Alhamdulillah Allah jaga. ‘Anak berguling ingat drama, sampai sekolah cikgu call beritahu anak luka berdarah.’ Anak dan drama memang sukar dipisahkan.
Tidak dinafikan anak kecil memang sukar diramal dan kadang-kadang ragam mereka memang menguji kesabaran ibu dan bapa seperti mana yang dikongsikan Sukur Ibrahim yang berdepan cabaran membesarkan anak sulungnya.
Ikuti perkongsian Sukur dan hadam apa yang cuba disampaikan ini:
Alhamdulillah Allah Jaga
Semalam bangun pagi, Anas menangis yang bukan biasa-biasa. Ibu dia sudah turun awal bawa Wafa untuk bersiap di bawah.
Saya pujuk-pujuk, Anas pun turun tangga sendiri bersama saya. Pernah juga kalau dia emosi pagi-pagi, ibulah kena dukung Anas yang 17 kilogram (kg) itu turun tangga.
Tapi dekat ruang tamu bawah dia sambung menangis, entah apa yang dia mimpi sampai emosi terganggu pun tak tahu.
Ads
Anak Berguling Ingat Drama
Anas ni anak yang agak lasak. Dia tak menangis sangat kalau jatuh basikal, terhantuk pintu, jatuh atas jalan tar ataupun kena pukul atau baling barang dengan Wafa.
Tapi dia menangis kalau emosi terganggu. Ibu tak layan dia bermain pun boleh menangis, Wafa runtuhkan bangunan megablock dia menangis, abah tak salam dia pergi kerja pun boleh menangis.
Lepas saya buka baju tidur Anas, dia masih menangis tambah pakej berguling-guling. Bagi menjaga emosi saya juga, saya biarkan Anas dulu bersendirian. Tak lama lepas tu dia bertenang.
Sampai Sekolah Cikgu Call
Lepas ibu sudah siapkan Wafa, ibu pujuk Anas. Offer buah kegemaran Anas, anggur. Semangkuk lah Anas makan, lepas tu terus pergi mandi. Masa mandi, ibu sapu-sapu kepala Anas, Anas cakap sakit, abah buat.
Ibu anggap Anas tengah sambung drama untuk ke sekolah, jadi dia iyakan je. Tanpa check atau beritahu saya.
Ads
Anas pun selamat ke sekolah. Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat mesej dari cikgu sekolah Anas, ada luka dan benjol dekat kepala Anas. Berderau darah ibu dan abah. Tapi luka sudah kering.
Anas beritahu cikgu, dia dekena kat rumah. Rasa nak pergi ambil saja Anas masa tu. Mulalah rasa bersalah yang teramat.
Tapi cikgu inform tak apa, Anas aktif dan ceria. Cikgu pun sudah tolong sapukan ubat luka. Alhamdulillah.
Beritahu Anak
Balik dari sekolah terus peluk Anas dan tanya macam mana dia boleh luka, dia tunjuk tempat dia berguling sebelah tangga dan cakap Abah yang buat.
Ads
Siap cakap Anas beritahu ibu sudah abah buat, tapi ibu tak percaya. Dan terus dia menangis. Hahaha. Anak abah ni memang manja. Sabar sajalah.
Agaknya masa dia berguling pusing-pusing itu dia terkena bucu tangga. Alhamdulillah Allah jaga anak abah.
Luka Berdarah
Simpan di sini kenangan membesarkan Anas, anak sulung ibu dan abah yang penuh drama. Setiap hari ibu dan abah belajar perkara hebat dari Anas.
Lain kali, kalau anak-anak cakap sakit, wajib check jangan anggap itu sambungan drama semata-mata.
Lelah bagaimanapun emosi kita, emosi anak tetap tanggungjawab kita. Doakan kami jadi ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Kashoorga : Semoga kita semua menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak.
Tiada apa lebih membahagiakan jika mampu khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Bagi yang mengerti akan pengertian Ramadhan itu sendiri iaitu bulan penuh rahmat serta bulan penuh keampunan, kita pasti akan mengejar sesuatu yang lebih baik kerana tidak pasti adakah kita akan mampu mendapat Ramadhan lagi pada tahun hadapan atau kita berjaya menyelesaikan puasa berbaki lebih kurang 15 hari lagi.
Paling utama, kita kena tahu apa yang kita cari di dunia sementara ini agar dapat menjadi bekalan di akhirat nanti. Jangan datang dalam keadaan kosong (bertelanjang ketika dilahirkan dan kemudian pulang dalam keadaan kosong kerana tidak merebut berbuat kebaikan di dunia) sementara masih hidup.
Membuat pilihan baik dalam kehidupannya, pelakon Jue Aziz menzahirkan rasa syukurnya kerana berjaya khatam Al-Quran pada hari ke lapan umat Islam berpuasa. Jue berkata, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69 yang jatuh pada 23 April lalu.
Meskipun gembira dapat khatam di hari lahir ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, Jue Aziz berkongsi momen yang agak syahdu di instagramnya.
“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.
“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan, jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.
“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada.
Andai ini Ramadan terakhir,” katanya.
Malah dirinya turut meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan ibunya dan dikuatkan semangatnya di masa akan datang.
Ternyata, tidak berjaya soal jodoh tetapi Allah memberinya sesuatu yang lebih baik iaitu ibu yang menjadi pendorongnya di saat keseorangan selepas bercerai dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel. Moga selepas ini ada sinar bahagia buatnya. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Begitulah juga pertolongan yang diberikan oleh penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan oleh penyanyi Alina Hassan, 52 tahun dek kerana masalah selaput mata atau katarak dialami sebelum ini.
Menurut Alina dalam Media Hiburan dia mengucapkan rasa syukur rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan sebelum ini turut berusaha mengumpul wang demi menyelesaikan masalah mata yang dihadapi sembilan tahun lalu.
Tambah Alina dia tidak percaya dan tidak terkata-kata. Apabila mendapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, dia tanya betul ke?
Sehinggakan Alina turut bertanya pada rakan, betulkan Ini? Sarah memang suka tolong orang dan lihatlah rezeki diperoleh sekarang.
“Ya Allah saya bernasib baik dapat kenali Sarah walaupun hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.
“Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira kerana saya memang ada perancanga untuk ubati masalah katarak mata,” ujarnya ketika ditemui di Prof Muhaya Eye & Lasik Centre Khamis lalu bersama Siti Sarah.
Sarah yang setiasa menemani Alina pada sesi rawatan turut mendoakan agar proses itu nanti dipermudahkan.
Dalam sebak itu, Sarah turut menyatakan kepentingan menjaga pancaindera.
“Semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain boleh dilakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.
“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar betapa pentingnya sepasang mata.
“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-Quran bersama segala kebaikan yang lain,” ujarnya yang turut mendoakan segala urusan rawatan itu nanti akan berjalan lancar.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Penyanyi ini yang juga pemenang ketiga Mentor Otai 2018 mengalami masalah kedua-dua belah bahagia mata dan sudah membuat rawatan membuang katarak pada mata kiri tiga tahun lalu.
Menurut Alina lagi, matanya mengalami katarak sekitar tahun 2011 ketika bertugas sebagai pengawal keselamata di KLCC.
Mempunyai anak yang bertanggungjawab pastinya membahagiakan hati si ibu yang melahirkan dan membesarkan. Malah dalam surah Al-Isra ayat 23 anak dituntu berbuat baik dengan kedua ibu bapa semasa masih hidup dengan tidak meninggikan suara di hadapan mereka.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
Manakala dalam satu hadis dinyatakan anak-anak harus membantu ibu bapa dari sudut kemampuan yang mampu. Sabda Nabi Muhammad SAW:-
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]
Ternyata perkongsian dari blog Kelantanese mengenai usaha seorang remaja baru habis SPM secara berdikit-dikit mengundang sebak netizen. Ini kerana dia menyimpannya sedikit demi sedikit termasuk melakukan kerja mencuci penyaman udara bagi membahagiakan hati ibunya. Seorang remaja lelaki yang baru habis SPM datang ke kedai emas milik rakan saya di Shah Alam.
Kata remaja tersebut, "Untie, saya nak beli cincin saiz ** . Duit saya ada RM500. Boleh tak untie tolong pilih cincin yang sesuai?"
"Adik nak beli cincin untuk siapa? Untuk girlfriend ke?" Tanya kawan saya.
"Bukan untie. Saya nak beli cincin hadiah untuk mak saya sebab hari ni hari jadi mak," balas remaja itu bersemangat. Hati kawan saya mula tersentuh.
"Maaf untie nak tanya, mana adik dapat duit RM500 ni?" "Saya sekolah biasa-biasa saja untie. Sambil-sambil sekolah saya ambil upah servis aircond. Duit upah itulah yang saya simpan untuk beli hadiah kat mak. Dah lama saya pasang niat nak hadiahkan emas kat mak. Sekarang baru cukup duit yang saya kumpul ni," balas remaja itu jujur.
"Kalau macam tu adik beli cincin belah rotan ni. Harga dalam RM300. Masih ada sedikit baki duit untuk adi guna," cadang kawan saya kerana dia melihat beg duit remaja itu kosong selepas dia mengeluarkan wang RM500 tersebut.
"Tak apa untie. Saya nak guna semua duit ni untuk beli cincin mak. Saya nak beli yang elok. Saya nak gembirakan mak."
Kata kawan saya, sampai setakat itu perbualan mereka air mata kawan saya itu sudah tidak mampu ditahan lagi. Puas dia sembunyikan rasa sebak itu tetapi akhirnya air mata kawan saya tumpah juga melihat keikhlasan anak ini demi ibunya.
Akhirnya, pada harga 'lebih-lebih kurang' kawan saya tunjukkan cincin daun keladi. Terus remaja tersebut bersetuju dan membayar harganya lalu pulang dengan senyuman yang lebar.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kuku hiasan dengan pelbagai warna dan corak, biasa dipakai oleh wanita bila mahu ke satu-satu acara atau majlis agar tampil lebih menarik.Malah Muslimah sendiri...