Adam Corrie berkahwin 10 tahun tiada zuriat. ‘Usaha dulu cari jalan, kalau gagal minta petunjuk Allah.’ Setiap pasangan ujiannya tidak sama dalam mendapatkan zuriat.
Ada yang berkahwin sebulan, dua sudah dikurniakan zuriat namun ada juga bertahun-tahun masih belum menimang cahaya mata. Adam Corrie dan pasangannya adalah antara insan yang diuji Allah lambat dikurniakan anak.
Namun begitu, menurut perkongsiannya dia reda dengan Ketentuan Allah dan berusaha bermacam cara untuk mendapatkan sepanjang 10 tahun pertama perkahwinannya.
Hendak kahwin lagi sebab tidak ada anak? Sudah usaha pergi jumpa doktor check suami isteri?
Kadang-kadang suami yang ada masalah bukan isteri. Kalau suami ada masalah pun, boleh berubat. Begitu juga kalau isteri ada masalah, tetap boleh berubat..
Ini pengalaman saya. Usaha dulu, positif… bukan nak perli sesiapa. Ambil yang positif ya!
Ads
10 Tahun Tiada Zuriat
Usaha dahulu, cari jalan sama-sama. Usaha itu kena sungguh-sungguh. Ia bukan esok lusa boleh dapat anak, makan masa.
Ada cepat dan ada yang makan tahun. Dalam dunia perubatan sekarang dah canggih, macam-macam cara boleh buat dengan mengikut syariat.
Jika dah usaha semuanya dan gagal. Cuba lagi, jika gagal juga, berdoalah kepada Allah SWT sekali lagi.
Usaha Dulu Cari Jalan
Minta petunjuk..
Adakah dengan adanya zuriat itu membuatkan aku, isteri aku bahagia bahagia berikanlah petunjuk..
Boleh ambil anak angkat jika berkemampuan, tapi jika nak ada zuriat sendiri dengan berkahwin lain… adakah perkahwinan itu akan membahagiakan isteri kita sekarang dengan harapan perkahwinan lagi boleh dapat zuriat?
Jika hendak juga kahwin, itu pilihan hidup masing-masing. Tepuk dada tanya iman..
Ads
Kita hendak bahagia sekeluarga, qanaah, asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.
Kalau Gagal Minta Petunjuk Allah
Nasihat untuk diri sendiri
Pengalaman sendiri, tiada zuriat selama 10 tahun. Sekarang sudah 15 tahun usia perkahwinan kami. Dapat zuriat ketika saya 50 tahun. Isteri 40tahun. Sekarang Fateh sudah 5 tahun. Alhamdullilah
Poligami adalah halal di sisi agama Islam. Kebahagian di tangan masing-masing.
Posting saya tentang zuriat. Bukan halang orang lain orang berpoligami dan peril-perli orang.
Ads
Situasi ini ramai orang lalui. Bukan dituju khas kepada orang tertentu sahaja. TTC , sudah kahwin lama tapi tiada zuriat.
Tiba hari melaksanakan ibadah korban, mungkin ramai antara kita yang mendapat banyak daging korban. Dalam situasi ini timbul persoalan berapa lama daging korban ini boleh disimpan.
Ini kerana ada yang mengatakan bahawa daging korban ini tak boleh disimpan lebih dari 3 hari. Persoalan ini dijawab oleh Ustaz Syed Shahridzan dalam satu hantaran Facebook beliau.
Diharuskan simpan daging korban
Menurut mazhab Syafi’ie diharuskan menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.
Penyimpanan daging korban lebih dari 3 hari pernah dilarang oleh Rasulullah SAW namun larangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘Raudah al-Tolibin’:
يجوز أن يدخر من لحم الأضحية، وكان ادخارها فوق ثلاثة أيام قد نهى عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم، ثم أذن فيه. قال الجمهور: كان نهي تحريم. وقال أبو علي الطبري: يحتمل التنزيه.
“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian dari daging korban. Rasulullah SAW pernah melarang menyimpan (daging korban) lebih dari tiga hari kemudian Baginda mengizinkannya. Menurut majoriti ulama larangan ini bermakna haram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan larangan ini bermaksud makruh.”
Imam Nawawi menyebut kemungkinan sebab larangan tersebut di dalam rujukan yang sama:
في أن النهي كان عاما، ثم نسخ، أم كان مخصوصا بحالة الضيق الواقع في تلك السنة، فلما زالت انتهى التحريم
“Larangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau larangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi pengharaman.”
Beliau menjelaskan lagi jika keadaan yang sempit atau susah berlaku pada zaman kini, adakah diharamkan kembali menyimpan daging korban lebih dari 3 hari? Beliau ada menjelaskan juga dalam ‘Raudah al-Tolibin’:
في أنه لو حدث مثل ذلك في زماننا وبلادنا، هل يحكم به؟ والصواب المعروف: أنه لا يحرم اليوم بحال. وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الأكل، لا من نصيب الصدقة والهدية.
“Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukumkan dengannya(haram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak diharamkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. Jika seseorang ingin menyimpan maka digalakkan menyimpan daging korban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah.”
Kesimpulannya, Rasulullah SAW pernah melarang daging korban disimpan lebih dari tiga hari, namun setelah itu Baginda mengizinkan kembali kerana hukum itu sudah dimansuhkan atau situasi dan keadaan sudah berubah.
Dengan ini tiada masalah jika daging korban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun. Namun tidak digalakkan daging korban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin.
Tiada apa lebih membahagiakan jika mampu khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Bagi yang mengerti akan pengertian Ramadhan itu sendiri iaitu bulan penuh rahmat serta bulan penuh keampunan, kita pasti akan mengejar sesuatu yang lebih baik kerana tidak pasti adakah kita akan mampu mendapat Ramadhan lagi pada tahun hadapan atau kita berjaya menyelesaikan puasa berbaki lebih kurang 15 hari lagi.
Paling utama, kita kena tahu apa yang kita cari di dunia sementara ini agar dapat menjadi bekalan di akhirat nanti. Jangan datang dalam keadaan kosong (bertelanjang ketika dilahirkan dan kemudian pulang dalam keadaan kosong kerana tidak merebut berbuat kebaikan di dunia) sementara masih hidup.
Membuat pilihan baik dalam kehidupannya, pelakon Jue Aziz menzahirkan rasa syukurnya kerana berjaya khatam Al-Quran pada hari ke lapan umat Islam berpuasa. Jue berkata, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69 yang jatuh pada 23 April lalu.
Meskipun gembira dapat khatam di hari lahir ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, Jue Aziz berkongsi momen yang agak syahdu di instagramnya.
“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.
“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan, jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada.
Andai ini Ramadan terakhir,” katanya.
Malah dirinya turut meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan ibunya dan dikuatkan semangatnya di masa akan datang.
Ternyata, tidak berjaya soal jodoh tetapi Allah memberinya sesuatu yang lebih baik iaitu ibu yang menjadi pendorongnya di saat keseorangan selepas bercerai dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel. Moga selepas ini ada sinar bahagia buatnya. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak semalam, kes buli melampau ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali melibatkan 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mendapat perhatian ramai apabila Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam bekas penuntut berkenaan, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali bagaimana pun terlepas dari hukuman gantung. Manakala baki 12 darinya menjalani hukuman penjara 3 tahun. Isu buli ini mendapat perhatian dari bekas Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pernah menulis isu ini suatu masa dulu dari sudut persepktif islam.
Perspektif Islam terhadap buli
Perkara penting yang perlu semua kita fahami, Islam adalah satu agama yang benar-benar menjaga dan memelihara karamah insaniah (kemuliaan insan). Sebab itu kita dapati bahawa di dalam Islam terdapatnya hukuman qisas yang mana antara takrifannya adalah: Hukuman yang ditentukan kadarnya dari sudut syarak sebagai hak kepada anak Adam.
Dalam menjelaskan hal ini, Allah S.W.T berfirman:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ
Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam. Surah al-Isra (70)
Ketika menafsirkan ayat ini, al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah berkata: Allah S.W.T mengkhabarkan bahawa Dia memuliakan anak Adam dengan cara Dia menciptakan mereka dengan sebaik-baik kejadian. Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (5/97).
Manakala larangan dan balasan buat mereka yang memukul orang lain adalah tersangat banyak seperti yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)
Di dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah R.anhu beliau meriwayatkan dari Nabi S.A.W baginda bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa, dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini, memukul orang ini. Maka diberikan kepada orang-orang tersebut kebaikan-kebaikan dirinya. Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis, maka diambil kejahatan-kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka. Riwayat Muslim (2581)
Kata al-Imam al-Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini: Sangat benarlah Nabi S.A.W. Kerana sesungguhnya inilah sebenar-benar muflis. Adapun seorang yang muflis di dunia, maka sesungguhnya dunia itu datang dan pergi.
Boleh jadi seseorang itu asalnya fakir, lalu dia berubah menjadi kaya ataupun sebaliknya. Akan tetapi, sebenar-benar muflis itu adalah ketika seorang itu muflis atas segala kebaikan yang dia telah berpenat lelah dalam mengerjakannya. Di hadapannya hari kiamat yang amalan kebaikannya akan menjadi saksi. Kemudian kebaikan tersebut diambil oleh si fulan dan si fulan. Pada hadis ini menunjukkan ancaman terhadap perbuatan melakukan kejahatan ke atas makhluk. Rujuk Riyadh al-Solihin, Al-Nawawi (1/251).
KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Kami nyatakan bahawa sesuatu perkara itu apabila ia bertentangan dengan agama dan nilai kemanusiaan, maka ia adalah tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali.
Allah S.W.T mengajar kita untuk menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah-Nya, saling menghormati sesama manusia, berkasih sayang antara satu sama lain, serta menjaga hak-hak karamah insaniah. Ingatlah, apabila kita membuli orang lain boleh jadi kita juga bakal dibuli oleh orang lain dalam hari-hari yang mendatang. Boleh jadi anak-anak kita juga akan menjadi mangsa buli pada masa hadapan kelak.
Hendaklah setiap mereka yang terlibat dengan perbuatan buli ini merasa insaf, bahawa setiap tindakan dan amalan kita di atas bumi ini akan dinilai oleh Allah S.W.T. Dari sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara kesemuanya itu tidak terlepas dari catatan dan hitungan Malaikat. Tambahan pula perbuatan menzalimi manusia yang lain tanpa hak. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Dan diletakkan kitab (buku amalan), maka kau dapat melihat golongan yang melakukan dosa-dosa berasa takut terhadap apa yang terdapat di dalamnya. Dan mereka berkata: “Alangkah celakanya kami ini, kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar melainkan kesemuanya tercatat !”, mereka mendapati apa yang telah mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi seseorang pun. Surah al-Kahf (49)
Maksudnya: Pada hari ini kami kunci mati ke atas mulut-mulut mereka, dan Kami jadikan tangan-tangan mereka berbicara, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka kerjakan dahulu. Surah Yaasin (65)
Ketika mana kita menyedari hakikat ini, bahawa segala amalan kita akan dihitung dan dipertanggungjawabkan, maka sudah tentulah kita akan merasa insaf. Disuburkan pula dengan rasa hormat serta kasih sayang sesama manusia yang lain. Ingatlah bahawa kita semua akan kembali menemui Tuhan kita. Sekiranya baik segala amalan kita di dunia ini maka kita pasti akan mendapat kebaikan di akhirat sana. Sebaliknya, jika amal-amal buruk sahaja yang kita bawa sepanjang perjalanan di dunia ini, buruk jugalah balasan yang bakal kita terima.
Akhir kalam, sebagai seruan kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai, dan masyarakat, marilah kita sama-sama membulatkan tekad agar dapat kita hidup dalam keadaan tolong-menolong, saling berkasih sayang, serta hormat-menghormati antara sesama manusia. Jauhilah perbuatan buli-membuli dan mainkanlah peranan masing-masing sebagai ibubapa, guru-guru, tokoh-tokoh masyarakat dalam membasminya. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua serta menjadikan segala perbuatan dan tingkah laku kita ini bakal menjadi saham amal soleh buat kita di akhirat kelak. Ameen.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...