‘Alhamdulillah, cantiknya bertudung.’ Harris Aliff kongsi foto isteri berhijab, ramai teruja dan doakan Intan Ladyana istiqamah.
Pelakon cantik manis ini bertambah cantik dengan hijab yang digayakan di samping suami dan anak tercinta.
Biarpun foto ini hadir dengan kapsyen yang ringkas namun ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Intan Ladyana agar terus kekal berhijab dan istiqamah sampai bila-bila.
Pelakon jelita Intan Ladyana menarik perhatian netizen apabila tampil dengan mengenakan hijab dalam beberapa foto terbaru yang dimuat naik oleh suaminya, Harris Alif bersama anak perempuan mereka, Eviee Khadeeja.
Ads
Penampilan ibu kepada Eviee Khadeeja itu menuai komen positif netizen yang rata-rata memuji penampilan manis Intan. Antaranya ialah:
Harris Aliff Kongsi Foto Isteri Berhijab
Zzuria 85 Intan memang dh cntik,dh jd ibu makin berseri..pakai tudung masya Allah cantikk sungguh..
Yatialias63 “Alhamdulillah, cantik sungguh Intan Ladyana bertudung. Anak pun comel sangat.
Gee1965 Alhamdulillah syukur, semoga istiqamah berhijab Alhamdulillah syukur, semoga Allah pelihara jodoh mereka hingga ke akhir hayat jannah Amin.
Perginya seorang murabbi ummah dan sebutir permata hati Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz begitu mengesankan.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada Subuh 1 Mei 2019 bersamaan 25 Syaaban 1440H. Mulia sungguh pengakhirannya, Allahuakbar.
‘Andainya ini Ramadan Terakhir’ adalah kuliah Maghrib terakhir disampaikan ayah saya malam sebelum pemergiannya,” demikian menurut Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, anak sulung kepada Allahyaram Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz,72.
Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz bergambar dengan ahli jawatankuasa surau selepas menyampaikan kuliah di Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan di Seremban malam sebelum pemergiannya.
Menurutnya, pada kebiasaan ayahnya akan bermalam di kawasan tempat ceramah, namun malam itu, Allahyarham pulang ke rumah bersama ibunya kerana pagi 1 Mei 2019 beliau perlu menghadiri satu lagi sesi ceramah di Ipoh, Perak.
UNGKAPAN TERAKHIR
‘Selepas malam ini tiada lagi soalan’ adalah ungkapan terakhir yang menjadi kenangan dalam kalangan 150 jemaah Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan.
Pada akhir kuliah itu, Allahyarham telah meminta para jemaah surau itu mengajukan soalan kepadanya dan melafazkan ungkapan itu selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa.
Kuliah terakhir Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham tiba di surau berkenaan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.
Katanya, Allahyarham hanya mengadu mengenai kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur ke sini sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.
“Kami semua mendengar kuliahnya yang sememangnya sentiasa menarik minat kepada sesiapa pun,” katanya.
Jelasnya, tiada yang aneh mengenai kuliah Allahyarham atau semasa para jemaah menemuinya dalam jamuan makan yang dihidangkan oleh surau selepas majlis tersebut.
“Allahyarham memberitahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih.
“Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.
Allaudin Shah memberitahu, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian Abu Hassan
HIDAP PARU-PARU BERAIR
Reda dengan pemergian ayahnya, Mohamad Yusri berkata, tahap kesihatan Allahyarham berada dalam keadaan kurang baik selepas doktor sahkan paru-parunya berair.
“Kalau ikut sejarah kesihatan, ayah pernah buat pintasan jantung sekitar 20 tahun lalu. Sebulan sekali ayah buat pemeriksaan kesihatan.
“Tak ada yang major… cuma itulah paru-paru berair dan doktor nasihatkan jaga makan dan minum je,” katanya.
Perginya dua pendakwah dan ulamak. Gambar kenangan, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz bersama Allahyarham abangnya, Datuk Dr. Haron Din al-Hafiz.
Melihat susuk tubuh Allahyarham, ramai tidak menyangka Allahyarham kurang sihat.
Mohamad Yusri juga mengakui perkara itu apatah lagi, dengan ada masalah jantung, paru-paru berair dan terkini buah pinggang kurang berfungsi, Allahyarham masih aktif menyampaikan kuliah mahupun ceramah di serata negeri walaupun kurang sihat.
REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH
Menceritakan detik Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Mohamad Yusri berkata, ketika itu Allahyarham sedang bersiap untuk ke Ipoh bagi sesi ceramah tengah hari ini.
“Masa tu lepas solat Subuh. Ayah rebah. Ibu telefon bagi tahu keadaan ayah sebab ibu pun tak tau nak buat apa.
“Saya minta dua adik saya tengokkan keadaan ayah sebab tak tinggal sekali dengan ayah sementara saya sampai.
“Pernafasan ayah lemah dan mukanya dah pucat sewaktu berada di rumah lagi.
“Ambulans datang rumah dan bawa ayah ke hospital. Masa di rumah, doktor ada buat bantuan kecemasan dan CPR. Dalam ambulans pun buat, di hospital pun buat juga.
“Sampai di ICU (unit rawatan rapi) Hospital Kuala Lumpur, doktor cuba sedaya mungkin bantu ayah.
“Kami tengok pada mesin tu… kami reda sewaktu doktor maklumkan denyutan nadi telah berhenti ketika sampai ke hospital,” katanya.
PENGAKHIRAN YANG MUDAH
Sebagai anak sulung, Mohamd Yusri turut memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada yang tersinggung dengan Allahyarham ayahnya.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.
Program yang sepatutnya dihadiri oleh Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.
Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Utusan Online
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Janganlah kita merungut apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi hingga 12 Mei depan.
Ini kerana banyak sebenarnya hikmah tersembunyi yang kita peroleh sepanjang duduk saja di rumah.
Salah satunya melakukan aktiviti bermanfaat seperti mengaji selain ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahum sesama ahli keluarga. Lebih-lebih bila masuknya bulan Ramadan nan mulia ini.
Seperti perkongsian isteri penyanyi Tomok, Ayu Abas yang memberitahu anak sulung mereka, Arrian Akid Shah, telah berjaya naik Al-Quran setelah sebulan PKP dilaksanakan.
Menurutnya di laman Instagram memberitahu tiada harta untuk ditinggalkan, namun ilmu agama yang diajar sendiri untuk anak-anaknya diharap cukup untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Ibu kepada dua cahayamata dan kini sedang hamil anak ketiga turut memberi pesan supaya tidak meninggi diri dan menjadi orang yang sombong.
Anak-anakku sayang, tidaklah dibu tinggalkan harta yang banyak melainkan ilmu yang ada pada dibu….rezeki dibu untuk mengajar sendiri anak-anak dibu…
“walaupun dengan deraian air mata masa belajar (dibu sangat garang )tapi dibu harap ilmu inilah yang bakal membawa kamu berdua berjaya di dunia dan akhirat…
“jadilah manusia yang mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, bijaksana dan bertanggungjawab kepada keluarga, agama dan bangsa….
“jangan meninggi diri, bermegah-megah dan menjadi orang yang sombong….sentiasa wasathiah (berserdehana) dalam segala apa yang kita buat….
“jika kita merasa kekurangan, ada lagi orang yang merasa keperitan..sbb tu dibu selalu pesan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki….
“dan jangan pernah mengeluh jika datangnya musibah…sebaik2nya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat…
Sekian ceramah pagi rabu ..nnt dah ada instagram sendiri baca apa yang dibu warkahkan ni k…dibu sayang arrian,andra,baby & ayah
Perkongsian ini mendapat respon yang sangat bagus daripada warganet. Malah mereka turut mendoakan Arrian akan menjadi anak yang soleh dan berguna apabila dewasa nanti.
abunaurahhAlhamdulillah, semoga jadi anak soleh penyejuk hati ayah dan bonda
razalinaharAlhamdulillah. Dibu seorg ibu yg tabah. Berbaloi usaha Dibu. Harta yg tak ternilai ada lh doa2 anak2 yg soleh. Semoga Arrian dan Andra menjadi anak2 yg soleh serta menyantuni ibu dan bapanya dgn baik. Didikan yg baik pasti berakhir dgn baik jua.
bintukamil89MasyaaAllah..thniah Arrian,dibu & ayah.moga Arrian mnjadi anak soleh
tazkirah_bersamaAlhamdulillah…setiap kali arrian mengaji pahala tetap ada utk dibu. Itulh nikmat mengajar anak sendiri..in syaa ALlah
fatt_fnmSemoga ank2 dibu @ayu_abas Mjdi ank2 yg soleh dan solehah…berjaya dunia dan akhirat….n dhrapkan urusan dibu nnti dpermudahkan semuanya….amin…
Solat adalah satu satu dari Rukun Islam yang wajib kita kerjakan tidak kira dalam apa juga situasi.
Malah dengan mendirikan solat itu diibaratkan sebagai tiang agama kerana dengan mendirikannya lima waktu sehari mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik.
Namun adakah kita rasa solat yang didirikan sebanyak lima waktu sehari (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) itu sudah cukup sempurna mengikut rukun dan tertibnya.
Kita perlu tahu Rukun Solat itu ada 13 perkara dan perlu melakukannnya untuk menjadikan solat kita sempurna. Malah jika tertinggal satu rukun solat ini boleh menjadikan ia tidak sah.
Foto: Google
Bagi memberi tunjuk ajar kepada pembaca, portal Kashoorga dengan kerjasama Ideaktiv Sdn Bhd terpanggil untuk menjayakan satu video Panduan Solat Untuk Wanita.
Panduan solat ini dimulakan secara dari rukun tertibnya dan bertujuan untuk kita sendiri melihat dan memperbaiki cara solat yang sebenarnya.
Bagi memastikan panduan ini menepati cara solat sebenar, ia mendapat kerjasama dari Ustazah Dr. Siti Sarah binti Izham (Jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Rahmah – MAWAR YADIM).
Semoga sepanjang tempoh PKP ini kita ajar orang betulkan solat dan turut mendapat saham akhirat, insyaAllah.
📷 FWOD Mingguan Wanita, Shaifullah Sapian
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
13 RUKUN SOLAT PERLU TAHU
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...