Alhamdulillah Allah jaga. ‘Anak berguling ingat drama, sampai sekolah cikgu call beritahu anak luka berdarah.’ Anak dan drama memang sukar dipisahkan.
Tidak dinafikan anak kecil memang sukar diramal dan kadang-kadang ragam mereka memang menguji kesabaran ibu dan bapa seperti mana yang dikongsikan Sukur Ibrahim yang berdepan cabaran membesarkan anak sulungnya.
Ikuti perkongsian Sukur dan hadam apa yang cuba disampaikan ini:
Alhamdulillah Allah Jaga
Semalam bangun pagi, Anas menangis yang bukan biasa-biasa. Ibu dia sudah turun awal bawa Wafa untuk bersiap di bawah.
Saya pujuk-pujuk, Anas pun turun tangga sendiri bersama saya. Pernah juga kalau dia emosi pagi-pagi, ibulah kena dukung Anas yang 17 kilogram (kg) itu turun tangga.
Tapi dekat ruang tamu bawah dia sambung menangis, entah apa yang dia mimpi sampai emosi terganggu pun tak tahu.
Ads
Anak Berguling Ingat Drama
Anas ni anak yang agak lasak. Dia tak menangis sangat kalau jatuh basikal, terhantuk pintu, jatuh atas jalan tar ataupun kena pukul atau baling barang dengan Wafa.
Tapi dia menangis kalau emosi terganggu. Ibu tak layan dia bermain pun boleh menangis, Wafa runtuhkan bangunan megablock dia menangis, abah tak salam dia pergi kerja pun boleh menangis.
Lepas saya buka baju tidur Anas, dia masih menangis tambah pakej berguling-guling. Bagi menjaga emosi saya juga, saya biarkan Anas dulu bersendirian. Tak lama lepas tu dia bertenang.
Sampai Sekolah Cikgu Call
Lepas ibu sudah siapkan Wafa, ibu pujuk Anas. Offer buah kegemaran Anas, anggur. Semangkuk lah Anas makan, lepas tu terus pergi mandi. Masa mandi, ibu sapu-sapu kepala Anas, Anas cakap sakit, abah buat.
Ibu anggap Anas tengah sambung drama untuk ke sekolah, jadi dia iyakan je. Tanpa check atau beritahu saya.
Ads
Anas pun selamat ke sekolah. Alhamdulillah.
Tiba-tiba dapat mesej dari cikgu sekolah Anas, ada luka dan benjol dekat kepala Anas. Berderau darah ibu dan abah. Tapi luka sudah kering.
Anas beritahu cikgu, dia dekena kat rumah. Rasa nak pergi ambil saja Anas masa tu. Mulalah rasa bersalah yang teramat.
Tapi cikgu inform tak apa, Anas aktif dan ceria. Cikgu pun sudah tolong sapukan ubat luka. Alhamdulillah.
Beritahu Anak
Balik dari sekolah terus peluk Anas dan tanya macam mana dia boleh luka, dia tunjuk tempat dia berguling sebelah tangga dan cakap Abah yang buat.
Ads
Siap cakap Anas beritahu ibu sudah abah buat, tapi ibu tak percaya. Dan terus dia menangis. Hahaha. Anak abah ni memang manja. Sabar sajalah.
Agaknya masa dia berguling pusing-pusing itu dia terkena bucu tangga. Alhamdulillah Allah jaga anak abah.
Luka Berdarah
Simpan di sini kenangan membesarkan Anas, anak sulung ibu dan abah yang penuh drama. Setiap hari ibu dan abah belajar perkara hebat dari Anas.
Lain kali, kalau anak-anak cakap sakit, wajib check jangan anggap itu sambungan drama semata-mata.
Lelah bagaimanapun emosi kita, emosi anak tetap tanggungjawab kita. Doakan kami jadi ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Kashoorga : Semoga kita semua menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak-anak.
‘Nak cantik untuk suami.’ Wanita kena tahu hukum mencukur, mencabut bulu kening sebelum penuhi permintaan pasangan.
Sebenarnya sebelum nak melawa untuk suami tercinta, kena ambil bab hukum, jangan sampai jatuh haram. Sememangnya menjadi impian setiap isteri untuk kelihatan sempurna dan cantik di mata suami.
Namun bab hukum jangan ambil mudah. Ikuti perkongsian Daei Husna Ghani ini dan hadam baik-baik penjelasannya:
Sebenarnya perempuan ini boleh ke tidak cukur bulu betis, kaki, tangan semua tu.
Dalam irsyad fatwa ada sebut apa saja yang tidak ada perintah ataupun larangan tentang sesuatu perkara itu. Maka ia kekal pada hukum asal iaitu harus kita boleh tengok ada hadis yang perintahkan untuk buang bulu kemaluan.
Wanita Kena Tahu
Maksudnya:
Fitrah itu ada lima atau lima perkara yan g menjadi fitrah adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. – (Riwayat Al-Bukhari, 5889)
Jadi mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai hukumnya sunat. Baru ini saya ada belajar dalam kitab mukadimah hadramiah (ustaz sebut),
Hukum Mencukur
‘Sebenarnya yang paling baik bagi perempuan yang adalah mencukur bulu ketiak. Manakala bagi bulu kemaluan pula, kita cabut atau pun zaman sekaran g ini kita boleh saja guna wax untuk buang. Ada pun hadis lain kita dilarang untuk cukur ataupun nipiskan bulu kening kerana hukumnya haram.
Maksudnya:
Allah SWT melaknat para pembuat tatu dan mereka yan g meminta untuk dibuatkan tatu untuknya.
Para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya dan orang yang menjarangkan gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.
Mencabut Bulu Kening
Jadi kalau wanita hendak cukur licin bulu kaki, bulu roma di lengan, betis ataupun dia nak buang bulu-bulu dekat hidung ini boleh saja, tidak ada masalah sebab hukumnya harus, tak ada dalil syarak pun yang larang.
Di samping itu, kalau lelaki pula macam mana? Kalaulah dia cukur licin bulu betis itu bagi masyarakat setempat ia tak sampai menyerupai perempuan, maka boleh saja. Tak ada masalah tapi kalau orang anggap licin mulus kaki itu macam perempuan. Jika be gitu, yang tu tak boleh, jelas kan…
Sebelum Penuhi Permintaan Pasangan
Bagi perempuan, menghilangkan bulu kening adalah haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda.
Bagi lelaki pula dilarang mencukur janggut, berikutan hadis berikut ;
Daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma bahawa Nabi S.A.W bersabda:
أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى
Maksudnya: Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut. [Riwayat Muslim (259)]
Masa belajar kitab mukadimah hadramiah ustaz ada sebut juga, bagi lelaki adalah lebih baik untuk cabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan.
Baru-baru Touch ‘n Go telah memperkenalkan Go+ di aplikasi Touch ‘n Go. Mungkin ramai yang belum sedar akan aplikasi ini atau masih samar-samar mengenai kegunaannya.
Untuk pengetahuan Touch n Go eWallet, ciri GO+ ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak Principal Asset Management Berhad, yang membolehkan pengguna untuk menjana dana tambahan melalui baki dalam akaun.
Namun sudah dinyatakan oleh pihak TNG ianya tidak patuh Syariah. Ia menerusi satu kenyataan dari pihak Touch 'n Go di laman webnya.
Dalam satu perkongsian dari Ahmad Sufyan Che Abdullah, ianya haram disertai oleh orang Islam kerana pulangan yang ditawarkan dihasilkan oleh instrumen Principal E-Cash yang merupakan fund yang tak patuh Syariah.
Malah dirinya mengajak umat Islam agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam produk seumpama ini kerana mana-mana pelaburan ada unsur riba, adalah dosa besar untuk umat Islam.
Bagaimana Nak Claim Balik Duit Kalau Dah Masuk Syer?
Dalam itu, seorang pengguna, Basri Husin telah mengajar pengguna untuk mendapatkan semula duit yang telah dimasukkan ke aplikasi Go+ ini agar tidak terus bersyubahah menanggung dosa hasil pelaburan tidak patuh Syariah ini.
Apa perlu buat?
Pergi ke lambang GO+
Sesiapa yang ingin keluarkan balik dari akaun Go, boleh follow tutorial ini. Alhamdulillah saya dah keluarkan walaupun masukkan RM50.
Pergi ke CASH OUT
PERGI SAMA ADA NAK CASH OUT MELALUI AKAUN BANK ATAU DALAM E-WALLET
MASUKKAN SEMUA JUMLAH BAKI DALAM GO+
Dah itu saja dan tunggu duit di kembalikan ke akaun kita.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkahwinan itu sememangnya sunnah Rasulullah SAW. Bagi yang sudah menjalankannya, kamu sudah melengkapi separuh iman yang ada di dalam dirimu. Tentu saja sunnah yang dijalankan akan mendapatkan pahala dari Allah SWT.
Hakikatnya kehidupan berumah tangga ada hak dan kewajipan yang harus dipenuhi baik suami mahu pun isteri. Suami harus memenuhi keperluan keluarga, bermula dari mencari pekerjaan dan menafkahi keluarga dengan wang yang halal.
Sementara sang isteri juga harus dapat membantu suami dalam mengelola kewangan, mendidik anak-anak dan mengurus perkara-perkara lain berkaitan dengan rumah tangga.
Namun sebagai seorang isteri, kamu juga boleh membantu untuk menambah rezeki suamimu dengan cara mencari keberkatan rezeki. Berikut lima perkara yang boleh para isteri lakukan agar rezeki suamimu makin hari makin bertambah.
1. SEDEKAH KEPADA IBU BAPA DAN MERTUA
Antara perkara yang boleh kamu lakukan agar rezeki suamimu bertambah adalah dengan memberikan sedikit rezeki kepada kedua ibu bapamu dan juga mertua. Berikan atau sedekahkan sedikit rezeki kamu walau hanya sekadar memberikan makanan atau barang-barang keperluan harian.
Dengan cara ‘berkongsi’ rezeki kepada orang tua, dapat menambah keberkahan atas rezeki yang sudah diperoleh. Ini adalah kerana keberkahan rezeki itu diperolehi melalui sedekah yang paling utama dan pertama itu didahulukan kepada orang tua.
2. SELALU INGATKAN SUAMI AKAN REZEKI YANG HALAL
Berdoalah kepada Allah agar suamimu mencari rezeki yang halal untuk menafkahi isteri dan anak-anaknya. Jadilah isteri yang baik dan taat kepada suami, jangan sampai kamu menjerumuskan suami ke lembah dosa dengan banyak permintaan itu, ini yang kamu tahu tidak termampu disediakan oleh suamimu. Pada akhirnya mengakibatkan suamimu melakukan cara-cara yang tidak halal untuk merealisasikan keinginan istenya. Jadilah isteri yang selalu bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh suami.
3. UBAHLAH GAYA HIDUP
Kebanyakan isteri banyak menghabiskan wang suami untuk membeli barang atau hal yang tidak penting. Sebagai isteri yang baik, kamu harus bijak untuk berjimat cermat dan menghindari gaya hidup yang boros. Ini kerana perbuatan yang demikian itu tidak baik untuk kehidupan rumah tangga. Ada baiknya untuk berjimat-cermat dan ubah gaya hidup yang lebih sederhana. Ia dapat menambah keberkahan ke atas rezeki keluargamu.
4. LAKUKAN IBADAH BERSAMA-SAMA
Jika seorang isteri taat dan rajin dalam beribadah maka hal ini dapat menambah keberkahan dalam berumah tangga dan juga rezeki. Terlebih lagi jika ibadah tersebut dapat kamu laksanakan bersama, maka pahalanya akan tambah berganda-ganda.
Mulai saat ini, cubalah untuk merencanakan amalan ibadah bersama-sama seperti solat berjemaah, puasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain amalan yang mampu menambah pahala.
5. WUJDUKAN SUASANA YANG HARMONI DAN HINDARI PERTENGKARAN
Perkara terakhir yang dapat para isteri lakukan ialah dengan cara menghindari pertengkaran dalam rumah tangga. Isteri yang baik menjadi penenang suami saat stres. Jagalah keharmonian dalam berumah tangga. Ini kerana ia mampu mendorong suami lebih bersemangat dalam mencari rezeki yang halal dan membahagiakan keluarga.
Kesimpulannya jadilah isteri yang menjadi penyejuk hati suami serta ‘penambah’ rezeki suami.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?