Kita sering mendengar perkataan solehah disebut dan ia banyak dikaitkan dengan ketaatan isteri pada suaminya selain menjaga agamanya. Adakah solehah ini hanya diperoleh oleh isteri dan bagaimana dengan mereka yang belum berumahtangga atau tidak ada jodohnya di dunia. Dan apakah maksud wanita yang solehah dan beragama sepertimana yang disebut dalam hadis Baginda Nabi SAW.
Mufti Wilayah Persekutuan menjawab persoalan berkaitan wanita solehah ini dan semoga kita tergolong sebagai wanita solehah.
Jawapan:-
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Secara umumnya tidak semestinya apabila disebut wanita solehah merujuk kepada isteri kerana dalam Nas Ilahi juga menyebut berkaitan perempuan yang menjaga maruahnya. Wanita solehah biasanya disebut seperti ini untuk menjadi satu dambaan kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:
فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: “Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.” Riwayat al-Bukhari (4802) dan Muslim (1466)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, ungkapan “فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ” membawa maksud sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara, lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan. (Lihat Fath al-Bari, 9/164)
Imam Nawawi menyebut bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur. Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan akhirat. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 10/51-52)
Ungkapan “فَاظْفَرْ” membawa maksud cari dan berusahalah serta berlumbalah untuk mendapatkan perempuan yang baik agamanya. (Lihat Taudhih al-Ahkam min Bulugh a-Maram, 5/234)
Ads
Imam al-Son’ani menyebut, Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah pilihan kepada perempuan lain. (Lihat Subul al-Salam, 10/4)
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.
Hal ini tidak pula bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang paling baik. Jika kesemua ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/519-520)
Ini kerana wanita solehah ini biasanya sudah menjadi sejarah daripada dahulu lagi akan dikahwini oleh lelaki yang sepertinya dan biasanya akan menjadi pilihan utama. Disebabkan itulah, dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.A, Nabi SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (715)
Imam al-Qurthubi menjelaskan makna wanita yang solehah dalam hadith di atas ialah wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya. (Lihat al-Mufhim, 4/221).
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” Riwayat Abu Daud (1664)
Syeikh Syams al-Haq al-‘Azim Abadi menukilkan kenyataan Al-Qadhi ‘Iyadh yang menyebut: Ketika Rasulullah SAW menjelaskan kepada para sahabatnya bahawa mereka tidak berdosa untuk mengumpulkan harta selagimana mereka menunaikan zakat, Baginda melihat perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 5/56-57)
Justeru, wanita solehah kebanyakannya berkaitan dengan isteri, iaitu diambil dari sudut ‘اعتبار ما يكون’ (iktibar pada masa akan datang), anak-anak yang soleh dan solehah, seterusnya menjadi wanita yang solehah dan akhirnya isteri yang solehah. Apabila disebut isteri yang solehah maka ia termasuk dalam perkara kebahagiaan dalam hidup. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah R.A, Nabi SAW menyebut:
Maksudnya: “Seseorang lelaki yang beriman itu tidak akan mendapat manfaat dan faedah – selepas takwanya kepada Allah SWT – lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, dia taat, jika suaminya melihat kepadanya, dia menyenangkannya. Jika bersumpah, nescaya dia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan oleh suaminya, dia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah (1857)
Begitu juga Nabi SAW menyebut berkenaan empat perkara yang menjadi kebahagiaan seseorang lelaki, iaitu:
Maksudnya: “Wanita (isteri) yang solehah, tempat tinggal yang luas/lapang, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.” Riwayat Ibn Hibban (4031) dan Ahmad (1448)
Justeru, itulah yang disebut sebagai pengertian wanita yang solehah sepertimana terangkum dalam nas-nas yang dinyatakan di atas.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)
Semoga Allah SWT mengurniakan taufiq dan hidayah dalam melaksanakan setiap titah perinta-Nya. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Satu kewajipan menghormati kitab suci, ini hukum letak barang atas Al-Quran. Tidak dinafikan, mushaf Al-Quran kadangkala diletakkan sambil lewa.
Malah, menjadi kebiasaannya di rumah-rumah, Al-Quran disusun dengan barang-barang atau kitab lain. Lalu apakah hukum meletakkan barang di atas mushaf al-Quran?
Ikuti jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan:
Apakah hukum kita meletakkan barang seperti buku dan telefon di atas mashaf al-Quran?
Jawapan:
Meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran tidak haram jika perbuatan tersebut tidak diniatkan untuk menghina keagungan al-Quran.
Menghormati Kitab Suci
Namun, hukumnya adalah makruh kerana bercanggah dengan adab terhadap al-Quran seperti yang dijelaskan oleh para ulama.
Menghormati, memuliakan dan menjaga adab dengan mashaf al-Quran merupakan satu kewajipan.
Kata Imam Nawawi: أجمع المسلمون على وجوب صيانة المصحف واحترامه
Maksudnya: Para ulama telah bersepakat bahawa wajib memelihara dan menghormati mashaf al-Quran.
Salah satu adab dengan mashaf al-Quran adalah dengan tidak meletakkan sesuatu di atasnya, kecuali mashaf al-Quran yang lain. Kata Imam al-Baihaqi dalam Syu‘ab al-Iman:
Maksudnya: Antara adab dengan al-Quran adalah dengan tidak meletakkan kitab, kain atau apa jua barang sama ada barang berharga atau barang yang yang rendah nilainya. Namun jika meletakkan suatu mashaf di atas mashaf yang lain, maka ia diharuskan.
Ini Hukum Letak Barang Atas Al-Quran
Al-Hakim al-Tirmizi juga menyatakan:
وَمن حرمته إِذا وضع الصَّحِيفَة أَن لَا يتْركهُ منشورا وَأَن لَا يضع فَوْقه شَيْئا من الْكتب حَتَّى يكون أبدا عَالِيا على سَائِر الْكتب
Maksudnya:
Antara kehormatan mashaf yang perlu dijaga adalah dengan tidak meletakkan kitab di atasnya, supaya dengan itu ia selamanya berada lebih tinggi daripada seluruh kitab-kitab lain.
Dalam hal ini, para ulama mazhab Syafie telah memfatwakan bahawa meletakkan sesuatu di atas mashaf adalah tidak haram selagi tidak mengandungi unsur penghinaan.
Imam Syihabuddin al-Ramli ketika ditanya tentang isu ini menjawab:
بِأَنَّهُ لَا يَحْرُمُ إذْ لَا امْتِهَانَ فِيهِ
Maksudnya:
Ia tidak haram, kerana ia tidak mengandungi maksud penghinaan terhadap Quran.
Namun Imam Ibn Hajar pula menyatakan dalam fatwa beliau:
وَالْأولَى أَن لَا يَجْعَل فَوق الْمُصحف غير مثله من نَحْو كتاب أَو ثوب
Maksudnya: Sebaiknya tidak diletakkan di atas mashaf itu barangan lain seperti buku atau kain selain daripada mashaf al-Quran.
Jika merindui insan tersayang atau seseorang yang telah meninggal dunia, maka lepaskan lah kerinduan itu dengan mendoakannya atau boleh sahaja menziarahi kuburnya. Amalan menziarahi kubur merupakan amalan sunnah yang dianjurkan dalam Islam.
Sesungguhnya apabila kita menziarahi kubur, ia akan cepat memberikan kesedaran kepada kita bahawa hidup di dunia ini hanyalah persinggahan sebelum ke dunia akhirat. Namun tahukah kita bahawa, tatkala kita berziarah, mayat kenal akan siapa yang menziarahi kuburnya? Kita dengarkan penjelasan ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.
Bapa saya telah meninggal dunia 12 tahun dahulu.Saya selalu ziarah kuburnya.Adakah arwah bapa saya tahu ketika saya ziarah ke kuburnya?
JAWAPAN :
Sungguhnya apabila seorang ziarah akan kubur maka mayat mengetahui dengan kedatangannya itu dan kenal akan orang yang ziarah dan akan menjawab salam yang diucapkan oleh yang menziarah kerana berdalilkan beberapa hadis yang menyebut tentang perkara ini.
“Sungguhnya segala hadis dan perkataan sahabat menunjukkan atas bahawasanya orang yang ziarah apabila datang ke kubur nescaya sekalian penghuni kubur akan tahu dengan kedatangannya dan mendengar akan salamnya dan menjawab salamnya dan merasa terhibur dengan kedatangannya.”
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata :
“Tiada dari seorang kamu yang lalu ia pada kubur saudaranya yang beriman, yang dia kenal akan yang menziarah itu ketika di dunia, lalu yang ziarah itu memberi salam atasnya melainkan mayat itu pasti mengenalinya dan mayat itu menjawab akan salam atasnya.”(Hadis marfu’ riwayat Ibnu Abdil Barri)
Berkata bekas Mufti negeri Mesir Syeikh Abdul latif Hamzah :
“Orang yang telah mati mengambil menfaat dengan doa dan istighfar bagi mereka oleh orang yang ziarah dan orang yang telah mati itu gembira dengan kedatangan mereka.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)
Gambar sekadar hiasan
KESIMPULAN
Apabila diziarah akan kubur seorang Islam nescaya penghuni kubur tersebut tahu dan kenal siapa yang menziarahnya itu jika dia pernah kenalinya di dunia dan apabila yang ziarah memberi salam nescaya penghuni kubur itu menjawab salamnya dan penghuni kubur merasa suka dengan kedatangan saudara mara yang menziarahinya.
Wallahua’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Tak berdosa, suami tak dayus.’ Ini penjelasan UIA atau Ustaz Azhar Idrus bila darurat dan tiada pilihan sewaktu isteri nak beranak. Proses melahirkan bukan sesuatu yang mudah, malah melibatkan nyawa.
Oleh itu jangan mudah menjatuhkan hukum pada suami kerana tidak semua lelaki berkemampuan. Malahan jika berkemampuan sekalipun, jika kandungan bermasalah dan perlu merujuk kepada doktor lelaki, memang tiada pilihan lain buat suami.
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai seorang ustazah mengatakan seorang suami itu ‘dayus’ apabila membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.
Kenyataan beraninya itu telah mencetuskan perdebatan ramai kerana masing-masing tidak bersetuju dengan ustazah berkenaan termasuklah suaminya yang berkata perkara yang sama.
Apatah lagi bagi wanita yang mempunyai pengalaman bersalin dengan doktor lelaki di hospital kerajaan. Di hospital kerajaan tidak semua ibu yang bakal melahirkan bernasib baik dan mempunyai pilihan.
Disebabkan kontroversi yang berlaku, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Suami Tak Dayus
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, UAI mengatakan pada asalnya para wanita perlulah berubat dengan golongan sejantina sahaja.
“Dengar baik-baik, hukumnya asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Perempuan sesama perempuan, haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina,”ujar beliau.
Ini Penjelasan UAI
Pun begitu, berbeza hukumnya jika seseorang itu berdepan dengan situasi getir terutama melibatkan nyawa.
“Barangsiapa yang masuk kepada situasi yang tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, tidak berdosa.
“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh,”jelasnya lagi.
Bila Darurat & Tiada Pilihan
Tambahnya lagi, seseorang suami tidak dayus seperti yang diperkatakan sebelum ini sekiranya tiada pilihan lain sewaktu isteri hendak melahirkan anak.
“Jika berkait dengan nyawa, iaitu ibu dan anak dalam kandungan, maka oleh kerana tidak ada doktor perempuan, maka tidak berdosa doktor lelaki menyambut kelahiran. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram,”jelas Ustaz Azhar Idrus panjang lebar.
Sewaktu Isteri Nak Beranak
Tambahnya lagi, hukum ‘haram’ jatuh apabila adanya doktor perempuan tetapi si suami tetap menginginkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya.
Ustaz Azhar juga menjelaskan, hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bagi wanita Muslim adalah harus kerana tidak mempunyai pilihan terutamanya kepada mereka yang tidak mampu menghantar isteri bersalin di hospital swasta.
Zakat fitrah merupakan kewajipan setiap Muslim sebagai tanda penyucian diri dan harta sebelum menyambut Aidilfitri.Ia perlu dibayar mengikut harga beras yang biasa kita makan.Dalam...