Mendidik dan membesarkan anak-anak zaman ini sangat mencabar. Teknologi tanpa sempadan sering kali mendedahkan anak-anak kepada dunia luar dan ia boleh jadi buruk dan baik mengikut apa yang mereka sering lihat di internet.
Hari ini dalam membesarkan anak-anak, ibu bapa perlu menjadi lebih bijak dan 10 langkah ke hadapan dari mereka dan jika bapa ketinggalan, kehidupan anak-anak akan jadi lebih buruk di masa hadapan. Paling menakutkan jika anak-anak terlibat dengan penyalah gunaan dadah.
Ramai tahu akibat buruk menghisap dadah. Malah pada tahun 2006, Majlis Muzakarah Kebangsaan telah memfatwakan dadah sebagai haram.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain.
Muzakarah telah memutuskan bahawa dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain mempunyai kesan mudharat yang sama seperti ecstasy, katamine dan Gamma Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenis syabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeli atau membenarkan premis digunakan untuk bersubahat dengan penggunaannya adalah juga diharamkan.
Bahkan dalam surah Al-Baqarah ayat 219 turut menyatakan adalah haram pengambilan sesuatu makanan atau benda jika ia memudaratkan kepada penggunanya.
Sebagai agama ad-din yang mengseimbangkan urusan duniawi dan ukhraw, Islam turut mengharamkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, dadah serta bangkai. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa makanan berkenaan membawa lebih banyak kemudaratan kepada manusia berbanding manfaat yang sedikit.
Oleh itu, Allah SWT mengharamkan makanan terbabit bagi kebaikan dan kesihatan manusia itu sendiri. Firman Allah SWT: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Al-Baqarah: 219).
Ini bukan projek sains anak tapi botol hisap dadah
Satu perkongsian dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor mengenai botol yang digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu, ice atau kaca boleh dijadikan satu ingatan untuk mak ayah agar lebih berwaspada dengan tindak tanduk anak-anak. Ini kerana jika terjumpa di rumah, mak ayah perlu bertindak pantas agar anak yang masih bersekolah boleh dikawal dan dididik agar tidak merosakkan masa depan sendiri.
Berikut adalah perkongsian dari AADK Selangor.
Ibu bapa sekalian, jika terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’. Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pulak percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol. Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan. Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari. Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau!
Disclaimer: Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI