Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di sini, semalam.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
PEMBEDAHAN LANCAR
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.
Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.
“(Ketika pembedahan) tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.
“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.
Ads
“Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan,” katanya.
BAPA DAN IBU TERHARU
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika ditemui selepas operasi pembedahan anaknya, berulang kali mengucap syukur kerana diberikan peluang untuk ‘sekali lagi’ menjadi bapa kepada bayinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.
“Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul,” katanya yang ditemani isteri, Nurul Erwani Zaidi.
Ads
Catatan yang ditulis oleh ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi.
Berikut perkongsian Nurul Erwani Zaidi di Insta Storynya.
PERKONGSIAN DR. NUR AMALINA
Ads
Kata Dr. Nur Amalina Bakri melalui laman sosial Instagramnya pula, tumor seberat 200 gram pada mulut Ainul berjaya dikeluarkan melalui pembedahan penuh berisiko itu.
“Banyak persediaan telah dilakukan sebelum pembedahan dilakukan termasuk imbasan, mesyuarat dan kesabaran,” tulis Amalina.
Beliau memberitahu lagi, pasukan pakar bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk craniofacial, plastik, kepala dan leher diketuai Prof. David Dunway dan Dr. Julian Ong terlibat dalam pembedahan itu.
“Saya berbesar hari turut terlibat sama dalam pasukan pakar bedah itu dan Ainul sekarang dalam pemerhatian dan kini dalam keadaan stabil,” jelas Amalina.
Amalina turut menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Ainul supaya cepat sembuh.
KASHOORGA: Marilah kita mendoakan kesembuhan adik Ainul.
Sumber kredit: Berita Harian Online, Kosmo Online, Ahmad Safiudinn dan _nrlerwani
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syurga seorang wanita yang belum berkahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya. Bagi seorang wanita yang sudah bergelar isteri pula syurganya terletak di bawah kaki suami. Walaupun tiada hadis sahih yang berkata sedemikian namun ianya boleh dianggap sebagai suatu metafora di mana untuk seorang isteri itu menjadi ahli syurga adalah dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat Al-Quran dan hadis Baginda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (an-Nisaa’: 34).
Walau bagaimanapun seorang wanita walaupun telah berkahwin masih tetap perlu mengingati dan menghargai jasa kedua ibu bapanya.
Perintah ini banyak dimuatkan dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini teramatlah penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14).
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15).
Berikut perkongsian Hafiz Mustapha yang wajar dijadikan pedoman buat golongan isteri dan juga suami.
Kesian pula pada makcik ni selepas mendengar kisahnya. Ketiga-tiga anak perempuannya lepas berkahwin tidak bekerja. Anak-anaknya bukannya calang-calang kelulusan.
Anak pertama lulusan Master di Universiti Sains Malaysia (USM). Habis master bekerja sebagai research assistant tetapi berhenti selepas kahwin sebab jaga anak. Suami tak bagi kerja. Suami kata derhaka jika ingkar.
Anak kedua dapat degree Universiti Putra Malaysia (UPM) terus kahwin dengan coursemate. Sempat kerja kerajaan setahun tetapi kena transfer. Terus berhenti kerja dan beranak.
Anak ketiga Degree daripada UiTM dan dua tahun cari kerja. Akhirnya dapat panggilan guru, tapi tolak sebab tak minat. Sehingga sekarang umur dah 30 tahun dan tidak bekerja. Kahwin dan beranak.
Makcik dan arwah suaminya bersusah payah membesarkan anak-anak mereka bagi pelajaran. Makcik pencen kerani kerajaan dan arwah suami kerja kampung. Anak-anak minta macam-macam waktu belajar. Semuanya dipenuhi daripada laptop, handphone sehingga duit belanja sebab pinjaman yang diterima tidak cukup. Mak saudara pun banyak tolong bantu anak-anak perempuan.
BERKORBAN UNTUK ANAK-ANAK
Akibatnya, makcik dan arwah suami ketika itu selalu catu belanja. Nak beli makanan pun berjimat sebab waktu tu anak serentak sambung belajar. Orang lain tua-tua mampu pergi umrah atau haji tapi mereka tak berkesempatan kerana masalah kewangan. Simpanan pun habis untuk pembelajaran anak-anak.
Kini, makcik tinggal seorang diri. Dia bertuah sebab masih ada pencen. Boleh lah tanggung makan minum sendiri. Kata makcik seronok tengok anak-anak saudaranya berjaya dan tolong mak bapak. Kadang kala anak-anak saudara sedekah duit dan beli macam-macam tapi dia malu jugak nak terima. Anak-anak sendiri tak pernah bagi.
PINJAM DUIT
Tetapi menyebabkan saya lagi sedih juga geram ialah anak- anaknya masih lagi menyusahkan hidupnya. Kadang-kadang minta pinjam duit ye. PTPTN pun tak mampu bayar. Nak minta suami bayar?
Jangan harap…..
“Hafiz, tak yah kahwin lah. Kalau kahwin cari perempuan yang kerja tau”. Kata makcik pada saya sambil ketawa. Pertama kali mendengar pesanan macam itu daripada seorang wanita tua. Kejadian dan pengalaman hidup menyebabkan dia berkata begitu. Walaupun kami banyak bergelak ketawa ketika berbual, tetapi saya tahu makcik susah hati.
Kepada perempuan, jika ada kelayakan, bekerja lah bantu keluarga. Janganlah mengenepikan ibu bapa dengan alasan taat suami. Your parents raised you up kan? They will be with you forever. Suami tu esok pun dia boleh cerai dan cari perempuan lain.
KASHOORGA: Kesimpulannya, sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki, tetap ada tanggungjawab pada ibu bapa.
Perkongsian PU Amin tentang bapanya begitu meruntun jiwa. Meskipun bapanya cacat penglihatan namun dia tidak pernah jemu-jemu menyebarkan dakwah. Mungkin benarlah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Patutlah PU Amin sendiri gigih menyebarkan dakwah meskipun dia dikecam hebat. Rupa-rupanya bapanya seorang insan yang begitu cekal menyebarkan dakwah meskipun cacat penglihatan.
Subhanallah betapa kagumnya dengan kesungguhan seorang insan yang meskipun kekurangan deria penglihatan namun tetap mahu terus menyebarkan ajaran agama. Berikut perkongsian PU Amin di laman Instagramnya.
Abah saya Mohd Noor. Seorang yang cacat penglihatan. Dia buta tapi hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel ke Pahang ke seluruh Malaysia untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al Quran di Brunei Darussalam. Matanya buta tapi boleh membaca Al Quran. Boleh menghafal Al Quran. Banyak buku braile dia buat untuk orang buta baca.
Kini walaupun diri dimamah usia, masih tak letih untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatahlagi kalau ada jenis menganjing OKU, masuk slumber toilet OKU. Jadi saya cepat tersentuh.
Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komuter, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tak dapat melihat itu menitiskan air mata. Pesannya, “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit….
Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak.
Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi kerana memiliki anak lelaki dan anak perempuan yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut Abby Abadi yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.
Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:
Hubungan keluarga yang akrab.
Menitikberatkan pendidikan agama.
Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.
Semoga terus kekal istiqamah dengan Al-Quran dan berakhlak dengannya.
Rancangan Famili Firdaus mengetengahkan selebriti yang mendidik anak-anak mereka ke arah didikan Islam yang sejati. Minggu ini Famili Firdaus menampilkan Norman Hakim dan Abby Abadi bagi berkongsi tip dan juga didikan kepada anak-anak mereka yang amat menitikberatkan soal pendidikan agama.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...