Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam, pemuda yang meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul pada November 2013 berjaya mencuri perhatian ramai. Selepas pemergiannya, Ammar begitu dikenali dan menjadi satu fenomena kerana berjaya menyentuh hati anak muda khususnya yang tidak mengenali Ammar.
Disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Ahmad Ammar dicemburui ramai kerana jasadnya disemadikan di tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 jasad sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang kenamaan di Turki.
Ikuti perkongsian oleh Muhammad Najmie Ruslan yang sempat menziarahi pusara Allahyarham Ahmad Ammar.
AHMAD AMMAR, KISAH SYAHID YANG TERTANGGUH
“Alhamdulilah saya sempat menziarahi Pusara Ahmad Ammar, seorang Anak Muda yang diberikan penghormatan oleh Kerajaan Turki untuk dikebumikan di Tanah perkuburan Ayub.
Apabila sampai di sana, sejuk mata memandang apabila melihat kubur pusara Ahmad Ammar penuh dengan bunga2 tulip yang hidup dengan suburnya.”
Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia semuda 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.
Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
PELAJAR CEMERLANG
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz.
Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya
Juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali.
Ads
Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia.
Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar!
GELARAN SYAHID YANG TERTANGGUH
Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.
Ads
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.
Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.
Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.
Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting.
Ads
RINDUKAN SYAHID
Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam, beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.
Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.
Masya Allah Tabarakallah!
Untuk insan yang istimewa ini —-> Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” -al-imran:185
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
‘Berani dan berhati mulia.’ Demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan ini hilang sebelah kaki digilis lori. Mulia sungguh hatinya biarpun masih kecil, tindakan beraninya harus dipuji.
Malangnya dirinya kehilangan sebelah kakinya akibat digilis ketika mahu menyelamatkan seekor kucing di jalanan. Daripada perasaan sayang kepada binatang, dirinya sanggup berkorban hingga membahayakan nyawanya sendiri.
Kejadian ini bermula apabila kanak-kanak berusia 13 tahun itu bernama Nabila Febrianti, cuba menyelamatkan kucing miliknya yang sedang bermain atas jalan raya berdekatan rumahnya di Sumatera Utara, baru-baru ini.
Ketika dia melintas jalan dan hendak menyelamatkan kucingnya itu, pada masa yang sama ada sebuah lori sedang melintasi kawasan berkenaan.
Disebabkan tidak sempat mengelak, kaki kanak-kanak itu digilis lori berkenaan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.
Demi Selamatkan Kucing
Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun terpaksa dirujuk ke pakar susulan daripada kecederaan parah dialaminya.
Menurut ibu Nabila, kecederaan itu terjadi pada bahagian kaki kanan Nabila, manakala kaki kiri hanya luka kecil.
Disebabkan kecederaan parah dan serius pada kaki kanannya, ia terpaksa dipotong oleh pihak hospital.
Kanak-Kanak Perempuan Ini Hilang Sebelah Kaki Digilis Lori
“Akibat digilis lori, kakinya mengalami kecederaan serius dan perlu dipotong,” ujarnya.
Pengorbanan kanak-kanak berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan di Indonesia, sehinggakan ketua polis turut melawatnya di hospital bagi memberikan semangat.
Rezeki Nabila juga apabila kisahnya ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang turut menghulurkan bantuan rawatan kepada anak kecil itu kerana keberaniannya.
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Teruskan berdoa dan kemanisannya akan dirasai bila saatnya perlu.
Ternyata setiap peluang kedua yang datang itu tidak dipersia-siakan kerana setiap sabar itu hikmahnya sangat besar.
Hari ini juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz dan isteri, Bella Astilah berangkat menunaikan umrah bersama kedua ibu bapa Bella.
Dalam catatan di instagramnya, Bella sempat berkongsi, peluang menunaikan umrah buat kali pertama ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat dirinya dan suami (Aliff lahir pada 16 Februari) manakala dirinya pada 13 Mac akan datang.
Masih diingati dalam ucapannya sempena hari jadi Aliff ke 30 tahun lalu, Bella mendoakan agar suaminya menjadi suami yang terbaik.
“Happy birthday B, semoga Allah SWT sentiasa memberkati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik… “…suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dan tahun ini, doa dari seorang isteri itu termakbul kerana keduanya berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah, kiblat umat Islam selain tempat suci yang menjadi tumpuan seluruh semua masyarakat.
Dan di instgramnya juga, Bella berkongsi tanda kasih sayang buat kedua ibu bapanya yang mana dirinya tidak mampu membalas semua jasa-jasa ibu ayahnya dan mengharapkan ia permulaan tahun baharu yang baik bagi mereka sekeluarga. Malah ia juga impiannya sejak dari sekolah iaitu ingin membawa ibu bapanya menunaikan umrah.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum, syukur Alhamdulillah Bella, suami, mama dan ayah ingin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat pertama kali. Mohon semua doakan kami para jemaah selamat pergi dan pulang insha-Allah.
Kepada keluarga, sahabat, semua yang mengenali saya, dengan ini saya ingin memohon maaf dan ampun sekiranya saya pernah mengguriskan hati, tersilap kata atau perbuatan yang kurang menyenangkan sepanjang perkenalan. Bella sangat-sangat terharu dapat membawa kedua orang tua Bella sebab inilah impian bella dari sekolah lagi. Allahuakhbar, bahagia rasanya bila dapat bersama-sama mama dan ayah
Ikhlas dari kaklong untuk mama sama ayah yang banyak berkorban dari kaklong kecik masa kita tinggal di sabah sampai lah sekarang. Tak terbalas segala jasa mama ayah. Semoga ini menjadi permulaan tahun baru yang baik buat kita semua, inshaAllah.. Amiin yra. Terima kasih juga buat kak @azlinabdlatif dan abg Akram. Semoga persahabatan ini kekal selamanya inshaAllah.
Kali pertama dalam sejarah, ayat suci Al-Quran berkumandang di acara pembukaan Piala Dunia 2022. Terasa syahdu dan naik bulu roma tatkala ayat suci dibaca dalam upacara epik sebegini.
Kejohanan bola sepak paling berprestij akhirnya membuka tirai malam kelmarin dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt sebelum aksi pertama kumpulan A, Qatar menentang Ecuador.
Piala Dunia 2022 dengan slogan ‘Now Is All’ berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, di mana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.
Para peminat bola sepak bakal dihiburkan dengan aksi bintang-bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Neymar, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo.
Sebelum melihat penampilan mereka, pembukaan Piala Dunia 2022 telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran.
Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Lantunan Ayat Suci Al-Quran
Ia mengenai kisah kemanusiaan dan penyatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal,” makna ayat tersebut.
Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Berkumandang Di Acara
Morgan Freeman mengakui terpegun dan kagum dengan bacaan tersebut serta menyifatkan ia adalah sesuatu yang paling indah pernah didengari olehnya.
“Apa yang menyatukan kita di sini jauh lebih besar dari apa yang memisahkan kita,” kata Morgan Freeman dalam pidato pembukaannya.
Selain itu, acara pembukaan turut diserikan dengan persembahan anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook di hadapan ribuan penonton.
Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu mencatat perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah.
Buat pertama kali juga penerbangan dari Tel Aviv dibenarkan mendarat di Doha bagi memberi peluang buat rakyat Palestin dan Israel menyaksikan Piala Dunia kali ini.
“Dari Qatar, malah dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia 2022. Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua,” kata Emir Qatar, Sheikh Tamim.
Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara pemimpin yang hadir menyaksikan acara pembukaan tersebut.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah SWT
Kashoorga : Sukan bola sepak menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.