Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia menjadi perancangan Allah SWT yang tidak ketahuan oleh sesiapa pun.
Namun sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar dipermudahkan jodoh. Selebihnya atas ketentuan Yang Maha Esa.
Uniknya tentang jodoh. Sesungguhnya ia menjadi rahsia Allah. Sememangnya telah ditetapkan jodoh oleh Allah setiap kita. Allah hanya akan mempertemukan kita dengannya sebaik sahaja kita benar-benar telah bersedia.
Tidak semua berpeluang dipertemukan jodoh semudah yang disangka. Adakalanya terpaksa menanti bertahun-tahun.
Walau bagaimanapun percayalah bahawa setiap daripada kita punya jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Namun andai kata belum bertemu jua dengan jodohmu, mungkin belum masanya maka bersabarlah.
Banyak-banyakkanlah berdoa selain berusaha, selebihnya tawakallah kepada Allah moga-moga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.
TAK SANGKA JODOH DATANG
Ads
Adakalanya jodoh datang tanpa disangka. Inilah yang dinamakan ibarat bulan jatuh ke riba. Sesungguhnya jodoh sudah punya ketetapan dari Yang Maha Esa.
Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah sahaja untuk ketemu jodoh namun bagi mereka yang ‘liat’ jodohnya maka ada-ada sahaja halangan yang berlaku.
Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana jodoh begitu mudah datang mendekat.
Berikut perkongsian Fatimazry Al-bukhari yang dipertemukan jodoh tanpa disangka. Kini sudah lebih setahun wanita ini bergelar isteri.
Fatimazry Al-bukhari bertemu jodoh dengan suaminya apabila suaminya ‘terselit’ dalam sekeping gambarnya dengan rakan sekelas di hari graduasi.
Ads
Ketika itu masing-masing sedang konvo namun mereka tidak pernah kenal/jumpa antara satu sama lain walaupun study kolej yang sama.
“Sekarang tak tau macam mana tersesat termasuk dalam hidup saya. Cantik rahsia Allah aturan Allah. Bila dah jodoh tu macam mana cara pun Allah tetapkan…Alhamdulillah.. In Sha Allah akan sama-sama memperbaiki diri masing-masing.” Semasa konvo…saya diploma awak degree..
Mengimbau kembali kisah pertemuannya, kisah bermula ketika Fatimazry konvo pada tahun 2015. Ketika majlis konvokesyen, dia mengambil gambar bersama rakan sekelas. Pada keesokan harinya, dia update gambar di Facebook.
Si dia meninggalkan komen kerana ada gambar dirinya di dalam gambar tersebut. Bermula dari situlah mereka saling berbalas komen dan dilanjutkan lagi dengan chat di Facebook.
KENAL PUN TAK SEBELUM INI
Ads
Sebenarnya walaupun mereka satu kolej yang sama dan merupakan rakan dalam Facebook namun mereka tidak pernah berjumpa. Malah mereka sendiri tidak tahu yang mereka satu kolej. Fatimazry tinggal di Langkawi manakala si dia di Kuala Lumpur.
Ketika Fatimazry menemani sepupunya di Kuala Lumpur untuk membeli barang perkahwinannya, kebetulan si dia ada ketika itu. Maka dialah yang menjemput dan menghantar Fatimazry ke rumah sepupunya.
Tidak seperti pasangan bercinta yang lain, mereka tidak pernah declare yang mereka bercinta. Cuma…mereka selalu berwhatsapp bertanyakan tentang diri masing-masing.
Tidak lama kemudian si dia datang ke Langkawi bersama sepupunya untuk bercuti. Fatimazry tolong si dia dan sepupunya cari kereta sewa.
Sebenarnya sama ada Fatimazry mahupun si dia tidak pernah tahu bagaimana mereka boleh rapat sehinggalah si dia membuka mulut untuk meminang Fatimazry. Sebelum itu si dia ada datang berjumpa dengan ibu bapa Fatimazry.
Allah mempermudahkan urusan mereka berdua. Tanggal 15 April 2017, mereka bertunang. Oleh kerana hubungan mereka hubungan jarak jauh, Fatimazry di Langkawi manakala si dia bekerja di Kuala Lumpur maka boleh dibilang dengan jari berapa kali mereka berjumpa.
Pasangan ini akhirnya selamat disatukan pada 8 September 2017 diikuti majlis resepsi pada 9 September 2017. Mungkin inilah yang dinamakan keajaiban jodoh sesat. Memang tidak disangka-sangka, jodoh datang bergolek di depan mata.
Bagi Fatimazry dan pasangannya, minta didoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga. Aamiin….
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
1 – Solat Fardu 5 Waktu
Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.
Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
3 – Menjaga Kehormatan Diri
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
4 – Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Adat, budaya dan agama adalah perkara berbeza. Sesekali kita terkeliru kerana menyangka itu adat di dalam Islam sedangkan ia hanya satu adat atau budaya sahaja. Contohnya berinai, memberi hantaran dan banyak lagi yang dianggap sebagai sebahagian darinya.
Orang Melayu penuh dengan adat. Dan itulah yang membentuk jati diri orang Melayu hingga kini. Namun ada beberapa perkara tidak harus menjadi wajib seolah-olah ianya ajaran Islam.
Bacalah satu perkonsian mengenai masuk hutan di mana ramai di antara kita sering mengungkapkan perkataan Tok Nek Anak Cucu Tumpang Lalu. Buat mereka yang beragama Islam, hati-hati dengan perkataan diucapkan kerana boleh jadi syirik.
Perkongsian terutamanya untuk yang beragama Islam…
DI dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutamanya "Jin Kafir".
JANGAN sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini:-
"TOK, Cucu Tumpang Masuk Hutan Ye, Tolong Jangan Kacau!!"..
TOLONG Jangan Sekali-kali!! SYIRIK Hukumnya..!!
AMALKAN ayat ini ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali..
Sebaiknya, sebelum melangkah masuk hutan bacalah doa ini:-
"SALAMUN a'la sulaiman fil a'lamin" – MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Sulaiman.."
SESUNGGUHNYA Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. AMALKAN ayat itu, InsyAllah dengan izin ALLAH, tidak akan ada sebarang gangguan ke atas diri anda.
AMALAN doa yang ini juga sangat-sangatlah di galakkan dibaca terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam hutan.
Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim.
"DENGAN nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."
BARANG siapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad):
MARILAH sama-sama kita mengamalkannya. SENTIASA mulakan dengan bacaaan doa, bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan!!
DOA tambahan untuk mengelakkan dari haiwan buas atau binatang berbisa.
"SALAMUN a'la nuhin fil a'lamin" – MAKSUDNYA : "SALAM Sejahtera Ke Atas Nabi Nuh.." SEMOGA kita sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T tidak kira dimana jua anda berada. Aamiin.
Semoga Bermanfaat. Sumber : Amirul Iskandar
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Isteri bukan hamba, Fikry Ibrahim ketepikan soal kahwin demi ibu. ‘Ini masanya saya berbakti pada mak.’ Itulah luahan Fikry Ibrahim melalui sebuah perkongsian video baru-baru ini.
Benarlah bila melibatkan ibu, segalanya-galanya bukan lagi keutamaan bagi seorang anak. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon, Fikry Ibrahim.
Dalam pada itu, Fikry Ibrahim sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara dirinya dalam melayani karenah ibu tercinta.
Fikry juga mengakui kini, dia kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja demi ibu tercinta.
Malahan dalam video yang sama, Fikry menjelaskan dia rela tidak kahwin demi menjaga ibu dan terpaksa menolak tawaran lakonan kerana kebanyakan masanya lebih terarah kepada penjagaan ibunya.
Fikry Ibrahim Korbankan
“Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.
“Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara.
‘Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok.
Hal Kahwin Demi Ibu
Setiap anak rapat dengan ibu, begitu juga dengan Fikry. Sejdari kecil, ibunya rajin membawanya keluar. Walaupun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, dengan menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan .
“Sekarang ibu sakit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya. Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi.
“Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” luah Fikry lagi.
Siapa yang tak mahu miliki isteri dan berkahwin, begitu dengan pemilik nama Fikry ini.
.
“Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan.
“Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.
“Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujarnya lagi.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...