“Ain Pesan Wakilkan Datuk Untuk Baca Yasin” – Datuk Rizalman Ibrahim Terkesan Kehilangan ‘Kesuma Jiwa’nya Pagi Ini

Share

Tidak dinafikan, bakat figura pereka feyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim sangat dikagumi ramai, tidak kira golongan muda atau tua ataupun kenamaan.

Malah 15 tahun berkecimpung dalam industri fesyen ramai menjadikan beliau sebagai idola dn sumber inspirasi kepada semua golongan. Malah auranya juga cukup kuat terutama di media sosial.

Sebelum ini ramai tahu hubungan akrab pereka tersohor negara Rizalman dengan peminat ciliknya., seorang kanak-kanak perempuan bernama Airen Nurain.

Airen yang berusia 12 tahun menghidap penyakit buat pinggang kronik dan juga ketumbuhan dalam otak.

Malah hubungan keduanya memang rapat dan beliau turut menjadikan adik Airen sebagai tetamu istimea sempena maam pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya awal tahun lalu.

Dalam posting terdahulu, Rizalman memberitahu beliau sudah dimaklumkan tentang tahap kesihatannya yang akan kehilangan pandangan akibat penyakit dialami.

Malah menjadi hasrat adik Airen ketika itu untuk bertemu idolanya dan Rizalman tidak teragak-agak menjadikan Airen sebagai tetamu istimewanya malam itu.

Walaupun ketika  itu adik Airen sudan tidak dapat melihat dan dia hanya mampu meraba wajah Rizalman sebagai gantian kepada derita matanya yang hilang.

Malah Rizalman turut menyifatkan adik Airen sebagai kesuma jiwanya dan beliau sangat sedih apabila mendapat tahu Airen tidak sempat melihat persembahan, namun kedatangannya  malam itu sudah cukup menggembirakannya.

Dan hari ini berita sedih diterima, kesuma jiwa Rizalman, adik Airen sudah meninggalkan dunia pagi tadi.

Beliau mendapat kiriman pesanan WhatsApp yang dihantar oleh keluarga adik Aireen memberitahu kehilangannya.

Malah dalam pesanan itu, Airen sempat berpesan lika jadi apa-apa padanya, dia mohon Rizalman untuk wakilkan membacakan Yasin.

Dalam hantaran itu juga, Rizalman memberitahu dia sangat bersedih kerana tahu hari ini (kehilangan) akan tiba jua akhirnya.

Beliau turut mendoakan semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarga. Ternyata beliau sangat terkesan dengañ kehilangan kesuma jiwanya ini.

Posting ini juga turut mendapat respon followernya yang kini telah berjumlah 1 juta. Rata-rata mengucapkan takziah kepada keluarga adik Airen dan mendoaka anak syurga ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

qinqueenkk Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un..Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah Adik Airen Nurain di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

beezeeliloven_bychena Innalillahiwaiinailaihirojiun.. alfatihah semoga berbahgia di taman firdausi syg.. slm takziah bwt keluarga tercinta

noratikahbadri Al-Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditmptkan dikalangan org² beriman..anak syurga

adinaidris Takziah.. semoga adik Airen ditempat yang semulia-mulianya di sisi Allah..aamiin..

KASHOORGA: Salam takziah untuk keluarga adik Airen. Semoga adik Airen akan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN & AIREN

Published by
Siti Zurina Mat Saman