“Aku Bukanlah Anak Dari Golongan Bangsawan, Cuma Anak Ahli Majlis” -Niat Bantu Orang, Lelaki Ini Tawar Khidmat Van Jenazah Percuma

Share

Tidak dinafikan, lain orang lain cara pemikirannya. Jika orang lain lebih gemar memilih pekerjaan yang popular, senang dan tidak perlu bersusah payah ataupun suatu yang menakutkan.

Tetapi bagi lelaki Abu Erhan ini mahu lari dari kebiasaan. Memilih suatu pekerjaan yang tidak pernah orang lain terfikir untuk melakukannya, iaitu membawa van jenazah.

Malah dia bukan sahaja si pembawa van jenazah berkenaan, tetapi juga menawarkan perkhidmatan membawa jenazah secara percuma.

Menurut perkongsian di laman sosial Facebook, dia memberitahu dirinya bukanlah anak dari golongan keluarga bangsawan tetapi hanyalah anak dari seorang pekerja majlis perbandaran di Taiping.

Menyediakan perkhidmatan jenazah secara percuma.

Dia juga memberitahu cuba berusaha untuk mengubah nasibnya dan keluarga. Bagi dirinya tidak mustahil untuknya menjadi insan yang ingin berjaya.

Ternyata perkhidmatan membawa van jenazan secara percuma ini tidak dikenakan sebarang bayaran kecuali tol dan minyak sahaja (jika berada di luar kawasan sekitar). Dia juga boleh dihubungi tidak kira masa dan tempat.

Setakat ini, dia sudah membawa 67 jenazah dari Taiping, Kedah, Kuala Lumpur, serta Pulau Pinang dan kejayanya ini dianggap sebagai fardhu kifayah.

Menurutnya juga, dia berterima kasih kepada waris yang memberi sepenuh kepercayaan untuk membawa jenazah hinggalah selamat disemadikan.

Encik Abu Erhan.

Ternyata pekerjaan yang dilakukan lelaki ini sangat mulia. Biarpun orang lain lebih gemar bekerja dalam suasana sejuk dan tidak berpanas, dia memilih untuk menyempurnakan jenazah yang kebanyakannya adalah warga emas.

AKU BUKANLAH ANAK DARIPADA GOLONGAN KELUARGA BANGSAWAN TAPI AKU ADALAH ANAK DARI SEORANG PERKERJA MAJLIS PERBANDARAN TAIPING .

AKU CUBA BERUSAHA NAK MENGUBAHKAN NASIB AKU DAN KELUARGA AKU INSYAALLAH BAGI DIRI AKU TIADA YANG TAK MUNGKIN PADA SEORANG INSAN YANG INGIN BERJAYA.

INSYAALLAH ALLAH SWT SENTIASA BERADA BERSAMA ORANG-ORANG YANG INGIN BERJAYA AMIN AMIN

Published by
Siti Zurina