Adab Jemur Pakaian Dalam Supaya Tak Jadi Fitnah

Share

Agama Islam kaya dengan peradaban yang tersendiri. Malah itulah sebenarnya kelebihan agama Islam kerana dari setiap sudut, telah sempurna segala adab yang telah ‘disusun’ dengan lengkap.

Antara adab yang perlu diberi perhatian terutama oleh kaum wanita ialah adab menjemur pakaian dalam. Melihat pakaian dalam tergantung di depan mata dengan pelbagai saiz dah tentu memberi bayangan yang macam-macam di fikiran orang yang melihatnya. Atas sebab itulah Nisa Azman

menekankan perkara ini.

Adab menjemur pakaian dalam untuk elak fitnah

Mohon sebarkanlah pada adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan. Nasihat isteri dan anak-anak perempuan kita sebagai menjaga adab dan maruah.

Pakaian dalam ialah pakaian terlindung, dah nama pun pakaian dalam sebaiknya pakaian dalam ini lebih lagi milik wanita elakkan jemur di tempat yang boleh jadi pandangan umum agar tak menimbulkan fitnah.

Sangat tak best dan tak beradab kalau wanita di dalam rumah bertudung malah bertudung labuh  tetapi pakaian dalam terdedah di jemuran hingga dilihat lelaki bukan mahram. Nama pun pakaian dalam kan harus terlindung.

Jemurlah di tempat terlindung

Bagaimana kita melindungi tubuh dari dilihat, sepatutnya begitulah kita jaga dalam bab adab menjemur pakaian. Carilah tempat yang agak tertutup sebab pakaian dalam ini kecil dan ringan saja Insya Allah cepat kering.

Pakaian dalam ini bukan saja perlu dilindungi dari tatapan jiran tetangga atau orang luar tapi juga ahli keluarga yang bukan mahram termasuklah sepupu, abang ipar, adik ipar,  biras mahupun kawan-kawan.

Jika mereka datang bertandang, angkat dan letaklah di tempah terlindung dari pandangan. Moga kita menjadi Mukmin yang terbaik, beradab dan sentiasa menutup pintu fitnah juga menjaga maruah diri. Amin

Sumber kredit: FB: Nisa Azman

Published by
Team Kashoorga