Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ayat al-Quran di atas menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Ujian manusia berbeza-beza dan sejauh dirinya menerima, itulah tanda keimanan. Di saat kita merasakan hidup diuji terutama kesusahan harta benda, tapi sebenarnya ada diuji dengan lebih hebat dari kita. Bahkan kesusahan orang lain juga adalah ujian untuk kita yang berkemampuan.
Di aplikasi Tik Tok @danielalli atau Muhammad Daniel bin Ali, dirinya berkongsi momen sedih seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih sekolah rendah yang berniaga kerepek berlokasi di Starbucks, Limbongan, Melaka sampai tertidur menantikan jualannya dibeli.
Dalam keadaan duduk di kaki lima itu, kanak-kanak ini kelihatan bersila di laluan drive thru menunggu pelanggan membeli kerepeknya. Barangkali agak penat berpuasa di siang hari dan usia kecilnya, dirinya tertidur sebelum dikejutkan.
Saat ditanya beberapa soalan mengenai keberadaannya di situ, adik Acap berkongsi kisah hidupnya.
Terkesan dengan kesusahan adik ini mencari rezeki di usianya masih kecil yang mana sepatutnya tempatnya adalah di rumah malam-malam begini, Daniel telah melancarkan tabung kilat untuk membantu.
Dan tabungan kilat itu berjaya mengumpulkan RM1220 untuk disedekahkan pada adik ini. Dan selepas video berkenaan viral, semakin ramai ingin membantu dan ada mengatakan anak kecil ini berasal dari Johor.
Ads
Dari satu rakaman video lain memaparkan Daniel menyerahkan sumbangan berkenaan dan apa yang menyayat hati, adik Acap menangis. Barangkali tidak menyangka ada insan baik akan membantu meringankan bebanan kemiskinan hidup keluarganya. Atau barangkali itulah pertama kali dirinya memegang duit sebanyak itu.
Dalam pada itu, Daniel turut menemuramah ibu kepada adik Acap dan mengakui dirinya datang dari Johor dan berniaga kerepek secara kecil-kecilan di Melaka.
Ads
Apa yang membuatkan lagi ramai sedih, ibu dengan anak-anak kecil seramai enam orang ini dilihat berhimpit-himpit di dalam kereta selepas ditinggalkan suaminya.
Jadi untuk kelangsungan hidupnya, dirinya membuat jualan kerepek dan anak-anaknya yang masih kecil membantu menjual kerepek. Bahkan dirinya mengakui kesemua anak-anaknya masih bersekolah.
Di saat kita merasakan dirinya kita susah, ada lagi hambaNya diuji dengan seribu satu kesusahan lain. Semoga rezeki adik Acap dipermurahkan dan mana yang berkemampuan, bolehlah sama-sama menghulurkan bantuan. Dan difahamkan, selepas video berkenaan tular, ramai meminta pemuda ini membuka kembali tabung untuk mereka sama-sama bersedekah kepada adik Acap dan keluarganya.
Jika sudah hilang adab beginilah jadinya, semua dianggap seperti gurauan dengan kawan-kawan. Islam menggariskan pemimpin perlu dihormati. Ini sesuai dengan firman Allah S.W.T:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu” (surah An-Nisa ayat 59)
Berdasarkan ayat di atas, seruan taat kepada pemimpn adalah selepas taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Taat dalam konteks ini adalah untuk kesejahtaraan bersama dalam sebuah masyarakat.
Bagaimana pun, ada kala manusia hilang sifat jati diri. Tidak suka terus membuat tindakan menghina orang lain berikutan iman di hati sudah menipis.
Terbaru dalam laporan Sinar Harian, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah murka terhadap beberapa hantaran gambar di media sosial yang menghina wajah suami baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menerusi laman Instagram ‘airtangan_tunkuaziah’ memuat naik tiga tangkapan layar gambar Al-Sultan Abdullah yang telah disunting pemilik akaun ‘bukan_bangjago’ dan menggesa individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan.
Bagaimanapun Tunku Azizah sempat berseloroh kepada Al-Sultan Abdullah bahawa foto itu kelihatan ‘comel dan seksi’.
“Jika kamu tak boleh kalahkan mereka, sertai mereka. Beta tunjukkan hantaran kepada suami dan beritahu baginda kelihatan comel dan seksi.
“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja. Kepada ALLAH berserah. Sila ambil tindakan,” ciap Tunku Azizah di Instagram baginda pada Khamis.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Instagram baginda mahu agar tindakan tegas dikenakan ke atas pengendali akaun palsu itu.
“Saya mohon pelaku-pelaku ini dilucutkan kerakyatan. Kita mesti lakukan sesuatu.
“Tangkap dan hukum. Tidak hormat langsung.
“Allahuakbar. Kami sayang raja dan permaisuri kami. Bagaimanapun, Tunku sangat positif. Moga ALLAH sentiasa melindungi. Amin,” ciap beberapa netizen di Instagram. Kredit Gambar : NSTP
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ajal maut jodoh pertemuan Allah tentukan sejak di luh mahfuz lagi. Namun adakala jodoh itu tidak serasi kerana terjadinya perceraian atas banyak sebab termasuk tidak menemui titik kesamaan dengan pasangan.
Tidak dinafikan, tiada pasangan yang sempurna. Setiap dari kita ada titik kelemahan. Begitu jugalah ketika melalui malam pernikahan, kita akan menemukan hal-hal baru dari pasangan kita. Sebelum ini kita hanya mengenalnya dari luar saja atau dari kawan-kawan dan ahli keluarganya. Bila tinggal bersama serumah, dari situlah kita akan mula belajar kebiasaan-kebiasaan dirinya yang mungkin tidak kita sukai.
Lalu bagaimana agar rumahtangga kekal harmonis meskipun ada kebiasaan dirinya yang tidak kita sukai dari pasangan?
Pertama, kenal pasti apakah yang membuat kita kesal itu berkaitan dengan prinsip yang kita pegang? Yang disebut masalah prinsip ini ialah kita tak suka kalau pasangan malas kerja, tidak setia, bergurau kasar, panas baran dan sebagainya. Jika hal seperti itu, ternyata kita akan kecewa.
Tapi jika hal di atas berkaitan dengan kebiasaan dalam keluarganya sebelum ini di mana memang hal itu menjadi kebiasaan bagi keluarganya, sikap ini masih boleh diubah dengan menasihatinya agar lebih teratur. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan kerana kita sendiri tidak sempurna.
Kedua, kita harus tahu, pasangan kita bukan anak kita. Ya kita bertemunya saat dirinya sudah dewasa. Dan jelaslah karektor pasangan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh didikan keluarga dan lingkungan sekelilingnya. Kalau kita ingin mengubahnya tidak boleh dalam sehari dua kerana ia tidak akan terjadi. Begitulah jugalah kota Rom tidak terbina dalam satu hari. Begitulah sikap manusia, perlu diberikan masa untuknya.
Ketiga, salah satu ujian dalam berumahtangga, kita akan menemukan pro dan kontra atau ketidaksesuaian itu. Ia tidak boleh dipelajari secara luaran atau mengikut teori saja sebaliknya semuanya mengambil proses masa yang panjang dan bertahap. Ada kalanya kiita mungkin mahu mengalah tapi kembali fikirkan ke point pertama.
Ingatlah, perhubungan yang serasi bukan mengambil masa sehari dua tapi ada masanya. Kalau kita rasa mampu bertahan, maka bertahanlah. Tapi kalau sudah tidak mampu bertahan lagi, maka redhalah melepaskan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini, merupakan hari menyedihkan bagi pelawak Shuib apabila isteri tercinta menyahut panggilan Illahi selepas bertarung dengan virus Covid-19. Siti Sarah Raisudin diberitakan meninggal pada jam 5.13 pagi tadi seperti dimaklumkan oleh Shuib.
Ramai netizen mengakui berasa sedih dengan pemergian penyanyi dan usahawan ini. Di media sosial, ramai menyatakan hati mereka cukup terasa, seolah-olah sangat dekat dengan diri arwah hingga ramai mendoakan dirinya sebelum pemergiannya. Malah bacaan Yassin juga diadakan setiap malam bagi mendoakan dirinya kembali kuat untuk bangkit semula selepas mengalami kemerosotan kadar oksigen hingga tinggal 40 peratus semalam.
Di saat ramai yang tertanya-tanya apakah amalan dibuat oleh arwah hingga dirinya didoakan oleh orang ramai dan ramai menangisinya, warga Malaysia di bumi Palestin, Nadir Al Nuri berkongsi amalan kebaikan sedekah dibuat Siti Sarah hingga membeli seekor lembu berharga lebih belasan ribu untuk warga Palestin menikmati makanan enak itu pada hari raya korban yang lalu.
Dalam satu perkongsian di IGnya, Nadir Al Nuri memaklumkan, arwah kerap bertanya tentang umat Islam di sana, memberikan bantuan dalam diam dan inilah kebaikan yang dibuat dalam diam hingga di saat kematiannya, ia ditangisi orang ramai.
Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami.
Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.
Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dalam keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada’ akhirat di bumi berkat.
Semoga engkau tenang di sana, al-fatihah. Sumber / gambar : IG Nadir Al Nuri, Shuib
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?