Setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza. Seperti perkongsian seorang guru ini ketika melawat sebuah sekolah di ibu kota. Ternyata kehidupan penghuni di dalamnya tidak seindah pelajar di sekolah lain.

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita bahawa ada insan lain makhluk Allah yang juga berhak menikmati keindahan bumi Allah ini.

Mereka yang digelar anak gelandangan ini begitu rajin menimba ilmu walaupun bukan untuk bergelar doktor, engineer ataupun pilot. Tetapi sekadar untuk mengenal kehidupan dan mengetahui ‘dunia sebenar’ serta ‘update diri’.

Secebis kisah hidup di kota metropolitan.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.(SBJK)

Sebenarnya dah lama nak berkongsi pengalaman satu lawatan Majlis Guru Kaunseling Gombak ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ni. Satu pengalaman yang sangat terkesan di jiwa. Tetapi, tak tergambar dek kata-kata, tak terluah dengan perkataan yang sepatutnya.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ialah sebuah sekolah yang terletak di Chow Kit. Yes, kat Chow Kit ada sekolah. Sekolah ni sangat unik, malah ianya yang pertama di dunia di bawah pengurusan sebuah kementerian kerajaan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau di negara lain, sekolah begini di bawah pengurusan NGOs.

“Aku Malu Sangat Dengan Allah” – Guru Ini Sebak Lihat Kegigihan Anak Gelandangan Yang Gigih Timba Ilmu

Sekolah anak-anak jalanan

SBJK adalah sekolah anak-anak ‘jalanan’. Lebih kurang 50% daripada muridnya tak ada dokumen pengenalan diri dan mereka adalah warganegara Malaysia, samada ibu atau ayah warganegara atau keduanya. Murid-murid berusia dari umur 4 tahun hingga 19 tahun. Waktu persekolahan bermula pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Kelonggaran masa datang diberikan. Tiada uniform. Untuk tidak membebankan ibu bapa. Tetapi masa kami melawat tu, almost 80% proudly pakai tshirt sekolah.

Murid diberikan makan percuma sebanyak 4 kali sehari. Dan kebanyakannya, ini lah sebab mereka datang sekolah. For free food. Ada murid yang makan, hanya pada waktu sekolah, berlapar sepanjang malam, dan makan next meal kat sekolah esoknya.

Dalam gambar ke 2, itu ialah pengetua SBJK. I would give him a big salute. Dia memang otai betul, boleh handle this school. You can google his name, En. Zulkernai Fauzi. Banyak artikel-artikel berkenaan beliau dan SBJK all over the web.

SBJK dibuka pada Ogos 2013, En. Zulkernai dilantik menjadi Pengetua SBJK pada Oktober 2013 hingga sekarang. Pada awal pelantikan, En Zulkernai pernah menyamar menjadi gelandangan untuk mendalami dan mendekati kehidupan anak-anak gelandangan ini.

Terletak di kawasan Chot Kit terkenal dengan ‘Black Area’

Kawasan Chow Kit memang terkenal dengan ‘black area’. Kalau pernah tengok cerita KL Gangster, macam tu lah keadaan di sana. Kawasan tu ada 3 gang yang ‘jaga’. Masa mula-mula buka sekolah tu, ada gang minta duit perlindungan. RM5k sebulan. Celah mana sekolah tu nak cekau. Ada juga kes gangster cekak leher cikgu dan budak sekolah. Isu apa tak pasti.

IKLAN

Otai tak otai Pengetua tu, dia minta kerjasama otai-otai lama kawasan untuk panggil 3 ketua gang meeting kat sekolah. Dia berjaya convince depa untuk bagi kerjasama. Dia convince depa, dia hanya cikgu, yang nak tolong anak-anak kawasan situ, sekolah tak ada profit, dia cuma nak cikgu-cikgu dan murid-murid pergi dan balik sekolah selamat.

Kalau sekolah lain, ibu bapa yang cari sekolah untuk anak-anak. Tapi sekolah ni, cikgu-cikgu yang keluar sekolah cari murid-murid. Malam-malam, pengetua dan cikgu-cikgu masuk ‘lorong’ untuk cari anak-anak dan pujuk ibu bapa hantar ke sekolah. Masa ni, dapat kerjasama NGOs dan wakil-wakil gangster untuk ‘masuk kawasan’. Boleh bayangkan keadaan macam cerita Nur tu. Cuma tak ada ustaz Adam je lah. Huhu..

Pengetua tu pernah masuk kawasan maknyah. Kena raba teruk kata dia. Hadap ja lah..sementara nak sampai jumpa ketua maknyah tu. Ketua Maknyah senang bagi kerjasama, katanya. Dia yang saiko nyah yang ada anak ni hantar anak pergi sekolah.

Pengetua ni juga jumpa mak-mak dan bapa-bapa ayam. Beli ayam nak buat gulai. Hehe.. Tak lah. Convince sebab yang sama. Ada juga budak-budak dia jumpa hasil maklumat orang.

“Aku Malu Sangat Dengan Allah” – Guru Ini Sebak Lihat Kegigihan Anak Gelandangan Yang Gigih Timba Ilmu

Anak-anak gelandangan

Murid-murid SBJK terdiri daripada anak-anak fakir miskin yang tak mampu nak sekolahkan anak, seperti gelandangan, anak-anak pelacur, anak-anak penagih dadah, pengedar dan sebagainya. Dan yes, diorang semua sebenarnya warganegara Malaysia yang terpinggir oleh masyarakat. Diorang rasa sangat hina untuk masuk dalam masyarakat.

Ada yang umur 9, 10, 11 tahun, dah bekerja di pasar chow kit, kutip-kutip kotak, tin untuk survive hidup. Ada yang menjadi ‘ketua’ keluarga sebab ayah dah masuk penjara, menagih dadah (dan tak guna hidup), terlalu miskin. Ada yang umur 15 tahun dah mula melacur, to survive. Yang dah beberapa keturunan melacur dari nenek ke mak ke anak pun ada.

Kisah anak pelacur, ada dari lahir, bersama ibu masa bekerja. Pastu dah besar sikit, kena tunggu dok luar pintu sementara ibu bekerja.

IKLAN

Ada seorang ni, umur dalam 8 atau 9 tahun, aku sembang dgn dia masa makan sama-sama, dia tinggal kat lorong haji taib 1. Datang sekolah awal (bangga dia cerita). Jalan kaki. Aku tanya la pukul berapa datang. Pukul 4.30 pagi.  Sabo je lah nak.. Tak agak2 awal tu. I dun ask pasal parents dia. Sensitive question to ask them. Tapi paham2 sendiri ja la.

Tinggal bawah jambatan, kaki lima…

Budak-budak ni ada yang tinggal bawah jambatan, kaki lima, bilik sewa kecil sangat (besar lagi bilik ayaq rumah hang), rumah tumpangan dan lain-lain. Kat sekolah ni, sistem pembelajaran fun learning. Ajar asas membaca, mengira, menulis. Ajar agama, ajar kemahiran. Ada studio muzik, ada kelas memasak, kelas bertukang, dan sebagainya. Yang prasekolah ja, pakai silibus sama prasekolah biasa.

Target sekolah tu bukan akademik. Biarlah murid sekolah lain jadi doktor, engineer, pilot segala. Mereka harap budak-budak tu dapat keluar dari dunia kecil mereka, dapat masuk masyarakat, dapat upgrade diri sendiri. Kalau pun dapat kerja fastfood, bengkel, dah sangat berbangga, sebab diorang dah sama level budak sekolah biasa,dari kehidupan dan keluarga normal.

Kalau tengok budak-budaknya, Allahu akbar, sama macam anak-anak kita. Bermain, gembira, berlari sana sini, bercerita beriya. Dan jangan tak tau, sangat berbudi bahasa masing-masingnya. Pakaian pun bersih dan kemas.

Pengetua cerita, awal-awal tak macam tu. Dengan comotnya, busuk jangan kata la. Asyik ‘hilang’ dari radar aje. Sebab tak biasa kan. Takut sangat nak masuk masyarakat. Cikgu-cikgu kena mandikan dulu awal tu. Ajar pengurusan diri. Bagi tshirt, buku.

Ada satu tahun ni, sekolah nak bawa murid-murid beli baju raya, sebab nak sambut raya. Ada seorang budak, umur 15 tahun tanya, raya tu apa? Sedih kan.. Selama hidupnya, raya tu hanya just another day pass by. Kat sekolah tu tak ada darjah atau tingkatan. Tapi ada asing rendah dan menengah. Dan diasingkan ikut tahap masing-masing.

“Aku Malu Sangat Dengan Allah” – Guru Ini Sebak Lihat Kegigihan Anak Gelandangan Yang Gigih Timba Ilmu

Ada yang umur belasan tahun, baru nak kenal huruf dan nombor. Walaupun KLCC depan mata, jejak kaki pun tak pernah. Sebab kan tak ada dokumen. Memang takut nak keluar dari situ. Cikgu-cikgu pun buat lah school trip pergi klcc, zoo dan ke negeri-negeri lain. Pengetua tu kata, budak-budak ni lebih ‘asli’ daripada anak orang asli. Punya peghaknya keluar tengok dunia.

IKLAN

SBJK memang istimewa. Anak-anak istimewa. Guru-guru pun istimewa. Sudahlah mengajar anak-anak di sekolah, ada pula program-program sukarela buatkan tuisyen membaca mengira untuk anak-anak jalanan malam-malam. Itu tak kira lagi, program-program kemasyarakatan yang sekolah buat untuk penduduk sekeliling, macam sukan rakyat, sembelih korban, dan lain-lain. Memang lah ada banyak kerjasama NGO segala, tapi pengorbanan tenaga, masa tu memang aku tabik lah.

Semoga Allah balas segala kebaikan

Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan kepada setiap mereka yang terlibat dengan kesihatan, kebahagian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, memang aku dan rakan-rakan yang lain sangat terkesan dengan lawatan kali ni. Terlalu sedikit ujian kita hadap berbanding apa yang mereka ni lalui. Apa lah sangat anak menyepah rumah, apa lah makanan tak kena tekak, apa lah sangat tak ada baju nak ootd, apa lah tak ada sambutan birthday, apa lah sangat dugaan kita ni??

Being there, knowing them, aku malu. Aku malu dengan diorang. Aku malu dengan diri. Aku malu sangat dengan Allah.

Aku ada mak, aku ada ayah, ada 2 pulak tu. Ada 3 masuk mertua. Ada 4 masuk mak ayah angkat kat kepong. Budak-budak tu ayah pun tak tau sapa. Kalau ada pun, tah boleh bergantung harap ke tak.

Kita ada semua… Kalau banding dengan depa.

– Cikgu Nasrah –
18 Ogos 2019
1.20 am.
Bismillah..

“Aku Malu Sangat Dengan Allah” – Guru Ini Sebak Lihat Kegigihan Anak Gelandangan Yang Gigih Timba Ilmu

Kenyataan Cikgu Nasrah mengenai Sekolah Bimbingan Kasih tersebut mempunyai kebenaran dan tindakan telah,sedang dan akan diambil oleh pihak berkepentingan kpm,bandaraya,ngo,koporat,swasta dan lain-lain lagi untuk membantu para pelajar dari komuniti berkaitan. Ucapan tahniah dan syabas kepada En Zulkarnain pengetua,En Roslan Timbalan pengetua dan para guru serta staf SBJK.Saya mengenali En Zulkernain dan En Roslan yang berpengetahuan dan berpengalaman yang pernah berkhidmat dibahagian KPM Putra jaya dan saya pernah membuat lawatan kerja pada tahun 2017 lalu.

Daripada
Datuk Hj Jemale Bin Paiman
Timbalan Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.
Mantan Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.
Terminal Bas Selatan
8September 2019

SUMBER: FACEBOOK NASRAH YANG

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI