FIRMAN Allah SWT, “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)
Malah kita juga diajar bersederhana dalam semua hal. Malah Al-Quran dijadikan panduan umat Islam sebagai tata cara kehidupan. Ini seperti firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 13 bermaksud:
Firman Allah SWT, “Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) serta hikmah (pengetahuan yang mendalam) dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepadamu amatlah besar.” (Surah an-Nisa, ayat 113).
Memandangkan isu melibatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan Nadir Al Nuri termasuk Caprise mencapai kemuncaknya hingga laporan polis dibuat, Ustaz Adnin Roslan dalam ignya berkongsi bahawa umat islam perlu bersederhana dalam segala hal.
Ini perkongsian darinya di instagramnya:-
Dalam hidup ini, kita perlu bersederhana dalam setiap hal. Jika tidak, kita akan mudah sesat. Hatta dalam beragama pun, kita dilarang ekstrim, terlalu ekstrim mengamalkan agama pun boleh sesat, melonggarkan agama pun boleh jadi sesat. Bersederhalah, taat perintah Allah, tinggalkan larangan Allah, ikut sunnah Baginda Nabi SAW.
2) Dalam hidup ni, semua oanrg pernah buat salah. Baik mana pun seorang itu, pasti ada ketidaksempurnaannya. Kerana itu budaya dakwah, saling nasihat menasihati Allah & Rasul wajibkan. Agar kita sama-sama selamat.
3) Tapi ingat, kebaikan yang kita nampak, kita sokong dan usaha untuk contohi tak kira dari siapa, dan kelemahan yang kita nampak, nasihat dan tegur dan serta jauhi. Kita benci perbuatan, bukan pelaku. Ini sangat penting.
4) Satu lagi budaya tidak sihat yang saya nampak adalah BUDAYA TAKSUB dan MENGIDOLAKAN manusia. Taksub ini akan membutakan hati manusia dari kebenaran. Dan ianya dilarang dalam agama. Perbuatan taksub inilah yang menjadi faktor berhala di zaman Nabi Nuh diukir lalu disembah. Nama berhala yang diukur oleh kaum Nabi Nuh ialah Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasra.”
Ibn Abbas RA mengatakan:
“Nama-nama tersebut ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi Nuh AS…”
Nampak tak bahayanya bila kita taksub atau mengidolakan manusia? Hatta taksub orang soleh pun tak boleh, apatah lagi taksub artis, pemimpin politik dan sebagainya.
5) Bahkan Allah dan rasul tidak suruh mengidolakan baginda SAW. Tetapi kita disuruh untuk menjadikan Nabi SAW sebagai qudwah hasanah, uswah hasanah iaitu ikutan yang baik. Bukan taksub buta tapi tak ikut pun sunnah baginda. Kita disuruh jadikan nabi sebagai teladan, mengikuti sunnah dan perjuangan baginda, akhlak baginda dan seluruh kehidupan baginda, serta mencintai baginda kerana Allah. Cinta atas dasar iman dan ilmu, bukan emosi dan nafsu semata-mata. IDOLA ni ada IDOLATRY = Penyembahan berhala, IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin, IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja, IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung, dan IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.