Kita sedia maklum kemelut pembahagian faraid ke atas harta pusaka antara keluarga Allahyarham Abam Bocey dan balunya telah berlarutan lama dan tular di media sosial.

Lebih menyedihkan, media sosial menjadi medan kedua belah pihak mempertahankan hak masing-masing.

Akhirnya Kemelut Pembahagian Faraid Ternoktah. Balu Abam Lega.
Semoga Hidayah cekal mengharungi dugaan.

Keadaan dihangatkan pula baru-baru ini apabila berlaku tuduhan daripada adik Allahyarham iaitu Ali Puteh tentang usaha balu mengeluarkan wang RM10,000 dari akaun arwah untuk kegunaan peribadinya.

Dan tuduhan tersebut dinafikan yang mana wang dikeluarkan adalah untuk kegunaan anak Allahyarham dan dia tidak menggunakan sesen pun untuk kegunaan peribadi. Tidak kurang juga dengan tuduhan yang mengatakan kereta mewah milik arwah ditarik namun ia dinafik oleh Hidayah.

Namun, Alhamdulillah, akhirnya kemelut pembahagian faraid ini menemui titik noktah. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah putuskan pada hari ini, 10 September 2020 pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Sebagai rekod, tuntutan faraid ini telah difailkan oleh Nor Hidayah pada 15 Julai lalu,

IKLAN

Memetik sumber berita arus perdana, balu Allahyarham, Nor Hidayah, 28, memaklumkan bahawa pembahagan faraid merangkumi rumah, kereta, wang tunai, jam tangan, kamera, telefon bimbit dan barang peribadi lain peninggalan Allahyarham suaminya. Namun untuk penjagaan anak, ia belum diputuskan lagi.

Mengulas lanjut, Hidayah bersyukur kes ini dapat diselesaikan dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

IKLAN

Dan beliau juga tidak kisah apabila prosiding mahkamah yang diadakan secara tertutup hari ini tidak dihadiri oleh keluarga arwah suaminya kerana pembahagian faraid telah ditetapkan secara adil.

Memandangkan ibu mentua tidak hadir dalam prosiding pembahagian faraid, pihak mahkamah juga telah menetapkan tarikh baharu pada Oktober nanti bagi membolehkan ibu mentuanya, Sabariah Arshad mendengar prosiding hadanah (hak penjagaan anak) pula.

IKLAN
Akhirnya Kemelut Pembahagian Faraid Ternoktah. Balu Abam Lega.
Hamzah, anak tunggal bagi pasangan ini.

Bagi Nor Hdayah, beliau snagat mengharap agar ibu mentuanya dapat hadir bagi memastikan semua proses tuntutan diselesaikan dengan baik.

Kashoorga: Semoga kisah yang melanda keluarga Allahyarham Abam Bocey ini menjadi pengajaran buat kita.

Ia sesuatu yang menyedihkan apabila banyak keaiban keluarga timbul sehingga menjadi fitnah besar dan mengheret netizen ke kancah kemelut yang tidak sepatutnya mereka tahu dan libatkan diri dengan pelbagai komen dan kata nista.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas r.a, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda,

”Bahagi-bahagikanlah harta warisan itu kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), sedangkan sisanya adalah untuk laki-laki yang terdekat dengan orang yang meninggal. (5:59- Sahih Muslim)

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI