Alhamdulillah! Dayah Bakar & Anak Selamat Sampai Di Australia Untuk Bertemu Suami Selepas Setahun Berpisah

Share

Hanya pasangan yang tinggal berjauhan akan memahami perasaan begini. Berjauhan dari suami yang hanya boleh dihubungi melalui telefon atau melakukan panggilan video untuk mengubat kerinduan pastinya tidak sama dengan pasangan berada di depan mata untuk berkongsi semua suka dan duka.

Nampaknya penantian dan kerinduan Dayah Bakar yang juga pengacara Borak Kopitiam TV3, bertemu suaminya, Kapten Hanif yang sudah setahun berjauhan kerana berada di Australia kini menjadi kenyataan.



Dalam satu perkongsian di instagramnya @Dayahbakar malam tadi, Dayah memaklumkan dia bersama anak sulungnya, Achbar Muhammad Fahri, empat bulan melalui perjalanan yang selamat ke negara Kangaroo tersebut.

Syukur alhamdulillah Ibu and Achbar Muhammad Fahri survived our first flight .

One step closer to see Baba as we have arrived in the land Down Under. Kuarantin sudah bermula, dan doakan semuanya baik dan lancar ya . Thank you for your concern and doa”.

Pastinya kerinduan yang bersarang di hatinya hanya mampu dileraikan dengan pertemuan selepas Dayah selamat menjalani kuarantin di Australia. Pastinya juga kerinduan suaminya menatap anak sulung pertama kali di depan mata sangat berbeza.

Semoga keluarga yang sudah setahun berpisah ini dirahmati Allah taala dan berbahagia dengan pertemuan ini.

Published by
almaswa Haji Che Ros