‘Akui cuai tinggal card debit, saya halalkan wang yang telah dibelanjakan.’ Mencuri harta orang wajib kembalikan, ini pesan UAI (Ustaz Azhar Idrus).
Mengambil hak orang lain tak kiralah duit, makanan, kad bank atau apa saja tanpa izinnya memang dilarang agama.
Malah jika kita bertaubat sekalipun, kita harus pulangkan barang yang kita ambil. Jika tidak taubat kita pun tak diterima kerana kita pernah mencuru harta orang lain.
Semalam tular di Facebook sebuah video yang memaparkan seorang wanita selamba menggunakan kad debit milik orang lain yang tertinggal di atas menu restoren tersebut. Ramai warganet menyelar tindakan wanita tersebut.
Ini posting pertama pemilik kad debit tersebut. Kongsinya:
Minta tolong carikan pasangan suami isteri dalam video (dalam ruangan komen) & gambar. Perempuan pakai tudung biru & lelaki pakai baju merah. Anak 3 orang.
Semalam saya makan di Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan JDT dan Persis Solo. Saya baju putih. Debit card tertinggal di atas menu.
Ads
Pencuri (pakai tudung biru) selamba TAP pakai card debit saya untuk beli burger.
Kalau sesiapa kenal minta hubungi saya ya. Sebab kad itu dia ada pakai dekat tempat lain juga sebelum saya sempat blok.
Saya Halalkan
Tak lama kemudian, atas kuasa viral masalah ini dapat diselesaikan. Ini pula posting kedua apabila pemilik kad tersebut menemui pesalah.
Satu tindakan yang harus dipuji apabila pemilik kad yang dikenali dengan nama Arzaim Barimin mengakui kesilapannya yang cuai dan menghalalkan wang yang dibelanjakan setelah mendengar cerita sebenar.
Mencuri Harta Orang
Salam. Selamat semua
Saya owner card debit tersebut. Kes sudah selesai ya. Saya akui silap saya cuai. Selepas selesai bayar ambil gambar menu, cadang nak beli untuk sarapan dengan wife esoknya.
Boleh pulak kad debit itu sama warna dengan buku menu. Saya terima notifications dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sebab amount besar.
Ads
Wajib Kembalikan
Pesalah ada call saya petang tadi selepas video tersebar. Kami sudah jumpa di Puteri Harbour tadi pukul 9 malam.
Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya empat kali. Dua kali beli burger Woodfire dan la gi dua kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa itu.
Katanya duit yang digunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dengar penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yang di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya sudah terima refund dari Woodfire.
Terima kasih Woodfire & JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai. Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu. Minta jadikan pengajaran untuk semua.
Ini Pesan UAI
Menerusi perkongsian lain, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum mengambil hak orang lain:
Dulu ketika kecil pernah mencuri barang milik orang. Jadi macam mana saya nak selesaikan sekarang. Adakah perlu saya anti dengan jumlah yang sama?
Ya benar, kalau baran itu ada lagi, wajib pulang barang. Sebagai contoh dahulu kita curi cincin kawan kita, kira-kira 10 tahun yan lalu dan cincin tersebut masih ada di rumah.
Maka taubat kita tak sah selagi kita tak pulangkan cincin tersebut pada tuannya. Wajib pulangkan balik kerana taubat dalam bab ambil harta orang ada empat syarat. Tambah syarat yang ke-empat ialah pulang balik harta haram tadi.
Ada segelintir orang sudah bertaubat, tapi cincin tersebut sayang nak pulangkan sebab sudah lama pakai. Jadi taubatnya tidak akan diterima.
Mungkin nampak seperti perkataan biasa di bibir mereka namun tidak pada pendengaran orang lain. Terlalu memandang biasa hal yang luar biasa hingga menghilangkan adab khususnya dalam berbicara adalah satu budaya memualkan pada anak muda hari ini.
Berbicara ada adabnya. Sebaiknya berpikir dahulu sebelum berbicara. Ini sesuai dengan sebuah hadits dari Bukhari-Muslim yang menyebut:-
“Lisan orang memiliki akal timbul dari hati nuraninya. Maka saat ingin berbicara, lebih dahulu dia kembalikan kepada nuraninya. Jika ada manfaat bagi dirinya, dia berbicara dan jika berbahaya, maka dia menahan diri. Sementara itu, hati orang bodoh berada di mulutnya, dia berbicara sesuai apa saja yang dia mahu.” (HR. Bukhari-Muslim).
Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin yang juga seorang Naib Juara Ustazah Pilihan Astro Oasis 106 dan kini bergelar pendakwah berkongsi satu kerisauan tentang adab berbicara anak muda di mana berdasarkan pemerhatiannya di sebuah kedai makan, anak gadis sentiasa mengungkupkan perkataan bodoh tanpa sebarang rasa malu tentang perkataan itu disebut. 30 minit dirinya duduk di kedai makan itu, 30 kali perkataan itu keluar dari anak gadis zaman ini.
Baca perkongsiannya.
Hampir 20 minit saya memesan makanan, menunggu makanan dan menikmati makanan, sehingga berlalu 10 minit selepas selesai makan.
Begitulah tempoh 30 minit saya duduk dan telinga saya dihinggapi PERKATAAN BODOH yang menjadi selang seli percakapan pemudi-pemudi ini.
Indah mungkin bagi mereka, setiap dialog di sudahi dengan perkataan BODOH
Setiap ayat pernyataan juga diperlu dihiasi dengan perkataan BODOH
Panggilan nama rakan juga diakhiri dengan panggilan manja BODOH.
MANALAH GENERASI TAK MENJADI MAKIN BODOH.
hiasan perkataan yang kalau di rumah saya disebabkan perkaataan ini pun AYAH dan MAMA kata, manisnya bicara (didikan mama dan ayah)
Mungkin ibu bapa mereka tidak seperti mama ayah saya yang rela perkataan itu menjadi sebahagian darah daging anak mereka.
Merekalah generasi yang akan mendidik generasi akan datang. Yang sentiasa lekat dengan perkataan BODOH di bibir mereka.
Kalian boleh bayangkan, kalau mereka menjadi ibu dan ayah.
Baby mereka akan mendengar berapa kali perkataan BODOH dari mulut mereka setiap hari.
Saya duduk 30 minit
Dengar 30 kali BODOH
Baby mereka akan mendengar 1080 kali perkataan BODOH dari ibu ayah muda ini, 10 tahun akan datang.
Memang suatu budaya yang merosakkan
Memang suatu budaya yang menghilang nilai KEBIJAKSAAN sebuah bangsa.
Dan itulah generasi anak-anak kita, anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.
Sejak semalam tular di media sosial sepucuk surat dari Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur kepada pengendali syarikat pelancongan yang hanya membenarkan empat jenis vaksin diberi kebenaran memasuki negara tersebut untuk menunaikan umrah dan haji (untuk musim haji tahun hadapan). Walau surat itu tidak kelihatan tarikh ia dikeluarkan) namun ia dinyatakan tulen kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sudah mengulasnya dalam siaran berita Tv3 semalam.
Antara jenis vaksin yang diiktiraf adalah Pfizer Bontech, Moderna, Johnson dan AstraZeneca manakala penerima vaksin Sinovac tidak tersenarai dalam senarai dikeluarkan.
Jelas isu ini mendapat perhatian penerima-penerima vaksin jenis ini kerana melihat peluang untuk menunaikan haji dan umrah “tersekat” kerana mereka sendiri tidak mempunyai pilihan ketika menerima suntikan. Ia sesuatu yang sangat menegcewakan kerana ramai yang rindukan suasana damai di bumi barakah itu.
Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli yang menyedari keresahan hati kalangan penerima vaksin tersebut dalam temuramah di TV3 memaklumkan Malaysia akan membuat rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi berkaitan hal ini.
Jelasnya ketika berkunjung ke Arab Saudi pada Ramadan lalu, Kerajaan Arab Saudi hanya memberi kebenaran kepada dua jenis vaksin sahaja iaitu Pfizer dan AstraZeneca tetapi kini jumlah itu sudah naik kepada empat iaitu tambahan dua lagi jenis vaksin selepas merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan vaksin tersebut.
Diharap penerima vaksin jenis Sinovac tidak berasa risau kerana usaha sedang dibuat.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Penonton sekarang sangat islamik, tahu soal batas.’ Tolak adegan terlampau mesra, Alif Satar bukan acah alim kerana dia sendiri akui sebagai indvidu yang mengamalkan cara hidup Islam, kita tahu hukum.
Malah dalam masa yang sama, buat masa sekarang dia bukan hanya perlu fikirkan persembahan dan penyampaian yang terbaik untuk penonton. Sebaliknya perlu memikirkan risiko lakonannya kepada keluarga dan anak-anaknya.
Pelakon dan penyanyi Alif Satar tidak akan melakukan babak berpelukan atau aksi terlampau mesra bersama pelakon gandingan dalam setiap karya yang dibintangi.
Menurut Alif yang baru saja membintangi drama Bisik Pada Hati di samping aktres Ummi Nazeera dan Zara Zya, setiap adegan berat tidak semestinya perlu dilakukan dengan babak-babak yang boleh mengundang kontroversi atau kecaman.
Tahu Soal Batas
“Sebagai individu yang mengamalkan ajaran Islam dan baru saja selesai bekerjasama dengan Ummi dan Zara, naskhah yang dibintangi adalah bukti yang kami tidak perlu melakukan babak yang berlebih-lebihan untuk merealisasikan watak sebagai pasangan suami isteri.
“Walaupun babak suami isteri agak rumit untuk dibawakan, ditambah pula ada babak malam pertama membabitkan saya dan Zara, namun semuanya boleh di atasi dengan simbol atau dialog untuk memberi imaginasi kepada penonton.
Tolak Adegan Terlampau Mesra
“Mungkin komen saya ini akan ada yang mengatakan saya acah-acah alim, tapi terpulang kepada pendirian pelakon lain. Saya tidak menghakimi dan kalau mereka rasa itu adalah keputusan terbaik, silakan.
“Cuma ini adalah pendirian saya dan apa yang boleh saya buat. Setakat pegang tangan ketika babak sambut pelakon wanita yang terjatuh saya rasa tiada masalah kerana masih berlapik dan babak itu memang perlu dilakukan sebegitu,” katanya.
Menurut Alif, pengarah adalah tunggak utama dalam menentukan limit kepada setiap pelakon bagi menjayakan watak yang dipertanggungjawabkan.
“Sekarang ini penonton kita sangat Islamik dan tahu soal batas. Kita boleh tahu dengan hanya membaca komen-komen netizen di media sosial apabila kurang senang dengan babak-babak yang dianggap keterlaluan.
“Tidak dinafikan saya seboleh mungkin nak berikan persembahan yang terbaik dalam menghidupkan sesuatu karakter tapi hakikatnya saya kena fikir risiko pada masa depan, lebih-lebih lagi saya sudah berkeluarga dan ada anak-anak yang semakin membesar,” katanya.
Kashoorga : Bila kita kreatif, tanpa babak yang mesra dan panas sekalipun sesebuah karya mampu dihasilkan dengan baik jika kena penyampaiannya.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...