
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Slam, sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air dan boleh diklasifikasikan dalam kategori `growth. Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Shah Slam merupakan pemain gitar utama dan ketua kepada kumpulan Slam.
Sebelum menubuhkan Slam, Shah merupakan salah seorang pemain gitar kumpulan Exist (kini Exists) yang mula mencipta nama dengan lagu Untukmu Ibu pada tahun 1991. Itu serba sedikit latar belakang Shah. Hingga kini Shah masih aktif dalam dunia muzik namun apa yang mencuri perhatian ialah cara dia mendidik anak-anaknya.
Melalui perkongsian Shah di Instagramnya, Shah dilihat begitu menitikberatkan soal pendidikan agama. Malah suara Shah juga merdu di dengar mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Ulangkaji as sajdah.. saja je papa baca salah2 nak test Rania alert ke tak khihih..
https://www.instagram.com/p/By2Pw9PB53A/?utm_source=ig_web_copy_link
Ulangkaji surah al kahfi dgn Rania @hsyrania .. klau berdua dlm kete dgn dia suka revised balik surah2.. dia dah hafal tp asyik main henpon je bnyk lupa dah..hmm.. jom amalkan
https://www.instagram.com/p/Bq6yUZPBdq8/?utm_source=ig_web_copy_link
Dalam sibuk-sibuk dengan dunia nyanyian, Shah masih tetap luangkan masa dengan anak-anaknya. Melayan dan menyantuni anak-anak dengan penuh kasih sayang. Moga apa yang dikongsikan oleh Shah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak mendekati agama Islam.

Sumber kredit: Shah Slam II
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sebak Baca ‘Nukilan Perpisahan’ Yang Ditulis Anak Lelaki Ustaz Azli Taliban

Berita mengenai pemergian Aktivis Muslim Care Malaysia dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, 52, dimaklumkan ahli keluarga dan rakan yang turut bersamanya mengerjakan umrah di sana. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban ke Madinah sejak 2 Mac lalu untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya selain bagi menghadiri konvokesyen anaknya di Universiti Madinah.
Meninggal dunia di Madinah pada 5.30 pagi waktu Malaysia atau 12.30 tengah malam, waktu tempatan pada tanggal 12 Mac, pemergiannya cukup indah. Perginya di bulan Rejab, di Kota Madinah Al Munawwarah ketika menunaikan ibadah umrah.
Pastinya ia satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azli terutama anak-anaknya. Berikut catatan yang menyentuh jiwa daripada anak lelaki Allahyarham Ustaz Azli.
Nukilan Perpisahan Buat Abi Tersayang.
“Akir, jangan macam itu”
“Akir, kenapa buat macam tu”
“Akir, kena buat macam ini”
Demi Tuhan belum masih cukup aku belajar dan dididik oleh abi. Masih belum puas rasanya aku berbakti berbuat ihsan pada abi. Banyak perkara lagi yang aku perlu belajar. Mahu belajar. Berpisah dari keluarga sejak di bangku menengah benar benar mengusik perasaan kesal dan rasa masih belum cukup berbakti. Baru sahaja haritu aku berbual dengan rakan rakan tentang ke mana hala tuju kami selesai belajar, dengan selamba aku menjawab,
https://www.facebook.com/dragonbooster96/videos/10205975289897049/
“Aku nak kerja dekat perak sahaja nanti. Cukuplah dulu berjauhan dengan keluarga. Ini masa untuk aku balas dan berbakti pada Umi dan Abi”
Demi Tuhan, Abi merupakan insan yang luar biasa. Semangat dan kesungguhannya dalam dakwah dan perjuangannya sedikitpun tidak mengabaikan kami ahli keluarga. Makan minum kami, segala kelengkapan kami sentiasa diambil kira biarpun kadang kadang abi terpaksa outstation 3-4 hari ceramah sana sini atau mengikuti misi kemanusiaan sana sini.
TIDAK DIDUGA
Pemergian abi sangat tidak diduga. Kerana abi langsung tidak menunjukkan tanda sakit atau kepenatan. Yang aku dapati senyum dan kegembiraan terpatri di wajahnya sepanjang berada di sini.
Masih aku ingat antara jenaka yang selalu beliau modalkan dalam tour ceramah ceramahnya dahulu,
“Kita berjuang untuk Islam ini kena banyak juga berkorban. Saya sendiri sampai keluar malam balik bila jumpa anak, anak takut ingatkan benggali mana”
dan seperti biasa jenaka abi jarang tidak mencuit hati.
Sejak dari semalam tidak putus putus orang menceritakan jasa abi buat umat islam. Bukan sahaja dalam urusan agama, abi juga telah buktikan dengan imej serban dan janggut abi juga mampu menyumbang jasa dalam sukan, dalam misi misi kemanusiaan. Demi Allah tuhan pemegang nyawa, kami semua menjadi saksi atas kebaikan abi.
Menguruskan jenazah abi menjadi momen paling berharga dan kritikal buat aku. Benar air mata ini sukar ditahan. Air mata rindu dan gembira bercampur baur turun sepanjang menguruskan susuk jenazah abi. Rindu kerana tiada lagi susuk tubuh yang sentiasa memberi tunjuk. Gembira kerana abi dijemput Allah di tempat kekasihNya, di tempat Baginda menjanji syafaat, dibangkitkan bersama Kekasih Rasulullah SAW, dan para sahabat. Benarlah sabda nabi kita semua akan dibangkit dengan siapa kita sayang.
ABI SANGAT SAYANGKAN AGAMANYA
Abi sangat sayangkan agamanya. Oleh sebab itu abi sayangkan kami ahli keluarga dengan agama. Bab agama paling dijaga dan diambil berat.
Abi sangat sayangkan imannya. Oleh sebab itu abi paling pantang jika ada benda yang boleh merosak imannya dan iman saudara saudaranya yang lain.
Abi sangat sayangkan agamanya, dan itulah membuatkan beliau terus cekal meneruskan usaha dakwahnya tanpa jemu dan penat mendidik dan berjasa pada saudara seagamanya.
Tidak mengapalah abi, kami adik beradik tidak kisah berkongsi abi. Berkongsi dengan perjuangan dan ummah ini.

Selalunya, aku malu untuk mengaku aku anak abi di hadapan kawan kawannya semasa ketiadaan abi. Oleh kerana itu tidak ramai yang mengenali aku berbanding abi. Kerana bimbang kalau kalau aku melakukan perkara perkara yang boleh memalukan abi. Tetapi tidak pada hari ini. Biar semua tahu kami adik beradik sekeluarga redha dan bangga dengan pemergian abi!
https://www.facebook.com/muhammad.nazmi.125/videos/2090806320967256/UzpfSTEwMDAwMDI3MTc1MjY5MDoyNDIzMjYyNDg0MzU5NDUz/?__tn__=%2CdK-R-R&eid=ARBZqiYXl1MYOlYWaCdfSVfsFA5NMTFXcafJz9pjJzO4GZiFx_0wG8o_PIURNHqZ9TXg_4B3k7pYkpio&fref=mentions
Sungguh cantik perancangan tuhan, Abi dijemput tuhan saat sudah selesai urusannya di sini. Selesai umrah, selesai hadir majlis ramah mesra bersama ibu bapa pelajar Madinah, selesai hadir Majlis Konvokesyenku. Langsung tidak tertera raut kesakitan atau sedih dengan senyum dan gembira beliau sepanjang di bumi madinah ini. Siapa sangka potret konvo yang dirakam bersama keluarga bakal menjadi potret yang paling mahal yang paling sedih untuk dikenang dan ditatap.
Saat tulisan ini dikarang, masih lagi tangan ini berbau wangian ketika memandikan abi. Sungguh waktu itu aku rasakan abi seperti tidak sabar lagi bersiap bersolek untuk menghadap tuhan rabbul izzati. Anak tunggal lelakimu ini berjanji akan menggalas tugas sebagai nahkoda keluarga kita mengikut acuan yang telah abi bentuk selama ini seberat mana pun ia. Akir janji jaga adik adik dan umi!
Kalau ditanya apa yang paling aku kesali tak sempat berbuat semasa abi hidup, aku kesal tidak salam dan cium peluk abi di pagi hari kematian kerana aku sangka esok masih ada lagi hari untuk aku dan abi. Sentiasalah hargai momen dan nikmat tuhan selagi masih ada sebelum ia ditarik kembali. Kerana tiada yang kekal di dunia ini melainkan Yang Abadi.
Cukuplah dahulu tulisan dan perkongsian ini. Jika mahu dicoretkan kehidupan abi, sungguh tidak cukup aksara untuk disusun dan ditulis. Semoga tulisan tulisan tentang jasa jasa abi menjadi inspirasi kami untuk kami contohi. Semoga yang masih lagi memusuhi abi diberi taufiq dan hidayah dan menjadi lebih kuat dirinya untuk berjasa dengan agama dan umat ini.

Benar pemergian abi dicemburui. Namun aku rasa akulah yang paling cemburu kerana sentiasa sejak mula mula sampai di sini, doa yang selalu aku zikirkan adalah untuk mati di sini, tetapi tuhan menjemput abi dahulu.
Madinah ini kampung kita abi!
Ahmad Syakir Norazli
0415 am
Madinah alMunawwarah
Sumber kredit: Ahmad Syakir Norazli
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bertuah Norman Hakim & Abby Abadi, Anak Dara Berjaya Tamatkan Hafazan

Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi. Anak dara mereka Marissa Dania telah berjaya menamatkan hafazan Matan Burdah Busiri. Sama ada Norman mahupun Abby, masing-masing berkongsi kegembiraan di atas pencapaian anak mereka.
Malah mereka juga turut menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa sekaligus meraikan kejayaan Marissa menamatkan hafazan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.
https://www.instagram.com/p/BqPGza4HpNf/?utm_source=ig_web_copy_link
Norman dan Abby turut berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka di laman Instagram masing-masing.
Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018
Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_
Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait
Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat
Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu
https://www.instagram.com/p/BqZF8HsH0b4/?utm_source=ig_web_copy_link
Tahniah Adik. Baru permulaan ni Adik ye. Jauh lagi nak melangkah… jalan yg tentu beronak dan berduri. Terus kuat.

https://www.instagram.com/p/BqY6yGYlkUd/?utm_source=ig_web_copy_link
Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.
Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:
- Hubungan keluarga yang akrab.
- Menitikberatkan pendidikan agama.
- Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
- Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
- Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.
Sumber kredit: Instagram: normanhakim_786
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sehidup Semati, Pasangan Suami Isteri Warga Emas ‘Pergi’ Ketika Tidur

Cinta sehidup semati. Mungkin inilah bayangan buat pasangan suami isteri, Bera Madiran,78 yang merupakan imam Masjid Jamek Simpang Renggam dan isterinya, Maimunah Dariman,60. Timbul salah faham dalam laporan awal yang tular menyatakan pasangan ini meninggal selang dua jam.
“Sebenarnya mereka berdua meninggal bersama ketika sedang tidur. Biasanya ayah akan bangun awal bersiap untuk mengimamkan solat Subuh di masjid, namun pagi tadi ayah tidak bangun seperti biasa menyebabkan adik perempuan saya mengejutkannya.
“Namun ayah tidak bergerak sebelum adik kemudian mengejutkan ibu tetapi tiada juga maklum balas menyebabkan adik kemudian memanggil kami (anak yang lain). Kami kemudian menelefon talian kecemasan sebelum pegawai perubatan yang datang mengesahkan ibu bapa kami sudah meninggal dunia, “kata anak sulung pasangan berkenaan, Mohamad Farid, 50.
Berikut perkongsian daripada Skuad Pengurusan Jenazah-SPJ Malaysia.
“Pagi ini kami menerima khabar berita dari pasukan SPJM Negeri Johor memaklumkan bahawa Imam Besar Masjid Jamek Simpang Renggam Imam Hj Bera bin Madiran & isteri Hjh. Maimunah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.
Suami dan isteri ini dikatakan meninggal dunia saat mereka sedang tidur setelah anak pasangan ini hairan kerana mereka tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh di masjid seperti kebiasaannya.
SOLAT JEMAAH YANG TERAKHIR
Malam tadi Imam Hj. Bera sempat memimpin solat jemaah Maghrib & Isyak di masjidnya dan tiada siapa menjangka itulah solat jemaah pimpinannya yang terakhir. Subhanallah..
Beliau dikatakan menghidap penyakit kencing manis dan arwah isterinya pula menghidap kanser limfoma. Semoga Allah swt mengurniakan keduanya Husnul Khotimah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Aamiin..
Sungguh indah detik kematian mereka. Boleh dikatakan inilah bukti ‘Setia Hingga Ke Hujung Nyawa’..

Insya’Allah, kami menantikan perkembangan berita lanjut dari pasukan SPJM Johor dari semasa ke semasa. Teruskan menyokong SPJ Malaysia dan jemput Like FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.”
-Ust. Rafie Zainal-
Pengerusi,
SPJ Malaysia;
Majlis Usrah Nur
Jenazah pasangan suami isteri itu telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Berumbung
Sumber kredit: Skuad Pengurusan Jenazah-SPJ Malaysia dan Sinar Harian
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI