Hubungan

‘Ajak Kahwin Sebab Ikhlas Nak Tolong.’ Lelaki 24 Tahun Tak Kisah Diejek Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Anak 5

Share

‘Ajak kahwin sebab ikhlas nak tolong.’ Lelaki 24 tahun tak kisah diejek berkahwin dengan ibu tunggal anak lima. Benarlah kalau sudah jodoh, tak akan ke mana.

Siapa sangka, seusia 24 tahun lelaki ini bukan saja dikurniakan seorang isteri dan dalam masa yang sama dianugerahkan lima anak sekaligus.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Halalkan Hubungan, Saya Dan Suami Kahwin Awal.’ Ingatkan Belum Berpunya, Rupanya Ibu Beranak Tujuh

Ajak Kahwin

Malah lelaki berusia 24 tahun yang berkahwin dengan ibu tunggal anak lima tidak kisah diejek rakan kerana niatnya ikhlas untuk menolong wanita berkenaan.


Mohd Azmirullah Mohd Azan yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan Wan Nazihah Wan Awang, 47, mengakui pada mulanya merahsiakan perkahwinan mereka daripada rakan-rakan.


“Apabila saya beritahu (mengenai perkahwinan mereka) ada yang mengejek. Tapi, saya tak kisah dan ambil hati pun sebab niat saya bukan mahu bercinta sebaliknya saya ikhlas hati nak membantu.

“Apatah lagi kesemua anaknya masih bersekolah ketika itu. Selepas kahwin, ada juga yang anggap isteri adalah mak saya kalau kami keluar bersama. Cakap depan-depan pula tu. Saya okay saja,” katanya.

@geemie8599 #fypage #fypppppoppppppppppppppppシ #papamuda #jodohku #alhamdulillah❤️ ♬ bunyi asal – GEEMIEGAS

Sebab Ikhlas Nak Tolong

Menurutnya, sepanjang empat tahun berkahwin, isterinya banyak memberi tunjuk ajar terutama ketika berdepan orang sekeliling.


“Ini kerana ada saja yang toksik, tetapi pekakkan telinga. Dalam kalangan kedua belah keluarga, alhamdulillah okay saja.

“Pada awal perkahwinan memang kekok, apatah lagi anak sulung sebaya saya. Anak lelaki seorang saja yang bongsu, jadi dia memang manja dengan saya.

“Ketika ayahnya meninggal dunia, dia baru berumur setahun. Tidak merasa lagi kasih sayang daripada ayah. Alhamdulillah, semua anak menghormati saya dan mereka panggil papa,” katanya.

Baca Di Sini:

Bekas Isteri Kahwin Lain, Bapa Barulah Sara Anak. ‘Sepatutnya Siapa Punya Anak, Dialah Bagi Nafkah.’

Beratnya Ujian Allah. ‘20 Tahun Kahwin, Ada 8 Anak, Tetapi Timbul Perasaan Cinta Suami Pada Wanita Lain.’

Lelaki 24 Tahun Tak Kisah Diejek

Lima anak isterinya berusia antara 24, 20, 17, 14 dan sembilan tahun. Menurutnya, dia kini meneruskan perniagaan yang pernah diusahakan Allahyarham suami isterinya iaitu menjual gas.

“Menjual gas ini adalah perniagaan isteri. Selepas kematian suami, macam-macam perkara berlaku. Jadi, selepas berkahwin saya teruskan perniagaan ini. Saya sendiri buat kerja, bawa lori dan menaikan semula perniagaan ini.

“Sebelum ini pun saya kerja kampung juga. Tidaklah senang. Kiranya, apabila bersama isteri kami sama-sama susah dan sama-sama senang. Hampir 24 jam saya bawa isteri bersama,” katanya.


Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Anak 5

Selain meneruskan perniagaan, Mohd Azmirullah yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan melaksanakan amanat Allahyarham untuk menghantar semua anak ke pusat tahfiz.


“Arwah pesan, semua anak-anak kena masuk tahfiz. Alhamdulillah, yang sulung dan nombor dua sudah tamat pengajian. Sekarang, yang ketiga dan keempat masih belajar.

“Sementara yang bongsu, Insya-Allah tahun depan. Anak sulung juga bakal berkahwin tahun depan,” katanya.

Terdahulu, kisah perkahwinan Mohd Azmirullah yang dikongsikan di TikTok menjadi tular hingga mencecah 1.7 juta tontonan.

Perkahwinan Yang Diharamkan Dalam Islam:

Kashoorga : Paling penting ahli keluarga semua dapat menerima “ayah muda” barulah kebahagiaan dapat dikecapi.

Sumber : myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Nur Syazwani Mehat