Hidayah Allah itu datang tidak kira masa atau usia. Malah ada yang sudah berusia warga emas terpilih untuk menerima hidayah dariNya.
Seperti kisah lelaki berbangsa Cina ini, Low Seng Teong atau nama Islamnya Syukri Low Abdullah, berusia 72 tahun yang memilih Islam untuk agama barunya.
Menerusi laporan di Harian Metro, keluhuran hati sebuah keluarga yanh menghulurkan bantuan tanpa melhat petbezaab bangsa telah membuka hatinya untuk memeluk Islam.
Warga emas itu yang sebelum ini merempat di sebuah pondok menunggu di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor diselamatkan keluarga Mohd Izham Mohd Hisham Tan, 28, sejak lebih 10 hari lalu.
Mohd Izham yang juga seorang ‘runner’ berkata, pelawaan bapanya menawarkan tempat tinggal sementara di koridor luar rumahnya di flat berkenaan kepada Syukri dianggap sebagai asbab permulaannya berbakti kepada warga emas terbabit.
“Ayah menawarkan ‘uncle’ itu tidur di sofa luar rumah kami kerana rumah kami yang berbilik dua sempit tambahan lagi tidak manis kerana ibu tinggal bersama kami.
“Sepanjang 10 hari dia menetap di luar rumah kami, kami beri dia makan dan keperluan, namun dia tidak pernah sekalipun mengambil kesempatan meminta-minta apatah lagi menyusahkan kami.
“‘Uncle’ ini sudah uzur dan sebatang kara, hanya ada seorang anak angkat pekak dan bisu yang dibelanya sejak kecil,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dengan bantuan seorang wanita yang baru dikenali, mereka menyewa bilik dengan kos RM260 sebulan di Taman Bukit Dahlia untuk keselesaan dua beranak itu.
“Setiap hari sebelum pergi dan balik kerja, saya akan singgah menghantar makanan dan melihat keperluan diperlukan dua beranak ini.
“Malah kelmarin dengan bantuan wanita ini juga, kami berjaya membawa seorang pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia untuk menunaikan permintaan ‘uncle’ memeluk Islam.
“Luluh hati saya, malah saya kagum dengan kesungguhannya mahu memeluk Islam dalam keadaan serba kekurangan tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak,” katanya.
Mohd Izham berkata, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini selesai, mereka merancang membantu warga emas itu memohon bantuan Baitulmal, menghadiri kelas Fardu Ain dan mendalami Islam.
“Cantik aturan Allah, saya bersyukur kerana Allah menjentik hati saya membantu ‘uncle’ ini pada kali pertama dahulu, semoga memudahkan lagi usaha kami dalam meringankan bebannya sampai akhir usianya,” katanya.
Sementara itu, Syukri berkata, dia bersyukur dipertemukan dengan keluarga pemuda terbabit yang mengubah nasib hidupnya termasuk menjadi seorang saudara baharu.
Katanya, nama Syukri itu dipilih sendiri menggambarkan dirinya yang bersyukur dengan keajaiban berlaku dalam hidupnya.
“Izham dan keluarganya termasuk wanita bernama Su itu sudah saya anggap macam anak sendiri kerana melayan saya dengan baik tanpa membezakan warna kulit.
“Pengislaman saya tiada paksaan, tetapi keprihatinan dan keikhlasan mereka membuatkan saya terharu dan terbuka hati untuk mengenali dan memeluk Islam.
“Saya tekad tak mahu sia-siakan peluang ini untuk mendalami Islam dan jika ada kesempatan, saya mahu menunaikan puasa pertama Ramadan nanti,” katanya.
Dalam pada itu, rata warganet turut bersyukur dengan penghijrahannya dan mendoakan kehidupan dia dirahmati oleh Allah.
Jamaiah Mohamed Alhamdulillah.Semoga diberkati Allah anda semua dan dimurahkan rezeki.Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.Hambanya didorong oleh Allah melaksanakannya.
Putri Putra Arjunahatibeta Alhamdullilah..semoga uncle di berikan kesihatan yg baik,di permudahkan segala urusan,di bukakan pintu rezeki,begitu juga yg membantu uncle semoga Allah swt senantiasa Melindungi semua
Lily EkaQistina Alhamdulillah, menitis air mata tanpa sedar.. tahniah adik dan keluarga,semoga di berkati Allah SWT,di permudahkan segala urusan,di murahkan rezeki.. Nikmat dan hidayah dari Allah SWT di akhir usia.. terbaik dan terbaik..
Nor Saiful Alhamdulillah. Barakallah buat saudara & Keluarga yg membantu uncle dan anaknya Semoga dikurniakan Rezeki yg byk lagi diberkati serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin…
Siti Fatimah Kerana Islam itu terlalu indah, hidayah itu milik Allah…semoga keluarga en izham dan uncle syukri n anak mendapat berkat n rahmat dari Allah.
Hafieza Piza Inilah salah satu hikmah yg terjadi disebalik kedukaan kite umat islam.. Alhamdulillah.. Semoga dgn asbab corona ramai lg yg memeluk islam
Zainori Abd Rahman Alhamdulillah.disebalik musibah dan dugaan dr Allah uncle ini dikurniakan hidayah