
Isi Kandungan
Toggle‘Agar pasangan selamat pergi dan balik.’ Isteri cuba amalkan doa ini iring suami yang keluar bekerja setiap hari.
Menjadi kewajipan seorang isteri mendoakan suaminya yang keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.
Artikel Berkaitan: Ramai Ibu Ayah Minta Doakan Anak Mereka, Ustazah Asma’ Akui Segan. Rasa Diri Tak Layak
Agar Pasangan Selamat Pergi & Balik
Baik untuk suami yang keluar bekerja atau keluar mencari keperluan keluarga, eloklah diamalkan doa ini.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Noor dan cuba anda amalkan doa ini:
Ketika suami keluar dari rumah, maka hendaklah si isteri membaca al fatihah. Kirimkan al fatihah kepadanya.
Al fatihah ini aku kirimkan buat suamiku.
Baca Di Sini:

Isteri Cuba Amalkan Doa Ini
“Ya Allah, lindungilah suamiku dari segala bahaya dan musibah apa pun di luar sana ketika dia menjemput rezekiMu.
“Ya Allah luaskan rezeki suamiku, tambahkan berkah dan barokah dan lancarkanlah rezekinya. Ya Allah, kirim malaikat penjagaMu untuk menjaga dirinya dari segala pandangan- pandangan yang buruk dari makhlukMu laki- laki mahupun perempuan yang membuat luntur keimanannya.
“Ya Allah, selamatkan perjalanan suamiku dan kembali ke rumah dalam keadaan tubuh badan sihat walafiat…”
Iring Suami Yang Keluar Bekerja
Doa ni saya jumpa di instagram hari tu. Moga jadi amalan.
Back to normal routine setelah seminggu bercuti.
Kashoorga : Insyallah mudah-mudahan Allah melindungi pasangan kita. Amin.
Sumber: Nurlia Mohd Noor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bayar Hutang Atau Tunai Zakat Pendapatan Mana Satu Perlu Diutamakan

Pada zaman sekarang kebanyakan kita pasti ada hutang baik hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran mahu peribadi, kad kredit dan sebagainya lagi.
Ada juga kalangan kita gajinya memang agak selesa tapi dek hutang yang banyak, baki yang tinggal hanya sedikit. Cukup-cukup makan.
Dalam masa yang sama, golongan ini ada kesedaran untuk membayar zakat pendapatan, cuma bila dalam situasi begini timbul persoalan mana satu yang perlu didahulukan. Bayar hutang atau bayar zakat pendapatan?
Jawapan kepada persoalan ini dihuraikan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Para fuqaha’ menjelaskan bahawa zakat merupakan tuntutan yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Surah al-Taubah (103)
Begitu juga kewajipan membayar hutang adalah wajib berdasarkan sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
نَفْسُ اَلْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ, حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: Roh orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut).
Riwayat al-Tirmizi (1078)
Bayar hutang atau tunai zakat, mana satu perlu diutamakan
Justeru, berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan, jelaslah bahawa hutang dan zakat ialah suatu kewajipan yang wajib ditunaikan oleh seseorang Muslim. Bagi seorang Muslim yang memiliki harta yang telah mencapai nisab dan tempoh tertentu maka dia wajib mengeluarkan zakatnya, demikian juga bagi seseorang yang memiliki hutang maka ia wajib membayarnya.
Namun begitu, jika seseorang menghadapi dua kewajipan dalam suatu masa (membayar hutang secara segera dan mengeluarkan zakat), dan keadaan kewangannya agak terhad (tidak dapat membayar kedua-duanya sekaligus), maka yang mana satu patut didahulukan? Para ulama’ menjelaskan berkenaan hal ini seperti berikut:
Imam Khatib al-Syirbini berkata:
إذَا اجْتَمَعَا عَلَى حَيٍّ وَضَاقَ مَالُهُ عَنْهُمَا فَإِنْ كَانَ مَحْجُورًا عَلَيْهِ قُدِّمَ حَقُّ الْآدَمِيِّ وَإِلَّا قُدِّمَتْ الزَّكَاةُ
“Dan sekiranya berhimpun hutang dan zakat ke atas orang yang masih hidup dan sempit hartanya (kewangannya agak terhad), iaitu jika dia mahjur ‘alaih (terhalang daripada menggunakan harta disebabkan hutang), maka didahulukan hak manusia (hutang), namun jika tidak terhalang (disebabkan hutang) maka didahulukan zakat ke atasnya”. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 3/133; Hasyiyah al-Jamal, 2/290).
Imam al-Suyuti berkata:
“Bahkan didahulukan hak-hak manusia (hutang) dan dikemudiankan hak-hak Allah selagi mana orang itu masih hidup. Dan antara contoh masalah ini antaranya, apabila berhimpunnya hutang dan zakat (iaitu didahulukan membayar hutang ke atas zakat)”. (Rujuk: al-Asybah wa al-Naza’ir, 1/355).
Darul Ifta’ Mesir ketika mengulas berkenaan hal ini berkata:

“Adapun seseorang sekiranya ada hutang ke atasnya dan (dalam masa yang sama) telah tiba masanya untuk mengeluarkan zakat, maka ditentukan ke atasnya untuk melangsaikan hutangnya terlebih dahulu, kemudian membayar zakat jika masih lagi berbaki hartanya setelah itu (membayar hutang), sekiranya harta yang berbaki itu mencukupi syarat-syarat dan kadar wajib untuk mengeluarkan zakat harta”. (Rujuk: https://www.elbalad.news/3948532).
Justeru, jelaslah bahawa bagi seseorang yang diwajibkan ke atasnya zakat dan hutang pada masa yang sama, maka hendaklah didahulukan untuk membayar hutang ke atas zakat sekiranya hartanya tidak mencukupi. Dalam hal ini para ulama’ menyebutkan:
“Hal ini kerana hak manusia (hutang) itu dibina atas kesempitan dan kebakhilan, maka didahulukan ke atas hak Allah SWT (contohnya zakat) yang dibina di atas kemudahan dan tolak ansur, seperti mana didahulukan qisas ke atas bunuh dalam masalah orang yang murtad”. (Rujuk: Kifayah al-Nabih fi Syarh al-Tanbih, 6/69).
Kesimpulan
Setelah meneliti perbahasan di atas, justeru jelaslah bahawa sekiranya seseorang diwajibkan zakat dan hutang ke atasnya serta hartanya tidak mencukupi maka hendaklah didahulukan untuk membayar hutang.
Kemudian jika masih berbaki hartanya, dan cukup syarat untuk mengeluarkan zakat maka hendaklah dikeluarkan zakat. Adapun sekiranya kewangannya mencukupi, maka hendaklah dilangsaikan kedua-duanya sekaligus kerana kedua-duanya merupakan tuntutan wajib.
Walau bagaimanapun, sekiranya hutang itu adalah hutang jangka masa panjang, maka hutang tersebut tidak mengurangi kewajipan zakat sedikitpun. Yang menjadi masalah hanyalah sekiranya hutang tersebut perlu dibayar bersamaan dengan waktu yang diwajibkan zakat ke atasnya.
Wallahu a’lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Individu Yang Berkahwin Lewat Berpotensi Jadi Lebih Cerewet Kata Pakar Psikologi

Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.
“Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.
“Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.
“Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,” katanya.

.
Menurut Dr Firdaus, senario wanita berkahwin lewat kerana berpendidikan tinggi sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa tetapi dikhuatiri memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial masyarakat .
“Pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an dan berkahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut,” jelasnya.
PENINGKATAN UMUR UNTUK BERKAHWIN
Mengikut kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM-5) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, didapati bahawa 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan umur minimum untuk berkahwin.
Kata Dr Firdaus, ini berbeza dengan hasil penemuan pada tahun 2010, di mana sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bancian statistik purata umur perkahwinan di kalangan lelaki ialah 28 tahun dan perempuan ialah 25.7 tahun.
Ini sekali gus, ujarnya, menunjukkan terdapat peningkatan dari segi umur di mana mereka ingin berkahwin berbanding sebelumnya.

“Penakrifan umur perkahwinan lewat pula adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita pada tahun 2014. Terdapat 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin manakala majoriti wanita iaitu 35.7 peratus mengatakan tiada calon sesuai.
“Apabila dilihat secara spesifik mengenai tumpuan pada kerjaya, lebih ramai wanita memberikan sebab tumpuan pada kerjaya iaitu 18.1 peratus berbanding 9.4 peratus di kalangan lelaki.
“Bagaimapun, antara faktor lain yang mendorong wanita berkahwin lewat adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi (26 peratus) disebabkan peningkatan kos sara hidup dan mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dikuti oleh mendahulukan kemajuan kerjaya,” katanya.
PENTINGKAN KESTABILAN KARIER DAN KEWANGAN
Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara ini meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun 2015.
Jelas Dr Firdaus, ini membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.

Katanya, dari aspek psikologi, terdapat beberapa kesan terhadap emosi dan tingkah laku di kalangan mereka yang lambat berkahwin.
“Antara kelebihan berkahwin ialah mempunyai peneman untuk berkongsi suka duka kehidupan serta memenuhi keperluan emosi dan fizikal untuk hidup berpasangan dan berkasih sayang.
“Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa perkahwinan banyak memberikan impak positif terhadap individu, tetapi ia turut bergantung kepada umur ketika berkahwin.
“Mereka yang berkahwin terlalu muda (kurang dari 18 tahun) didapati mempunyai banyak masalah emosi disebabkan usia yang tidak matang serta ketidaksediaan memikul tanggungjawab menyebabkan adaptasi yang sukar kepada kehidupan berkahwin,” katanya
Sumber Kredit: Astro Awani
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
#Save Rayan! Seluruh Dunia Berdoa Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Dapat Diselamatkan, Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter

Antara hidup dan mati. Saat ini seluruh dunia berdoa agar seorang kanak-kanak Rayan dapat diselamatkan selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter (lebih kurang tiga tingkat bangunan).
Kisah kanak-kanak malang berusia lima tahun di Maghribi ini mendapat liputan luas media termasuk antarabangsa selepas terjatuh ke dalam lubang perigi digali ayahnya dan sehingga kini sudah terperangkap memasuki hari ke tiga.



Apa yang membuat ramai sebak, lubang tempat Rayan terjatuh amat sempit dan tidak boleh dimasuki orang dewasa.
Pihak anggota penyelamat dikatakan terpaksa menggali sebuah lubang lain dalam usaha menyelamatkannya yang dilihat agak kebingungan dan mulai melemah selepas tiga hari terperangkap.
“Usaha menyelamat kanak-kanak itu semakin hampir dan kami berdoa agar dia dapat diselamatkan secepat mungkin,” kata jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas.





Memetik Sinar Harian, operasi bantuan telah dipergiatkan bagi menyelamatkan Rayan yang berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter pada Rabu lalu.
Usaha menyelamat kanak-kanak malang itu mendapat simpati orang ramai di dalam talian dengan meletakkan tanda pagar #SaveRayan dan tular sehingga Afrika Utara termasuk negara jiran, Algeria.
Ketika ini, operasi menggerudi lubang berlaku di kampung berhampiran Bab Berred di wilayah utara luar bandar Chefchaouen telah mencapai kedalaman 27 meter dan selanjutnya 32 meter dalam tempoh beberapa jam, lapor agensi berita MAP.

Ayah Rayan berkata, ketika kejadian dia sedang memperbaiki telaga itu sebelum menyedari anaknya terjatuh ke dalamnya.


Dalam pada itu, di twitter @faiyas90 berkongsi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Zakaria menawarkan diri masuk ke lubang sempit berkenaan untuk menyelamatkan Rayan dan setakat ini ia belum dimuktamadkan lagi.
Mari kita sama-sama berdoa agar Rayan dapat diselamatkan dan dirinya kembali selamat ke pangkuan keluarga.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI