Alhamdulillah, JAWI Sempurnakan Majlis Pasangan Pengantin Pertama Nikah Secara Online Di Rumah

Share

Kata orang kalau sudh jodoh tidak akan kemana. Walaupun negara sekarang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tidak membataskan buat pasangan mempelai untuk membina masjid.

Dan hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) buat pertama kalinya telah melaksanakan majlis akad nikah dalam talian di Malaysia.

Majlis pernikahan secara sidang video ini membabitkan Muhammad Don Jaadi Don Putra, 29 tahun, dan pasangannya Nahdatul Mohd Sharif, 29 tahun yang telah disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis yang cukup indah ini telah berlangsung di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.

Dalam majlis penuh istimewa ini menyaksikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui Facebook Berita Al-Hijrah.

Majlis akad nikah dalam talinan ini juga telah dikongsi melalui Facebook hari ini. Dr Zulkifli juga turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaan bagi membantu pasangan yang berkahwin itu.

Ini adalah usaha terbaik untuk menangani dan memutuskan rantaian wabak COVID-19. Majlis ini juga adalah selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada 17 April lalu yang beri kelonggaran kepada pasangan yang memperoleh kebenaran berkahwin.

JAWI membenarkan majlis akad nikah secara sidang video ini berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara yang turut melaksanakan akad nikah dalam talian semasa COVID-19 ini adalah Emeriyah Arab  Bersatu.

KREDIT FOTO: ALHIJRAHNEWS.COM

Published by
Siti Zurina Mat Saman