk sangka.

Tambahnya lagi, perbuatan berkongsi amalan bak ini adalah bertujuan mendildik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.

Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).

Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.

Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.

Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.

Cik Man-

Published by
Siti Zurina Mat Saman