Hari ini genap tujuh hari pelakon kecil molek Ardell Aryana bergelar ibu dan melahirkan anak sulungnya di sebuah hospital swasta.
Biarpun ibu muda ini terpaksa menahan sakit sehingga 16 jam, tetapi semuanya terubat apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel dan sihat.
Biarpun ada mengalami sedikit pendarahan sehingga menyebabkan Ardell muntah tanpa henti, tetapi kini semuanya sudah berlalu.
Dan hari ini sempena tujuh hari puteri tersayang lahir di dunia, suami Ardell, Nadzmi Adhwa berkongsi video menunjukkan wajah anak pertama mereka.
Diberikan nama yang sangat unik dan menarik, Arwa Malaikha Urwa dan nama ini jadi pilihan sempena nama dua srikandi Islam yang terkenal.
Bapa muda ini juga turut mengucapkan syukur dengan kurniaan tidak ternilai dari Allah buat mereka berdua.
“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa @babyadhwardell My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga
“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini Salam Jumaat
Mendengar nama anak mereka yang unik, ramai netizen mengajukan persoalan adakah gabungan nama Ardell dan suaminya. Semuanya dijelaskan oleh Ardell dalam balas komen di posting berkenaan.
Menurutnya nama puteri sulungnya diambil sempena nama dua srikandi Islam iaitu Arwa Binti Kuraiz dan juga Malaikha Urwa.
Ardell juga turut menerangkan siapakah kedua-dua srikandi berkenaan dalam komen tersebut.
“Alhamdulillah .. saya mintak maaf , saya jawab sedikit ya . Nama anak ini tiada kaitan gabungan nama antara saya dan suami . Saya beri maksud nama anak saya mungkin nama nya jarang kedengaran .
“Sebelum andaian yang lain keluar saya terang kan serba sedikit supya ia jelas • Arwa binti Kuraiz : Ibu kepada Khalifah Uthman bin Affan. Serikandi Islam yang terkenal dengan sifat dermawan, murah hati dan menghormati orang lain.
“Malaika Urwa : Wanita Islam yang hebat , dakwah melalui cara dakwahnya yang tersendiri dan wanita pertama yang pernah memerintah Yaman selama 50 tahun pada abad ke 11,” jelasnya lagi.
Perkongsian nama anak sulung mereka ini turut mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing memuji keunikan nama anak pasangan ini.